Langkau ke kandungan utama

EMPAYER MINDA.


ABUYA MELAHIRKAN MODEL EMPAYER MINDA.

( Saudara Basit mendapat cahaya mata ).

( Haji Zaman Shah tokoh korperat Kuala Kangsar Perak juga anak murid Abuya ).
( Bersama dengan keluarga Basit, iaitu ustaz Abdul Rahim kawan lama di Kuala Kangsar ).

Bersilaturahim dengan anak-anak murid Abuya. Mereka ialah Ustaz Mohammad Ayob, Ustaz Abdul Halim dan Ustaz Saad bin Hasyim. Mereka tinggal di Bertam, Kepala Batas Negeri Pulau Pinang. Masing-masing adalah sebagai usahawan desa. Ada dikalangan mereka mengusahakan kilang roti, menternak kambing dan kuih muih. Itulah contoh anak-anak murid yang Abuya lahirkan. Mereka hidup berdikari dan jika ada masalah yang dihadapi mereka akan merujuk panduan yang telah Abuya berikan selama ini. Pertemuan tersebut pada hari Jumaat 5 Rabiul Awwal 1439 bersamaan 24 November 2017.Bagi orang yang hendak maju didunia  ia perlukan ilmu. Begitu juga orang yang hendak selamat di Akhirat juga perlukan bekalan ilmu yang diamalkan. Nabi SAW ada menyebutkan tentang perkara tersebut.


مَنْ أَرَا دَالدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِا لْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَالْاآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَافَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Ertinya : ”Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa yang menghendaki kehidupan Akhirat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki keduanya maka wajib baginya memiliki ilmu”.
 (HR. Turmudzi)


Setiap pemimpin akan merubah cara berfikir bangsanya dengan ilmu. Setiap pemimpin ada wawasannya. Melalui wawasan dan cita-cita pemimpin masyarakat dididik dengan wawasan tersebut. Melalui ilmu dan wawasan itu tadi pemimpin mendidik atau mentarbiah hingga masyarakatnya terpimpin dan terpindah cita-cita pemimpin itu. Dia akan mendidik bangsanya dengan minda yang dianugerahkan Tuhan padanya. Penulisan dan penerbitan minda Abuya adalah nadi kepada jemaah Pengajian yang diasaskan oleh Abuya.Bahkan merubah bangsa melayu yang bersamanya menjadi bangsa baru.


Iaitu bangsa Melayu yang akan menerajui empayar atas nama Islam. Minda Abuya banyak menyumbang perubahan cara berfikir umat Islam di Malaysia dan di Indonesia.Bangsa-bangsa lain atas nama Islam pernah menjadi empayar. Hanya bangsa melayu sahaja belum lagi menempa sejarah atas nama Islam. Kita yakin kali ini adalah masa giliran untuk orang melayu menerajui empayar Islam.Penerbitan buku di Asia Barat, banyak berkait dengan minda dari tokoh-tokoh Ikhwan Muslimin. Setelah hampir 100 tahun, minda Ikhwan Muslimin merubah pemikiran umat Islam di Asia Barat, bahkan hampir seluruh dunia Islam mengambil minda mereka. 


Buktinya, selepas kenaikan Ikhwan di Mesir, semangat umat Islam berkobar-kobar untuk daulatkan dan mewujudkan negara Islam. Berjuanglah umat Islam dengan parti politik masing-masing, melalui demokrasi."Namun apakah itu jalan atau landasan yang sebenar untuk Islam?"
Sekarang Presiden Mesir adalah wakil Ikhwan, namun dia tidak berkuasa sepenuhnya. Semenjak 25 Januari 2013, keadaan Mesir makin gawat. Rusuhan di mana-mana. Tiga tempat diisytihar darurat. Yahudi juga telah merespon melalui Amerika, apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang akan dipantau dan akan diberi tekanan, kerana mereka dibelakang parti liberal. 


Jadi, walaupun sudah menguasai negara, bukanlah mendapat kuasa sepenuhnya. Bahkan mendapat tekanan dari kuasa barat yang hakikatnya, merekalah di belakang peristiwa rusuhan yang berlaku di Mesir selama ini! Berbeza dengan Abuya, yang kini perjuangannya sudah mencecah 49 tahun. Abuya lebih mengambil berat soal insaniah dalam diri manusia berbanding mendapatkan negara. Insaniah manusia inilah yang akan membentuk negara Islam. Apalah ertinya jika berlaku seperti di Mesir sekarang, sudah mendapat kuasa namun insaniahnya tiada. Pergaduhan berlaku dari peringkat atasan hingga rakyat jelata. Di mana indahnya Islam kalau begitu sekali perjuangannya?


Pada saat ini situasi dunia Islam umumnya sedang kacau-bilau dan huru-hara, rakyat sudah tak percaya lagi dengan pemimpinnya. Keamanan jelas sudah tiada. Perkara yang telah diperkatakan Abuya sedang berlaku di negara-negara umat Islam khususnya di Timur Tengah. Ini menandakan kedatangan pemimpin yang ditunggu-tunggu sudah terlalu dekat. Golongan Politik di Malaysia sudah gagal dan tidak mampu, seperti yang difahamkan oleh Abuya mengenai jadual Allah. Sekali lagi diingatkan, Ramai dikalangan rakyat Malaysia sudah kecewa dengan sistem pilihanraya. Melalui sistem ini kerana sudah terlalu banyak kerosakkan. Sistem ini kata Abuya takkan berlaku seperti yang diharapkan. Ini telah lama Abuya ingatkan.


Ia takkan berlaku, kalau terjadi juga kerajaan terpaksa hadapi risiko yang sangat besar! Begitu juga kepada mereka yang perjuangkan Islam melalui politik, sila ambil pengajaran daripada peristiwa yang sedang berlaku di Timur Tengah. Apalah ertinya mengusai negara yang masyarakatnya belum diikat hatinya dengan pemimpin mereka dan satu sama lain. Insaniah ini bukan boleh disorak-sorakkan, bukan boleh disogok. Nak melahirkan masyarakat yang bekerjasama, sama kefahaman, keselarasan, mengambil masa untuk mendidik mereka. Lebih-lebih lagilah untuk dibawa kepada Islam.


Islam menang dan terus menang. Hijrah 1439 tidak memberi mata kepada Yahudi dan sangat merugikan mereka. Apa-apa perancangan musuh-musuh ini sekarang akan menguntungkan Islam! Sesungguhnya ia akan membuatkan boneka-boneka Yahudi di seluruh dunia panik. Datuk Sri Anwar Ibrahim, buat apa pun tidak menjadi, malah makin jauh daripada sasaran yang dia harapkan.
Diharapkan revolusi di Malaysia akan menjadi seperti di Mesir, nampaknya tak berlaku.


Rakyat Malaysia yang telah mendapat sentuhan Islam Abuya, 
hati-hati mereka tidak menerima cara kekerasan dan kotor ini. Sekejap-sekejap bolehlah, nak sampai seminggu berkumpul di Stadium Merdeka, itu bukanlah ciri-ciri rakyat Islam Malaysia.Yahudi nampaknya kecewa dengan ayam sabungnya yang sudah cukup terlatih ini. Malaysia tapak kebangkitan Islam kali ke dua. Jadual Tuhan sedang menuju ke destinasinya, iaitu mengarahkan Malaysia bersamanya. Masyarakat dunia sedar atau tidak, Malaysia akan jadi Negara Islam dan tapak empayar Islam.












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman