Langkau ke kandungan utama

ABUYA LAHIRKAN MODEL ISLAM YANG SYUMUL

ABUYA LAHIRKAN PEJUANG PELBAGAI BIDANG.


Abuya memperjuangkan model Islam yang syumul. Apa yang dapat kita lihat dalam kehidupan anak-anak murid Abuya mereka menguasai pelbagai bidang. Selama mereka bersama Abuya ada yang didedah kan dengan berbagai-bagai kemahiran. Dengan pendedahan tersebut masing-masing dapat menyuburkan dalam bidang yang diminati dan yang mereka kuasai. Ketika kunjungan saya ke Bertam Kepala Batas Pulau Pinang pada pagi jumaat.Kami bermalam sebelumnya di Ipoh. Mereka yang sempat ditemui ialah Ustaz Mohammad Ayob, Ustaz Abdul Halim dan Ustaz Saad bin Hasyim. 


Mereka tinggal di Bertam, Kepala Batas Negeri Pulau Pinang. Setelah pulang daripada sembahyang jumaat perbincangan dan jamuan bersama-sama kawan-kawan lama semakin mesra dan rancak. Masing-masing adalah sebagai usahawan desa. Ada dikalangan mereka mengusahakan kilang roti, menternak kambing dan kuih muih. Itulah contoh anak-anak murid yang Abuya lahirkan. Mereka hidup berdikari dan jika ada masalah yang dihadapi mereka akan merujuk panduan yang telah Abuya berikan selama ini. Pertemuan tersebut pada hari Jumaat 5 Rabiul Awwal 1439 bersamaan 24 November 2017.Bagi orang yang hendak maju didunia  ia perlukan ilmu. Begitu juga orang yang hendakkan dunia dan Akhirat perlukan ilmu. 


Indahnya Islam apapun kerjaya yang kita lakukan penuhi syarat ibadah, kerjaya itu dikira amal ibadah. Ertinya itulah kerjaya kita didunia dan itulah juga amalan sebagai bekal kita di Akhirat.Ya Allah, kupuja-puja dan kupuji-puji-Mu Tuhan, dengan tidak terhingga dan tidak terkatakan lagi sebagai syukur atas keizinan-Mu, untuk kami memperjuangkan agama-Mu hingga hampir setengah abad lamanya. (Umur perjuangan Abuya) Ya Allah, sesungguhnya Dikaulah Tuhan yang layak menerima sembah dan syukur yang tidak terhingga dan tidak terkatakan atas nikmat ini. 


Ku kirim selawat dan salam untuk mu ya Rasulullah, penghulu umat dan Rasul penutup.Sesungguh
nya kami terhutang budi padamu.Kami kini berada di bulan mu Rabiul awwal iaitu bulan kelhiranmu.
Abuya Ashaari At-Tamimi mendidik kita, menyelusuri arus kebangkitan Islam kali kedua ini mestilah mengulangi kaedah yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW pada kebangkitan Islam pertama. Hanya dengan kembali kepada Islam secara total semua masalah akan dapat diselesaikan. Pendekatan perjuangan yang Abuya lakukan, Islam mesti ditegakkan dengan menanamkan iman dan taqwa di setiap peringkat masyarakat. Islam itu didaulatkan.


Para pejuang Islam mesti turun sendiri bergelanggang di tengah masyarakat untuk melaksakan tugas membaiki kerosakan masyarakat. Dengan pelbagai didikan dan bermacam-macam pendedahan telah Abuya lakukan dalam usaha dakwah tersebut. Kesan pendekatan perjuangan melalui dakwah dan tarbiah yang telah dilakukan oleh Abuya telah membuahkan hasil. Abuya benar-benar menghidupkan isi perjuangan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cuma dalam gaya moden dan canggih sesuai dengan zaman yang serba moden kini. Hasilnya, pengamalan Islam semakin rancak. Kebangkitan Islam telah terserlah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman