Dunia ini adalah negara bala dan ujian dan apabila didatangkan ujian ujian yang berbagai bagai bentuk dan berbagai bagai macam itu kepada manusia, apakah manusia tertipu atau tidak. Siapa yangtertipu, maka celakalah dia di akhirat dan siapayang tidak tertipu dengannya, berbahagialah dia di akhirat dengan syurga Allah. Adapun ujian yang Allah berikan itu adalah bermacam macam. Di antaranya, Allah beri kita dengan bermacam macam nikmat. Apakah kita boleh bersyukur atau tidak. Kalau kita boleh bersyukur, maka kita adalah orang yang tidak tertipu oleh nikmat tetapi kalau kita tidak boleh bersyukur, maka kita adalah orang yang telah dapat ditipu oleh nikmat dunia. Allah timpakan ke atas kita kesusahan dan kemiskinan.
Apakah kita boleh bersabar, atau tidak. Kalau kita boleh bersabar, maka kita tidak tertipu oleh kemiskinan dan kesusahan itu. Sebaliknya, kalau kita tidak dapat bersabar, maka kita telah ditipu
oleh kesusahan dan kemiskian itu. Kemudian Allah tentukan hartanya begian begian. Dia hendak banyak harta tetapi dapat sedikit. Allah tentukan juga anaknya begian begian. Dia hendak anak banyak tetapi dapat sedikit. Jadi setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, sudah ditentukan oleh Allah SWT. Apa yang kita dapat itu tidak sebanyak mana yang kita yang kita mahu.
Kita hendak sesuatu itu banyak, tetapi dapat sedikit. Dalam hal ini,kenalah kita redha. Soalnya, apakah kita boleh redha atau tidak. Kalau kita tidak boleh redha dengan ketentuan dari Allah SWT itu.Seandainya kita boleh redha dengan ketentuan dari Allah SWT itu, maka kifa telah berjaya mengelakkan diri kita tertipu oleh dunia yang melindung kita untuk nampak perkara perkara yang menjadi ketentuan Allah SWT. Begitu juga, Allah uji kita dengan perintah supaya taat beribadah kepadaNya semata-mata sepertimana yang disebut dalam Al Qur’an.Apakah kita boleh taat dengan perintah Allah itu atau tidak. Kalau kita boleh taat dengan perintah itu, bermakna kita telah dapat mengelakkan diri daripada tertipu oleh dunia tetapi kalau kita tidak boleh taat beribadah kepada Allah, ertinya, kita sudah tertipu oleh dunia.
Seterusnya, Allah uji kita dengan perkara perkara yang lain, seperti Allah uji kita dengan larangan-laranganNya, dengan tegahan- tegahanNya. Allah adakan sempadan-sempadan dan hukum-hukum yang tidak boleh kita lakukan. Apakah boleh kita taat menjauhi larangan larangan dan tegahan tegahan Allah itu. Kalau kita boleh jauhi, kita tidak tertipu dengan larangan larangan itu tetapi kalau kita tidak boleh jauhi, kita sudah tertipu dengan larangan larangan itu. Begitu juga, kalau kita boleh berbakti kepada Allah SWT dan kalau kita boleh beramal kepada Allah SWT kerana memang itu yang dituntu oleh Allah SWT kepada kita, apakah kita boleh pula menjaga amal bakti kita itu kepada Allah SWT atau disebaliknya.
Barangsiapa yang tidak boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah SWT, maka orang itu telah tertipu dan barangsiapa yang boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah SWT, maka orang itu telah tertipu dan barangsiapa yang boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah, orang itu terlepas daripada penipuan. Mengapa dikatakan demikian? Sebab, selepas saja kita melakukan amal bakti kepada
Allah SWT, amal bakti itu kena kita jaga. Kalau tidak, ia akan rosak semula. Sebab itu, dalam hidup kini, jangan kita hanya fikir amal ibadah saja, lupa kita hendak memikirkan tentang penjagaan amal
ibadah kita itu.Katakanlah selepas kita beramal, di dalam hati kita termasuk dalam hari kita rasa
ujub dan rasa riak.
Disini kita telah tertipu dengan amal ibadah kita. Kita tidak boleh jaga ibadah kita. Sebab itu, selepas kita beribadah, jangan sampai kita tertipu dengan ibadah kita, riak sudah masuk ke dalam amal ibadah kita itu. Satu apa pun tidak dinilai lagi oleh Allah SWT. Jadi, amal bakti kita kepada Allah SWT kena kita jaga. Nampaknya, sampai kepada peringkat amal bakti kita kepada Allah SWT pun, belum tentu kita boleh berjaya. Seorang itu sampai sudah boleh beramal ibadah kepada Allah SWT. Sebabnya, sudah boleh beramal pun, kita masih diuji oleh Allah. Dengan sebab itu, tidak ada masa bagi kita untuk berlalai-lalai kerana setiap masa dan setiap ketika kita kena berjaga jaga. Ibarat kita berkebun dan bercucuk tanam, selepas kita bercucuk tanam, kita terpaksa pula menjaga tanam tanaman kita itu supaya tidak dirosakkan oleh musuh musuh seperti serangga dan sebagainya. Ertinya, kenalah kita pagar tanam-tanaman kita itu atau sekurang-kurangnya kita buat pondok-pondok kecil di tengah tengah ladang kita itu supaya kita dapat menjaga musuh musuh yang hendak datang merosakkan tanam tanaman kita.
Jadi, kalau kita hanya bertanam saja tetapi kita tidak jaga dan tidak kawal tanam tanaman kita itu daripada musuh-musuhnya, takut takut letih saja kita bercucuk tanam. Kita yang letih bertanam, babi hutan yang kenyang, siput babi yang kenyang, lembu dan kambing yang gemuk. Jadi, sudah sampai boleh bercucuk tanam sekalipun, namun belum tentu lagi dia boleh memetik hasilnya. Sebab, musuh musuh nya adalah banyak dan kalau musuh itu tidak dikawal dan tidak dijaga, musuh musuh itulah yang akan merebut apa yang kita tanam itu. Kita tidak dapat apa apa. Begitulah dengan ajaran Islam ini. Walaupun sudah berjaya kita meninggalkan yang haram dan makruh, namun belum tentu kita berjaya mendapat pahalanya di sisi Allah SWT, kalau kita tidak kawal amal kita itu sungguh sungguh.
Jadi, setiap ibadah, kena kita kawal supaya tidak masuk ujub, tidak masuk riak, tidak masuk hasad dengki, lebih lebih lagi tidak masuk syirik. Kalau amal ibadah kita sudah bercampur dengan syirik,
habis segala-galanya. Habis segala pahalanya daripada mula dia membangunkan amal ibadah itu waktu dia baligh sampailah kepada waktu dia melakukan syirik itu. Sebabnya perbuatan
syirik merosakkan seluruh amal ibadah seorang itu, hatta membatalkan terus imannya. Kalau riak atau ujub atau hasad dengki, is hanya membatalkan ibadahnya yang bercampur dengan riak dan ujub dan hasad dengki, ia boleh mengikis pahala amal ibadah kita sedikit demi sedikti sampai habis. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Hasad dengki itu boleh menghapuskan kebajikan sepertimana api, ia menghapuskan kayu api.”
Sebab itu, kalau kita sudah boleh beramal ibadah, jangan kita berbangga lagi kerana amal ibadah kita itu boleh rosak kalau ianya tidak kita kawal dan kits jaga daripada sifat sifatmazmumah di dalam diri kita. Lebih rosak amal ibadah kita, sekiranya kita tidak berakhlak. Dengan sebab itu jugalah, ulama ulama ada berkata, beramal dan beribadah itu adalah lebih mudah daripada menjaga amal dan ibadah itu. Buktinya, ramai orang boleh mendirikan sembahyang tetapi dalam dia riak, dia masih ujub clan sebagainya. Ertinya, nak mendirikan sembahyang itu adalah mudah tetapi hendak mengawal sembahyang itu daripada riak, hasad dengki, ego, sombong clan lain lainnya itu, adalah amat susah sekali.
Di sini barulah kita faham bahawasanya seorang yang sudah berjaya membangunkan amal ibadah itupun, dia belum tentu selamat lagi. Kalau begitu, betapalah dengan orang yang tidak beramal
ibadah langsung, lebih lebih lagilah tidak selamatnya. Dan barulah kita faham juga bahawasanya, setakat sudah berjaya kits membangunkan amal ibadah pun, kita patut lagi bimbang kerana untuk mendapatkan pahala dari Allah itu adalah susah sekali. Untuk mendapatkan keredhaan Allah itu adalah amat susah sekali. Manakala kalau kita dapat merasakan bahawasanya mendapatkan keredhaan
Allah itu adalah amat susah sekali, tentulah terasa pada diri bagaimana kita boleh selamat. Kalaupun kita boleh bangunkan ibadah, apakah kita boleh selamat atau tidak. Maknanya, tidak sempat kita hendak fikirkan tentang diri orang lain kerana kita asyik memikirkan diri kita, apakah kita selamat di akhirat atau tidak.
Ulasan
Catat Ulasan