Langkau ke kandungan utama

KESAN KAYA DUNIA.


UMAT ISLAM DI TIMPA BALA.

Rata-rata umat Islam sudah di timpa bala. Bala yang mereka sendiri tidak sedar. Ia adalah sangat merbahaya. Bala ini ialah terlalu cinta dengan dunia dan jahil pula tentang agamanya sendiri.

Umat Islam sekarang cuma susah hati kalau ditimpa bala yang menyusahkan urusan duniawi mereka. Seperti ditimpa penyakit, ditimpa kemiskinan, kehilangan harta benda, kematian keluarga tercinta, kehilangan pangkat dan kedudukan, rugi perniagaan, hilang pekerjaan dan lain-lain lagi.

Umat Islam sudah terlupakan akan kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Mereka sangat terpaut dengan kehidupan yang tidak kekal didunia ini. Seluruh keupayaan dan kemampuan fizikal, mental dan jiwanya dihalakan untuk menghindari diri dari bala yang sementara ini.

Dari sikap cinta dunia dan acuh tak acuh dengan Akhirat, maka timbul salah berfikir dikalangan umat Islam. Mereka sangat memandang besar nikmat dan bala didunia. Nikmat dan bala di Akhirat dipandang kecil sahaja.
Walhal, apalah ada segala kesusahan didunia ini berbanding dengan hanya satu hari di seksa didalam Neraka!

Hiduplah umat Islam dalam kacau bilau dan porak peranda. Umat Islam sudah sama seperti orang yang tidak beriman kepada Allah. Itulah akibatnya apabila umat Islam tidak sedar yang mereka sudah ditimpa bala yang sangat besar. Iaitu cintakan dunia dan takut mati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...