Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN PARA WALI

KEHIDUPAN PARA WALI.
( bersama kumpulan tariqat Azmiah di Mesir ).

( tokoh ulama dan wali Syed Muhammad Alwi Al maliki ).

( Sy. Abdul Siddiq Al Ghumari ulama hadis ).

Maksud firman Tuhan:
Sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.
( Surah Yunus : 62 – 64). 


Menjadi seorang Islam itu soal lahir atau sikap lahir iaitu mengerjakan sembahyang, puasa, zakat, seterusnya haji bila cukup syarat. Bila itu dilaksanakan, seseorang itu tidak boleh dikatakan orang kafir. Untuk menjadi orang mukmin, susah tetapi menjadi orang Islam senang. Paling mudah seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah ertinya dia telah masuk Islam. Di kebangkitan Islam pertama waktu Rasulullah hidup adanya sahabat. Di era kebangkitan kedua adanya ikhwan dan Asoib Rasulullah. Di akhir zaman adanya "Ikhwan Rasulullah ". Kalau para sahabat Nabi mereka yang pernah bertemu Nabi secara lahir dan sezaman dengan Nabi. 


Adapun ikhwan adalah umat Nabi SAW yang hidup selepas kewafatan Rasulullah. Ertinya ikhwan adalah pilihan dikalangan orang mukmin. Ini kerja yang dilakukan oleh Abuya dalam pejuangannya iaitu melahirkan ikhwan dan asoib Rasulullah di era kebangkitan Islam kali kedua. Bilangan wali-wali Allah itu tidak ramai. Mereka sentiasa terhibur dengan Tuhan. Hal hal dunia tidak pun membimbangkan dan mereka tidak pula bersedih hati. Tuhan selalu menghiburkan mereka, secara dunia masyarakat melihat mereka tidak berusaha seperti manusia biasa setiap hari pergi berkerja untuk mendapatkan rezki. Para wali setiap mereka ada peranan. 


Ada yang berwatak Nabi dan ada pula yang berwatak Rasul. Mereka yang berwatak Nabi lebih tertunjul sebagai ahli abid. Ibadahnya banyak dan terserlah. Bagi yang berwatak rasul mereka lebih terserlah berperanan dalam masyarakat. Ada yang memimpin, mendidik dan menjadi tempat rujuk masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang manusia hadapi.Mendidik muridnya dan masyarakat untuk di bawa kepada Tuhan. Lebih-lebih di akhir zaman, bukanlah satu kerja yang mudah. Memerlukan pemantauan sepanjang masa. Mendidik secara rasmi dan tidak rasmi. Kalau didikan rasmi kita mudah faham, tetapi mendidik secara tidak rasmi ini susah difahami lebih-lebih lagi dalam perlaksanaannya. Ikhwan itu wali berwatak rasul. 


Mereka selepas ibadah mesti aktif dan mesti berkhidmat kepada orang lain dengan tenaganya, nasihat dan wang ringgitnya. Setelah dapat melakukannnya dia merasakan masih belum berbuat. Para wali Allah mereka sangat berpengaruh bahkan mengatasi pengaruh pemimpin politik. Negara tidak dapat mengubah perinsipnya sebaliknya dia sangat membawa perubahan hidup kepada masyarakat.Bahkan ada dikalangan mereka ditawarkan duduk dalam istana tetapi dia lebih memilih hidup dengan masyarakat. Contoh seorang ketua kabilah Syammar apabila dia ke Mekah maka Raja Arab Saudi 
akan tawarkan tinggal di Istana Mekah.


Tawaran tersebut dia terima tetapi dia lebih selesa bersama dengan masyarakat terutama dengan 
murid-muridnya. Bahkan negara-negara di timur tengah memberikan perhatian kepadanya. Ada seorang yang berwatak rasul di Turki berperanan dikalangan masyarakat korperat, maka penampilannya ketika rasmi seperti orang korporat. Ada yang berperanan dalam kepimpinan, maka dia mengendalikan kelompok masyarakat bangsanya atau kepimpinan jemaahnya.Sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. 


Kerana mereka sangat mementingkan hati jangan sampai terputus dengan Tuhan.
Para wali memiliki hati yang mampu mendapat ilmu terus dari Tuhan, kalau dia rasul atau nabi maka ilmu tersebut dinamakan wahyu. Bagi para wali atau orang-orang bertaqwa pula dinamakan ilham atau ilmu laduni. Ilmu ini bukan hasil belajar Cara biasa tetapi ia terus dijatuhkan ke dalam hati. Ilmu yang diperolehi dengan hasil usaha biasa seperti membaca dan mengkaji, ia akan jatuh pada akal. Inilah di antara keajaiban hati yang Tuhan jadikan dengan ciptaan yang sangat unik. Hanya orang-orang yang Allah pimpin ;dan pilih sahaja yang dapat membaca perjalanan hati yang cukup halus dan seni.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman