Langkau ke kandungan utama

MODEL SUMBER TAQWA

"MALAYSIA MODEL REZEKI DARIPADA SUMBER TAQWA"


Malaysia baru buat pembentangan belanjawaan 2018. Ertinya satu sumber negara yang telah diduga. Boleh sahaja Tuhan datangkan daripada sumber yang tak diduga dan tak dirancang. Kalau Tuhan gerakkan hati orang-orang kaya dunia melabur dan menyimpan wang di Malaysia, ertinya di Malaysia secara mendadak mempunyai banyak wang. Semua orang banyak wang tak sangka berkumpul di bumi Malaysia. Sedangkan sumber Negara yang di duga seperti oil and gas sudah pun digunakan hingga beberapa tahun kehadapan.


Mejoreti pengalaman jemaah haji daripada Malaysia mendapat pujian dan sokongan daripada negara negara umat Islam yang ketika bertemu di Haramain semasa musim haji atau  umrah. Mereka berkata Malaysia baik dan makmur. Abuya ada menulis dalam bukunya bahawa Malaysia menjadi daulah Islamiah dan menjadi negara yang aman dan makmur. Iaitu Baldatun Toyyibah wa rabbun ghafur.


Malaysia mendapat berkat kebangkitan Islam di Timur. Faktor inilah Tuhan anugerahkan kepada penduduk Malaysia menerima rezeki tanpa diduga. Perkara seperti ini pernah berlaku di era kebangkitan islam yang pertama. Iaitu ketika Rasulullah, Khulafaurasyidin dan berlangsung selama 300 tahun atau tiga kurun. Perkara yang sama Tuhan lakukan kepada Malaysia kerana terpilih sebagai tapak Timur  di era kebangkian Islam sekali lagi.


Peranan Malaysia sebagai negara Islam tak disangkal lagi oleh negara-negara OIC. Bahkan amalan dan syiar Islam di Malaysia lebih terserlah daripada Negara negara umat Islam yang lain. Negara yang aman dan makmur rakyatnya hidup penuh harmoni dan kasih sayang. Kasih sayang kalau sudah hilang dimanakan  dicari ganti. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada  kita? Kasih dan sayang adalah keperluan manusia. Setiap jiwa sangat memerlukan kasih dan sayang. Dunia rosak dan musnah bilamana hilangnya kasih sayang. 


Pengikat atau penyokong kasih supaya tidak putus ialah faktor akhlak. Sebab itu kasih sayang hanya terpelihara bilamana manusia boleh berakhlak atau berperangai baik. Untuk dapatkan akhlak yang baik, perlu pada belajar. Untuk belajar mestilah ada ilmu, untuk dapatkan ilmu mestilah berguru, itulah namanya belajar. Akhlak tidak datang sendiri. Mesti diusahakan. Sepertimana kalau kita hendak pakai baju cantik, kita kena usahakan membelinya dengan harga yang mahal. 


Negara yang telah tertanam roh kasih sayang kepada ulama dan umarak ini dapat dirasakan oleh semua golongan dalam masyarakat negara tersebut. Perkara ini telah menjadi inspirasi kepada masyarakat di Malaysia. Dalam Islam apabila sesuatu projek itu boleh menggugat perpaduan lebih baik projek tersebut di korbankan. Daripada perpaduan yang menjadi mangsa. Perpecahan adalah bala maknawi kerana adakalanya kita tidak sedar.


Islam menangis ingatkan pejuangnya, jika projek yang dibangunkan menjadi penyebab perpecahan dan hilang kasih sayang, abaikan saja projek tersebut demi mempertahankan kasih sayang yang lebih utama.Projek boleh dibangunkn semula sekiranya gagal tetapi kalau kasih sayang sudah hilang dimanakan  dicari ganti. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Di Akhir zaman perpaduan amat rapuh.


Begitulah juga untuk menghias diri dengan akhlak baik, kita mesti perjuangkan dengan sungguh-sungguh melalui tarbiah dan pimpinan yang baik. Oleh itu bersihkan diri dari sifat-sifat keji atau mazmumah kerana ia penghalang berlakunya kasih sayang. Hilang kasih sayang hilanglah rahmat dan kasih sayang Tuhan. Apabila rakyat dalam negara hidup aman makmur, bukti menunjukan rahmat Tuhan sdang memayungi negara.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman