KEADAAN POLITIK MALAYSIA.
Keadaan politik di Malaysia semakin meruncing. Sekalipun perubahan kerajaan baru telah berlaku. Parti Harapan telah menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, namun kemelut politik masih berterusan.
Ketika saya di Haramain beberapa orang Arab bertanyakan kepada saya, apakah peranan Agung di negara kamu? Hanya inginkan kepastian saja. Mereka sendiri sudah maklum peranan Raja di Malaysia.
Kita imbau kembali panduan yang telah Abuya kongsikan dengan kita. "Orang mukmin melahirkan rasa syukur kepada Allah dengan menerima ujian yang datang dan bersyukur dengannya. Dalam ujian ada nikmat silih berganti. Itulah rahmat Allah buat hamba-Nya yang bersyukur.
Berdasarkan panduan yang telah Abuya berikan kepada kita, walaupun kita rasa cemas dengan suasana sekarang tetapi tetap ada berita gembira. Iaitu Tuhan dengan segala kebijaksanaan Nya telah lahirkan tokoh-tokoh rohani di Malaysia ini.
Melalui tangan pemimpin rohani tersebut umat Islam terus dipandu bagaimana sebaiknya bertindak.
Malaysia terus dikenali dan disegani oleh negara-negara umat Islam yang lain. Bahkan ada yang menjadikan Malaysia sebagai idola kepada negara mereka.
Bagaimana boleh berlaku kepada negara yang kecil seperti Malaysia? Sebenarnya Tuhan telah taqdirkan Malaysia terpilih menjadi tapak kebangkitan Islam melalui dakwah. Atas faktor berkat tersebut kita yakin Tuhan boleh menganugerahkan kepada Malaysia power maknawiah, itulah semua keajaiban boleh berlaku.
Tetapi apabila mengingatkan kembali panduan yang telah Abuya sampaikan, hati kembali tenang. Bahawa Tuhan telah taqdirkan Malaysia adalah tapak kebangkitan Islam, maka sudah tentu Tuhan ada cara untuk mengawalnya.
Kalau pada Barat Allah beri sains teknologi yang begitu mempesonakan, maka Allah bagi karamah kepada umat Islam melalui pemimpin yang diutusNya iaitu Imam Mahdi. Karamah yang diberikan kepada Imam Mahdi sangat menakjubkan. Dua jenis binatang yang biasa tidak boleh berkawan bahkan salah satunya menjadi mangsa kepada yang satu lagi itulah Serigala dengan kambing. Dengan karamah yang Tuhan berikan kepada Imam Mahdi mereka berubah tabiat menjadi kawan dengan satu sama lain.
Malaysia adalah adalah tapak kebangkitan Islam kali kedua. Negara yang memulakan kebangkitan Islam tersebut. Abuya telah kongsikan dengan kita tentang Jadual Allah. Ia pasti berlaku.
Banyak buku-buku yang ditulis oleh Barat akan berlakunya kerana mereka mengambil berita itu dari Hadis-Hadis Rasulullah sendiri. Halangan seribu satu macam telah dilakukan. Tapi mana mungkin Jadual Allah boleh digagalkan? Moga-moga manusia sedunia akan diselamatkan. Dengan ketibaan 'Penyelamat' ini kepada mereka.
Ulasan
Catat Ulasan