Langkau ke kandungan utama

"Bagaimana agama dan teknologi di gabungkan"





Tahun 2010-2013 ketika di Haramain keluarga Abuya banyak habiskan masanya dengan masyarakat Arab tempatan. Berkenalan dengan rakyat tempatan. Bayangkanlah, berada di sebuah negara yang menjadi tempat idaman semua umat Islam ingin berkunjung kesana. Kerana disana adanya Kaabah dan Masjid Nabawi. Namun berada disatu masyarakat yang kita asing menghadapinya. Budaya dan bahasa tidak sama.


Namun berkat belajar dengan Abuya dapat menguasai bahas Arab, membantu ketika bersama orang Arab disana. Kita dapat berkenalan dan mendekati kehidupan mereka.Terutamanya ketika berada di Madinah. Sehingga kami dapat tawaran dari orang tempatan mengendalikan ladang kurma dengan sewaan  yang berpatutan. Melalui ladang tersebut kita sangat dekat dengan masyarakat tempatan. Bahkan tempat-tempat sejarah juga dapat kami berpeluang menerokainya. Ladang kurma yang kami kendalikan tersebut tidak jauh dari bukit Uhud. 


Juga berdekatan dengan padang pasir yang di kenali dengan panggilan "Jabal Baidaa ". Pengalaman selama 3 tahun berada di Haramain iaitu di Mekah dan Madinah sangat membantu mendapatkan pengalaman dan pengetahuan memahami apa yang berlaku.Pengalaman berada di haramain sangat membantu untuk memahami Hadis berkaitan Akhir zaman. Tentera Sufyani dan kisah ada tentera yang ditenggelamkan dipadang pasir Badaa.


Ketika di Haramain bagaimana kehidupan diteruskan?"
.
Walaupun tempoh tahun 2010 hingga  tahun 2013 hanya banyak masa di ladang kurma dan tiada perniagaan rasmi yang dibuat hanya menggunakan ihsan nama orang tempatan. Iaitu kawan baik kepada anak saya Ghazi iaitu saudara Qahtani. Tanpa diduga banyak ruang yang Tuhan buka. Mengenali pengusaha minyak wangi yang memerlukan bahan mentah seperti gahru dan yang seumpamanya. Pengilang pakaian jubah lelaki yang perlukan pasaran ke negara lain. Dengan adanya kemudahan teknologi info seperti kemudahan skype,kami bolih lintas langsung disamping melihat gambar secara live antara dua buah negara. Terasa dekat sekalipun dua buah negara yang berjauhan. 


Begitu juga kemudahan terkini seperti facebook live. Apa itu Facebook Live? Facebook Live adalah sebuah fitur yang memungkinkan pengguna untuk melakukan siaran langsung dengan format video. Memang beredar kabar bahwa fitur dalam Facebook terbaru yakni Live Streaming hanya boleh digunakan para selebriti dan juga beberapa pengguna yang terpilih saja. Akan tetapi sekarang, fitur ini sudah boleh digunakan oleh semua pengguna Facebook. 


Mungkin untuk saya yang belum tahu bagaimana cara kerja dari fitur ini tentu susah. Begitu juga bagi orang tak biasa menggunakan Ipad terasa susah sekalipun ia di dicipta sebagai gajet yang boleh memudahkan kerja menulis dan sebagainya. Sama juga halnya aplikasi yang terpasang di Twitter yakni Periscope. Di mana dalam hal ini para pengguna boleh melakukan broadcast aktivitas langsung dengan video call kepada semua teman yang ada pada Facebook. Melalui siaran langsung (broadcast) di Facebook, tidak memerlukan aplikasi siaran langsung facebook secara khusus karena yang digunakan adalah aplikasi Facebook mobile versi iOS dan/atau Android (silakan download dari link ini melalui smartphone Anda).


Sementara Imam Mahdi belum zahir kita telah membaca suasana dan perkembangan yang berlaku di Haramaian.Ketika pemimpin belum datang lagi ( Imam Mahdi )Ada yang sungguh-sungguh membuat persiapan dengan menunggu kedatangannya.Iaitu menunggu pemimpin dengan maksud baiki diri. Banyakkan ibadah dan khidmat dengan manusia lain. Inilah yang di maksudkan menuggu sambil baikki diri. Semakin terserlah maklumat bagi orang sufi, Tuhan sendiri yang memberikannya kemuliaan, walaupun kemuliaan dan kelebihan itu tidak dipinta. Kelompok ini tergolong dalam manusia yang mengagungkan Tuhan. Dengan menyelusuri jalan kebenaran. 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman