Langkau ke kandungan utama

MENAGIH JANJI ALLAH SWT.



MENAGIH JANJI ALLAH.

"Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya". (Ali Imran 3:194).

Apa janji Allah di akhir zaman untuk kita membuktikannya? Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum kiamat Islam pasti kembali gemilang walaupun antara masa kegemilangan itu dengan kiamat hanya sekadar masa memerah susu."
Kalau sudah dijanjikan begitu, sewajarnyalah kita berjuang untuk membuktikan Islam benar-benar gemilang. Lebih-lebih bagi pejuang-pejuang Islam di Timur, kerana telah diisyaratkan  oleh Hadis bahawa di akhir zaman Islam akan bangkit di Timur.

Timur yang dimaksudkan ialah kawasan yang terletak di bahagian timur semenanjung Tanah Arab yang merentasi benua Asia hingga ke Jepun (Timur Jauh).Secara khususnya,
Timur yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW ialah gugusan Kepulauan Melayu yang merangkumi negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei Darussalam.

Di dunia sebelah sinilah kebangkitan pengamalan Islam kini paling dominan. Malaysia pula menjadi negara Timur yang paling tertonjol suasana ke -Islamannya. Keadaan politik dan ekonomi negara-negara Timur ini agak stabil, memudahkan Islam dibangunkan tanpa banyak gangguan. Negara-negara ini juga terlindung daripada pergolakan-pergolakan besar di dunia. Di sinilah tumpuan pertama dan utama operasi menguatkan Islam di akhir zaman. Kerana pencapaiannya dalam pengamalan syariat, Timur menjadi pemimpin kepada kebangkitan Islam di dunia. Hujah ini dikuatkan oleh isyarat mengenai kebangkitan Islam akhir zaman yang bermula di Timur.

Malaysia dan negara-negara yang disebutkan  diatas menjadi tapak kebangkitan Islam. Sudah tentu bumi yang terpilih Tuhan limpahkan nikmat melimpah ruah. Dalam ujian ada nikmat silih berganti. Itulah rahmat Allah buat hamba-Nya yang bersyukur. Berdasar kan panduan yang telah Abuya berikan kepada kita, walaupun kita rasa cemas dengan suasana sekarang tetapi tetap ada berita gembira. Iaitu Tuhan dengan segala kebijaksanaanNya telah lahirkan tokoh-tokoh rohani di Malaysia dan negara-negara sekitarnya ini. Melalui tangan pemimpin rohani tersebut umat Islam terus dipandu bagaimana sebaiknya bertindak.

Malaysia dan negara-negara di Timur terus dikenali dan disegani oleh negara-negara umat Islam yang lain. Bahkan ada yang menjadikan Malaysia sebagai idola kepada negara mereka. Bagaimana boleh berlaku kepada negara yang kecil seperti Malaysia? Sebenarnya Tuhan telah taqdirkan Malaysia terpilih menjadi tapak kebangkitan Islam melalui dakwah. Atas faktor berkat tersebut kita yakin Tuhan boleh menganugerahkan kepada Malaysia power maknawiah, itulah semua keajaiban boleh berlaku.

Malaysia

adalah tapak kebangkitan Islam kali kedua. Negara yang memulakan kebangkitan Islam tersebut. Abuya telah kongsikan dengan kita tentang Jadual Allah. Ia pasti berlaku. Banyak buku-buku yang ditulis oleh Barat akan berlakunya kerana mereka mengambil berita itu dari Hadis-Hadis Rasulullah sendiri. Halangan seribu satu macam telah dilakukan. Tapi mana mungkin Jadual Allah boleh digagalkan?  Moga-moga manusia sedunia akan diselamatkan. Dengan ketibaan 'Penyelamat' ini kepada mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...