Langkau ke kandungan utama

KASIH SAYANG PERMATA YANG SUDAH HILANG


KASIH SAYANG PERMATA YANG SUDAH HILANG


Kasih sayang sangat penting bagi setiap insan. Ia merupakan makanan jiwa. Tanpa kasih sayang, jiwa jadi gersang, menderita bahkan jiwa boleh mati. Persoalannya, kasih sayang yang bagaimanakah yang benar-benar menjadi makanan jiwa. Ertinya kasih sayang itu menjadikan jiwa terasa kenyang, tenang, bahagia dan puas. Sebenarnya, inilah permata berharga yang sudah hilang daripada umat Islam. Kasih sayang hakikatnya tidak ada di mana-mana. Belum wujud kasih sayang hakiki yang dapat menjadi makanan jiwa-jiwa manusia. 




Kalau ada pun kasih sayang, hanya baru sekadar serasi atau sesuai. Atas keserasian itulah kita dapat bergaul dan bermesra. Namun, kita sebenarnya belum `merasa` kasih sayang sejati dan hakiki itu. Apa buktinya? Untuk menyuluhnya, mari kita hayati bagaimana kasih sayang yang wujud di kalangan para Sahabat Nabi SAW. Kasih sayang mereka benar-benar sejati lagi hakiki. 




Kasih sayang antara para Sahabat itu, mereka rindu-merindui antara satu dengan lain. Bangun pagi sahaja, yang difikirkan ialah bagaimana keadaan Sahabat yang lain. Apakah mereka makan atau tidak, sihatkah atau sakitkah, bagaimana pula keadaan anak isteri mereka, itulah yang difikirkan oleh para Sahabat. Mereka tidak memikirkan tentang din dan keluarga terlebih dahulu, sebaliknya mengutamakan kepentingan orang lain. 




Sejarah menceritakan, ada seorang Sahabat menerima masakan kepala kambing. Sahabat tersebut tidak tergamak hendak memakan hidangan istimewa itu. Tidak mampu dia hendak menelannya kerana mengingatkan ada orang lain yang tidak turut merasanya. Baginya, dia lebih suka kalau orang lain yang menikmati keenakan makanan itu. Lalu Sahabat tersebut menghantar kepala kambing itu kepada Sahabat lain yang merupakan jirannya. 




Sahabat yang menjadi jirannya itu juga tidak sampai hati hendak memakan makanan itu kerana merasakan ada orang lain yang lebih memerlukan. Lalu dia pun menghantar makanan itu ke rumah Sahabat yang lain pula. Sahabat itu pun demikian juga, dia menghadiahkannya kepada orang lain. 


Demikianlah masakan kepala kambing itu bertukar-tukar tangan dan akhirnya makanan itu sampai kembali kepada Sahabat yang mula-mula mendapatnya.


Begitulah tingginya kasih sayang di kalangan para Sahabat. Masing-masing lebih suka mendahulukan orang lain daripada diri dan keluarganya. 
Apakah hal seperti ini terjadi di kalangan kita hari ini? Jauh panggang dari api! Hari ini manusia bersikap nafsi-nafsi dan mementingkan diri sekalipun terhadap sanak saudara dan kawan baik sendiri. Jiran sebelah rumah pun tidak diambil peduli. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman