PENGHARGAAN ABUYA KEPADA WANITA.
Abuya mendidik kita jadikan isteri sebagai sparing patner dalam membangunkan sebuah keluarga. Anak-anak menyaksikan bagaimana Abuya menghargai perempuan contoh pada isteri-isterinya dengan menghargai peranan masing-masing. Caranya Abuya memberikan peranan sesuai dengan bakat dan kebolehan yang ada pada diri isteri-isterinya.
Allah cipta Hawa dari diri Adam sendiri iaitu dari tulang rusuknya. Hakikatnya , rohaniah, perasaan dan fizikal mereka seolah-olah dari satu jasad yang sama. Di sinilah perkongsian suami isteri itu bermula.
Potensi ciptaan tersebut Abuya suburkan. Contoh kepada isteri-isterinya.
Ada isteri yang pemurah dan berkemampuan dia akan kongsikan dengan yang lain bagaimana pemurahnya isteri tersebut. Kebaikan itu disebar-sbarkan kepada keluarganya supaya smua orang pandai menghargainya. Ada isterinya yang suka berkhidmat dengan masyarakat, maka dia pastikan isterinya kuasai kemahiran yang boleh menjadikannya untuk mendampingi masyarakat melalui khidmatnya.
Contoh isteri Abuya yang lain ada yang pandai mengurut dan menguruskan perempuan selepas bersalin maka Abuya mengirim isterinya untuk berkhidmat dengan masyarakat tanpa mengenakan bayaran. Ada pula yang mempunyai kebolehan menterjemakan minda Abuya dalam bentuk penulisan maka dilantik mengepalai bidang penulisan dan majalah khusus untuk wanita.
Ada pula isteri yang halus jiwa sufinya dalam mendidik anak-anak maka kepadanya diberi kepercayaan untuk menyuburkan jiwa anak-anak Abuya tidak mengira dari mana-mana ibu yang mempunyai anak. Kebetulan salah seorang isteri Abuya, kami anak-anak Abuya memanggilnya Walidah, yang tidak ada anak. Abuya melihat ia mempunyai kelebihan membina jiwa dan menyuburkan jiwa sufi kepada anak-anak.
Kalau ibu-ibu yang lain sibuk namun masih ada isteri Abuya yang boleh tumpukan kasih sayang kepada anak-anak Abuya. Ertinya anak-anak tetap mendapat perhatian dan kasih sayang. Tuhan menciptakan wanita itu memang unik. Wanita itu asal usulnya dari tulang rusuk lelaki itulah penciptaan Hawa. Sebab itu wanita kaya perasaannya dibandingkan dengan lelaki.
Kejadian wanita memang unik. Jika Adam dijadikan daripada inti pati tanah tetapi Hawa tidak dijadikan dari tanah. Ia dijadikan daripada sebahagian dari anggota tubuh Adam iaitu tulang rusuk Nabi Adam. Mereka dikahwinkan walaupun dari asal-usul kejadian yang berbeza. Ini suatu kejadian manusia yang sangat pelik.
Abuya memiliki keluarga besar. Anak-anaknya sahaja ada 39 orang dan kandung Abuya 35 orang. Semua anak-anaknya merasa dihargai. Setiap orang ada peranan masing-masing. Tidak ada yang rasa diketepikan. Masing-masing diberi peluang mengembangkan minat dan bakat yang ada anak-anak tersebut. Setiap anak rasa subur jiwa mereka bila melalui setiap ibu masing-masing dihargai.
Anak-anak perempuan Abuya masing-masing mempunyai kelebihan dan kemahiran. Kerana Abuya pandai mendidik dan mengasuh kebolehan dan bakat masing-masing akhirnya semuanya terasa dapat perhatian, kasih sayang dan pembelaan. Dengan suasana yang tercetus mendorong mereka saling ridu merindui satu sama lain apabila dah lama tidak bertemu kerana dengan tugas masing-masing.
Begitulah perhatian Abuya pada isteri-isteri dan anak-anaknya tanpa membezakan jantina semuanya dilayan sama sahaja. Setiap anggota keluarga terasa diberi perhatian dan penghargaan. Fitrah manusia tidak mengira jantina bangsa atau etnik suka kalau disayangi dan di hargai. Secara fitrah, manusia senang bila disayangi. Fitrah kita tidak menolak bila ditolong, disayangi, dicintai. Kita senang pada orang yang berjasa pada kita atau orang yang pernah menolong kita. Begitulah ilmu dan praktikalnya Abuya bersama keluarganya dan penghargaan Abuya kepada wanita juga praktikal.
Ulasan
Catat Ulasan