( KOMPLEKS ANAK-ANAK YATIM TERLETAK DI KELANG ).
DALAM al-Quran sebanyak 23 kali disebut perkataan ‘yatim’ dan penggunaan kata-kata yatim itu merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan. Artinya mereka yang berada dalam golongan yatim (anak yatim) memerlukan perhatian dan pembelaan serta tanggung jawab dari kita semua / masyarakat agar mereka boleh belajar dengan tenang, hidup layak dan boleh bergembira seperti anak-anak lain yang mempunyai ayah atau ibu.
Begitu banyak ayat-ayat al-Qur’an menjelaskan tentang tanggung jawab kita / masyarakat agar memperhatikan dan memelihara anak yatim dari segi kejiwaan serta sosial kemasyarakatannya, dan kita dilarang untuk merendahkan, serta menghina keadaan mereka. Tetapi realitanya sudah berapa persen dari umat muslim yang mau peduli mengambil tanggung jawab sebagai orang tua dari sekian banyak anak yatim dan anak terlantar.
Xpdc ke pelabuhan Kelang pada 28hb Nov 2017 / 9 Rabiul Awwal 1439h. Solat zohor dan makan tengah hari di rumah Ustaz Zubir di Pelabuhan Kelang. Di tanah ustaz Zubir di bangunkan komleks anak yatim. Beliau bersama isterinya Maryam Syafei menguruskan kompleks tersebut. Kedua-dua mereka adalah anak-anak murid Abuya. Mereka memberikan didikan dan kemahiran hidup disitu. Ilmu
dan pengalaman kemahiran hidup yang terapkan dalam kompleks.
Mereka dapat pengalaman ketika bersama Abuya dan di manfaatkan untuk anak-anak yang ada di situ.Hasil kunjungan ziarah ke kompleks anak-anak yatim terbukti mereka orang yang benar-benar dapat membimbing dan mempraktikkan cara hidup Islam kepada anak-anak tersebut. Ketika saya menjadi tetamunya di kompleks beliau, menyaksikan bagaimana dia mengatur kopleksnya mengikut syariat Islam. Islam is the way of live menjadi gaya hidupnya dan keluarganya. Suami isteri dan di bantu kakitangan mereka mengendalikan kompleks pendidikan anak yatim dengan pengajian tahfiz.
Pasangan suami isteri adalah orang yang mendapat pimpinan guru mursyid. Gurunya ialah Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Mereka mencorak penghuni yang ada dikompleks tersebut dengan pendekatan kasih sayang.Apa yang berlaku kepada anak murid Abuya ini mengingatkan saya kepada peranan dikalangan para sahabat menjadi pembila kepada anak yatim dan janda. Iaitu Saidina
Ali bin Abi Talib. Beliau sahabat Nabi SAW yang terkenal dengan usahanya membela anak-anak yatim.Syariat Tuhan adalah pegangan mereka dan prinsip mereka. Sebagai contohnya, syariat Tuhan perjuangkan kasih sayang dalam kopleks tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan