Langkau ke kandungan utama

MINDA YANG SUBURKAN FITRAH.

MINDA ABUYA MENYUBURKAN FITRAH.

( pertemuan dengan Bani Mohammad Ikramullah ).


Ingatlah bahawa disaat tiada pemimpin yang adil, kita diminta membaiki dan perbanyakkan amalan ibadah, samada ibadah yang wajib seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, bersedekah, berkasih sayang, dan lain-lain, atau amalan ibadah dalam pekerjaan seharian seperti kerja-kerja amal, dakwah berbentuk lisanulhal, melalui projek atau premis yang kita bangunkan. Jika belum tibanya pemimpin 
yang adil itu, berusahalah mengkualitikan amalan-amalan asas yang dituntut oleh agama. Andai ada rezeki, dipanjangkan umur insha Allah bertemu dengan pakej pemimpin akhir zaman itu. Andai belum tiba saatnya, sabarlah dengan pemimpin-pemimpin yang ada. Itu lebih baik serta banyakkan ibadah tadi daripada kita berjuang hendak memerintah atau menjadi pemimpin. Jika tidak ditunjuk oleh Nabi saw atau tiada dalam isyarat baginda, pemimpin yang ada hanya membawa kerosakan atau tidak mampu menegak keadilan. Begitulah yang diajarkan oleh Guru Mursyid kita dalam menunggu ketibaan mereka.


Setiap kali selepas sembahyang berjemaah, Abuya akan menoleh kepada anak-anaknya dan bertanya, siapa dikalangan kamu yang bergaduh hingga berkecil-kecil hati satu sama lain. Ada yang merespon saya. Siapa yang tidak menjalankan tugas membersihkan rumah sehingga setiap sudut mana pun rumah sepatutnya ISO boleh jadi surau atau bentang sejadah untuk sembahyang. Tapi kalau kita tidak sanggup bentang sejadah dekat sudut tersebut menunjukkan kita sendiri tidak yakin kebersihannya. Itu adalah contoh bagaimana Abuya menghidupkan fitrah keluarganya. Fitrah manusia suka kebersihan. Fitrah manusia juga suka di cintai dan di sayangi. Begitulah secara praktikal bagaimana Abuya menyuburkan fitrah murni kepada keluarganya.


Setelah masing-masing bertindak dan merespon, kaum keluarga menyaksikan bagaimana Tuhan murahkan rezki kepada keluarga Abuya. Apabila masing-masing telah berbuat dan tidak lama selepas itu menyaksikan bagaimana Tuhan bantu kepada mereka, cara muhasabah tersebut akan terus menambahkan keyakinan kepada Tuhan yang berjanji akan bersama hambanya yang sentiasa baikki diri .Abuya bukan sahaja tokoh ilmuan tetapi juga seorang tokoh seni bahasa yang telah menghasilkan 5 buah antologi sajak yang membawa mesej dakwah dan didikan. Ribuan lagi sajak, madah dan puisinya belum diterbitkan. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahwa beliau merupakan penyair di dunia yang paling produktif. 


Beliau juga menghasilkan puisi-puisi berunsur Islam. Banyak sajak beliau yang telah dinasyidkan termasuklah beberapa buah daripadanya digubah sendiri melodinya oleh beliau. Nasyid-
nasyid itu didendangkan tanpa iringan musik (kecuali kompang). Ia didendangkan oleh putera-puteri dan murid-muridnya dan dikeluarkan dalam bentuk keset dan video serta diedarkan ke tengah masyarakat sebagai alternatif kepada lagu-lagu yang mengkhayalkan. Beliau juga telah menerbitkan satu album sulung “Oh Pejuangku” yang mengandungi nasyid-nasyid ciptaan dendangan beliau sendiri.Berhibur juga adalah fitrah manusia. Abuya terus melagang model hiburan Islam melalui keluarga dan anak muridnya.Keluarga dan anak-anak murid Abuya pada hari ini telah diterima oleh masyarakat arus perdana melalui kumpulan-kumpulan nasyid masing-masing. 


Antara kumpulan nasyid itu ialah Qatrunnada, Rabbani, Hijaz, Raihan, Dewani, Mawaddah dan lain-lain lagi.Kebangkitan Islam di Timur yang Tapaknya di Malaysia tidak boleh dibendung lagi. Kesedaran 
dakwah telah melanda semua peringkat masyarakat. Golongan bawahan hinggalah golongan atasan. Golongan rakyat jelata hinggalah dikalangan kerabat diraja. Penerimaan dakwah di Malaysia bermula daripada bawah. Penerimaan dakwah di Indonesia bermula dari atas. Minda Abuya membawa mesej dakwah. Manusia yang dipimpin dan mendapat kesedaran melalui tiga perkara. Pertama oleh fitrahnya. Kerana Tuhan ciptakan manusia dibekalkan dengan fitrah. Kedua oleh akalnya dan ketiga oleh wahyu.


Fitrah ialah keinginan semula jadi manusia. Manusia itu keinginan semula jadinya mahu bertuhan. Fitrah manusia itu ingin berhibur. Fitrah manusia ingin di sayangi. Mahu mempunyai Tuhan itu adalah fitrah. Manusia itu mahu menyembah Tuhan. Manusia itu juga mahu mengabdikan diri kepada Tuhan. Manusia itu ialah keinginan semula jadi mahu menjadi hamba kepada Tuhan. Ini bersesuain dengan ikrar para roh manusia di alam roh sebelum di balut jasad lahir kedunia ini. Di alam roh,Tuhan bertanya:

                                ألست بربكم...
               Maksudnya:"Bukankah Aku ini Tuhan kamu?"
Roh-roh manusia menjawab: 

                          قالوا بلى شهدنا 
Maksudnya: "Ya sesungguhnya kami naik saksi."
( surah Al A'raf: 172 ).


Fitrah murni manusia sangat suka kedamaian, keharmonian, ketenangan, perpaduan, kasih sayang. Ia sangat bencikan huru hara, pecah belah, benci membenci, pergaduhan, perbalahan, krisis dan sebagainya. Fitrah semula jadi manusia juga suka kepada sifat-sifat mahmudah seperti pemurah, pemaaf, belas kasihan, pengasih, penyayang, rendah diri, tolong menolong dan bantu membantu.
Fitrah murni manusia selari atau berinteraksi dengan makhluk yang lain. Samaada dengan haiwan atau tumbuhan. Manusia menangani hidupnya dengan kehadiran ilmu pengetahuan yang akan membina naluri kasih sayang kepada makhluk lain yang hidup di alam sekelilignya. 


Naluri demikian menimbulkan keimanan bahawa setiap makhluk itu adalah ciptaan Allah S.W.T. dan wajar dijaga kebajikannya.Dalam pembangunan manusia diperuntukkan satu jabatan khas untuk memelihara dan menjaga kehidupan haiwan yang mempunyai aset kepada pembangunan kehidupan seperti lembu, kambing, ayam, burung dan sebagainya. Kasih sayang manusia kepada haiwan tersebut dapat dilihat dari cara ia dijaga kesihatan dan pemakanannya agar tidak dicemari oleh bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan haiwan tersebut.


Dalam sejarah kehidupan para nabi dan rasul sememangnya mereka menjadi pengembala kambing semasa usia mudanya. Ini menunjukkan bahawa hubungan manusia dengan haiwan berkenaan amat rapat. Apabila haiwan itu membiak ia menjaga kesihatan anaknya dengan membekalkannya dengan susu sehingga umurnya mula memakan rumput. Dari disiplin yang ditunjukkan oleh seekor kambing dalam menjaga kebajikan anaknya akan melahirkan satu perasaan kasih sayang manusia kepada Pencipta haiwan tersebut. Maka itu menjadi ikhtibar kepada kehidupan manusia bahawa haiwan sahaja yang hanya menggunakan nalurinya dapat menunjukkan kasih sayangnya kepada anaknya.  


Jika kita melihat alam tumbuh-tumbuhan terutama sekali pokok buah-buahan seolah-olah ia juga mempunyai perasaan kasih sayang kepada manusia. Sepohon mangga sebagai contoh, ia tumbuh subur dengan mengambil zat pemakanannya yang berbentuk uria atau baja dalam perut bumi dan diprosesnya menjadi makanannya untuk membesar dengan bantuan cahaya matahari dan karbondioksida dan mengelurkan gas oksigen demi kemanfaatan manusia hidup di alam ini.Apabila bunga itu menjadi buah ia akan mengandungi gula apabila masak untuk kemanfaatan kepada manusia. 


Buah boleh memproses gula dalam buahnya dengan kekuasaan Allah agar manusia mengambil ikhtibar darinya. Allah itu sayang kepada manusia dengan membekalkan buah yang manis yang akan menseimbangkan makanan untuk kesihatan kepada manusia. Satu tanda kasih sayang sepohon kayu atau sepohon bunga tunjukkkan kepada manusia ialah apabila ia mengeluarkan bunga yang semerbak bau wanginya yang menambahkan keindahan alam sekelilingnya. Ia menyerikan dan menyamankan perasaan pada mata memandang. Di samping itu bunga mengeluarkan warna yang indah untuk menarik perhatian serangga dan burung-burung tempua datang melawat bunga untuk menghisap madunya. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman