"Apa yang ada di Amerika Syarikat ada di Malaysia dan apa yang ada di Malaysia tidak ada di Amerika Syarikat". Itulah antara ungkapan pelancung daripada Timur Tengah kepada penulis. Ertinya kemajuan yang berlaku di Amerika Syarikat ada di Malaysia tetapi kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia tidak ada di Amerika Syarikat.
Apakah bentuk kemajuan, pembangunan dan tamadun yang mahu diperjuangkan oleh umat Islam? Adakah serupa seperti yang telah dicipta oleh Barat, Amerika dan Komunis?
Kalau itulah bentuk tamadun yang hendak diperjuangkan, tidak payahlah kita menyebut
Al Quran dan sunnah. Tidak payahlah kita bersusah-susah dengan yang canggih dan mudan. Cukup dengan kita ikut nafsu sahaja.
Umat Islam mesti berjuang dan membangunkan kekuatannya
yang tersendiri yang mempunyai
satu bentuk dan identiti yang tersendiri yang mempunyai satu bentuk dan identiti yang unik, yang dapat mengatasi Barat dan Amerika tetapi disenangi dan disukai oleh manusia sejagat dan yang memberi banyak kebaikan dan manfaat dunia dan akhirat.
Ini bukan perkara baru bagi umat Islam. Umat Islam pernah membina tamadun dan peradaban fizikal dan spiritual yang bertahan beratus-ratus tahun lamanya. Tamadun Islam pernah membawa manusia kepada keamanan dan keharmonian. Mereka menguasai dunia tetapi tetap disenangi. Mereka menjadi guru yang dihormati, penaung yang melindungi dan adil dalam melayani. Tetapi semua itu sudah hilang. Namun kaedahnya masih ada tetapi tersembunyi dalam Al Quran dan sunnah. Kita wajib keluarkannya kembali.
Maksud firman Tuhan:
"Barangsiapa berpaling dari mengingati Aku, baginya hidup yang susah." ( Thoha 20:124)
Ini kerana tamadun lahiriah semata-mata, ia dekat nafsu manusia sedangkan nafsu itu watak semula jadinya sangat jahat.
Maksud firman Allah:
"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan."
(Yusuf 12:53).
Ertinya nafsu itu sangat cenderung kepada kejahatan. Di antara kejahatannya ialah rakus, tamak, bakhi, gelojoh, melulu, mementingkan diri, angkuh, suka berfoya-foya, cenderung kepada perempuan,makan-minum, harta kemewahan, pangkat,derjat dan sebagainya.
Untuk selamat dunia dan Akhirat, umat Islam mesti membangun,berkemajuan
dan bertamadun bersama akhlak yang terpuji. Tamadun mestilah ditegakkan bersama akhlak dan disiplin hidup yang mulia. Kalau tidak, walaupun berjaya dan megah didunia di Akhirat akan rugi dan kecundang. Kerana segala usaha dan kemajuan itu tentunya tertolak dan tidak diterima oleh Tuhan. Nerakalah padahnya.
Kita wajib perjuangkan kembali TAMADUN ISLAM, yang selamat dan menyelamatkan. Tamadun yang berkait rapat dengan ADDEEN iaitu satu cara hidup (way of life) sama ada cara hidup di peringkat individu mahupun di peringkat masyarakat.
Ulasan
Catat Ulasan