Langkau ke kandungan utama

PEPERANGAN BATIN.


                ( Produk Timur Tengah ).

Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan rialiti dinisbahkan Akhirat. Satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Menyedari hakikat bahawa kehidupan ini terlalu amat singkat berbanding dengan kehidupan Akhirat yang kekal abadi itu.

Musuh batin iaitu syaitan tidak berdiam diri untuk merosakkan kita. Ia tidak nampak tetapi dapat dikesan melalui sikap manusia yang telah dikuasainya. Syaitanlah musuh batin kita. Kita relakan dia merosakkan kita. Lebih sanggup dirosakkan syaitan daripada diselamatkan daripada api neraka.

Maksud firman Allah SWT:
"........dan janganlah kamu
menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."(Al Baqarah 2:208).

Kita yang berikan laluan seluasnya pada musuh kita, jangan salahkan dia jika ia merosakkan. Pintu rumah kita sebesar-besarnya kita buka untuk perompak masuk, jadi jangan hairanlah kalau habis tergadai segala yang ada. Musuh batin iaitu syaitan dan nafsu ammarah tidak pernah rehat untuk menguasai kita. Akibat kita kalah mengatasi syaitan dan nafsu, mudah berlaku pergaduhan hingga membawa kepada peperangan.

Di celah-celah krisis yang bercampur-aduk antara motif agama,harta,kuasa dan berbagai-bagai kepentingan duniawi di Timur Tengah, Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi telah mencungkil satu rahsia yang sangat berharga untuk seluruh umat Islam khususnya buat pejuang-pejuang Islam.
Dengan suluhan Al-Quran dan Hadis beliau dapat melihat sinar Islam di tengah-tengah berkecamuknya Perang Teluk.

Mayat-mayat yang berguguran seolah-olah baja kepada kemuncak kebangkitan Islam di seluruh dunia. Bagaimana? Bom dan peluru-peluru yang berhamburan dalam perang Teluk umpama gendang sambutan atas kedatangan seorang pemimpin Islam yang ditunggu-tunggu.Siapakah dia? Betapa kentalnya keyakinan yang Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi pahatkan. Pemimpin yang Tuhan datangkan yang bertaraf dunia iaitu Imam Mahdi.

Kesan peperangan di Timur Tengah, ramai orang-orang Arab berhijrah ke Malaysia.Umumnya rakyat Malaysia merasakan kemeriahan di tanah air, tumbuh bagaikan cendawan, kedai-kedai yang menjual makanan dan barangan Timur Tengah. Kita mudah dapati produk dari Syiria dan negara-negara Arab lain.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...