Langkau ke kandungan utama

KOTA CATALONIA DI ERA ISLAM

CATALONIA INGIN KELUAR SPANYOL.


TRIBUNWOW.COM -Pemimpin wilayah Catalonia  mengumumkan referendum kemerdekaan dari Spanyol yang akan digelar pada 1 Oktober mendatang, Jumat (9/6/2017)."Dalam referendum itu rakyat akan mendapat pertanyaan apakah Anda ingin Catalonia menjadi negara merdeka berbentuk republik," kata Carles Puidgemont, di Barcelona dilansir dari Kompas.com.Jika nantinya mayoritas rakyat memilih 'Ya', maka wliayah yang terletak di sisi timur laut Spanyol itu akan melakukan proses melepaskan diri dari Spanyol dan dimulai secepat mungkin.


Spanyol disebut-sebut kembali apabila Catalonia ingin bebas daripada pentadbiran Madrid. Membawa kita kembali mengingati di era Andalusia pernah menjadi pusat empayar Islam di Eropah satu ketika dahulu. Runtuhnya empayer Islam Eropah ( Gibralta, Portugal, Spanyol dan Perancis) atau dulu dizaman empayer Islam di kenali dengan Empayer  Andalusia menjadi pelajaran penting, bahwa kekuasaan sehebat apapun, jika ia terjerumus dalam gemerlap kemewahan dunia yang melalaikan, akan berakhir dengan kehinaan. Di dalam umat Islam merebut dunia, umat Islam telah mengabaikan roh Islam. Mula lalai dan berlaku pergeseran dan pergaduhan sering berlaku sesama sendiri. Kemuncaknya berlaku perebutan kuasa sesama umat Islam dan akhirnya runtuh sebuah empayer Islam di Eropah. Allah mengingatkan kita setiap peristiwa diambil iktibar.

Maksud firman Tuhan: “Di antara kalian ada yang menginginkan dunia, dan di antara kalian ada yang menginginkan akhirat…,” 
( Ali Imran 3:152).

Di era kebangkitan Islam sekali lagi, Eropah tidak terlepas terkesan juga dengan kebangkitan Islam kali kedua. Sejarah perjuangan kemerdekaan Catalan dari peperangan antara tentera Islam ( Cordoba yang semasa itu tidak lagi mengikut ajaran Islam) kerana tenggelam dengan kekayaan dan kelalaian khalifah di Cordoba sanggup membina sebuah bandar untuk gundik kesayangannya bernama Medina Az- Zahra,dan semasa itu tentara Frank(kini Perancis) berperang untuk merampas dari Islam Cordoba yang berpusat di Andalusia. Catalan sementara itu,mau mentabir negara dengan sendiri setelah khalifah tidak lagi membela nasib mereka yang hanya mementingkan kekayaan semata-mata. 


Kalau dahulu Spanyol  di kenali dengan perkembangan Islam, kini bumi tersebut lebih dikenali oleh dunia dengan kehebatan club sepakbola Barcelona. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Islam di Eropah dan pernah menyaksikan perkembangan tersebut membenarkan berita mengatakan bahwa beberapa negara di Eropah akan menjadi negara yang dihuni mejoriti  agama Islam. Dari negara-negara yang ada di Eropah  tersebut, beberapa diantaranya yang disinyalir kuat akan didominasi oleh para muslimin adalah Belanda, British , Perancis dan Jerman. Negara Jerman disebut-sebut bakal menjadi negara yang paling banyak mejoriti  penduduk muslimnya dibandingkan dengan negara-negara Eropa lainnya. Bahkan boleh dikatakan warga muslim di Jerman populasinya akan lebih banyak dibandingkan dengan warga yang non muslim.


Ekonomi: Wilayah Catalonia sejak lama sudah menjadi wilayah industri di Spanyol –yang pertama di bidang maritim dan perdagangan tekstil, namun belakangan ini ditambah lagi dengan bidang finansial, layanan jasa dan perusahan teknologi tinggi. Catalonia adalah salah satu wilayah terkaya di Spanyol. Menyumbang 18,8% GDP (Gross Domestic Product) Spanyol, lebih besar dibandingkan wilayah Madrid sendiri yang sekitar 17,6%. Namun, Madrid,memiliki jumlah prosentase kapital tahunan yang lebih tinggi. Jika ada pemisahan diri, maka Madrid akan kehilangan hampir 20 persen hasil ekonominya dan harus berfikir series  untuk membayar jumlah hutang negara sebesar 836 milyar Euro. Kontribusi Catalonia untuk ekonomi Spanyol adalah sebesar dua kali ganda jumah kontribusi Scotlandia ke Inggris Raya.


Kuliner dan sepakbola
Bukan hanya dalam politik, ekonomi dan bahasa saja yang membuat Catalan memandang dirinya sendiri berbeza. Bangsa ini sangat bangga dengan kekayaan kuliner dan para kokinya. Ferran Adria dari El Bulli dan Jordi Cruz, memenangi bintang Michelin pertama di usia 25 tahun –orang Spanyol termuda yang pernah meraihnya. Kemudian, El Celler de Can Roca dinamakan sebagai restoran terbaik dunia pada tahun 2013, dan menjadi yang kedua di tahun 2014.


Untuk mengenal kezaliman bukanlah terlalu menyukarkan. Asalkan umat Islam faham erti kezaliman. Zalim bukan sekadar bermaksud menghukum orang tanpa sebab, atau melanggar hak asasi, atau menggugurkan bom yang turut membunuh orang yang tidak berdosa. Zalim juga bukan hanya bererti tidak melayani sama rata atau menyekat bantuan kepada negara miskin. Zalim yang paling besar atau super zalim ialah menghalang manusia daripada mengenal Alllah
SWT.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman