( makam Nabi Ibrahim ).
"Engkau siapa?" tanya Nabi Ibrahim.
"Aku seorang Majusi," jawab lelaki itu.
Lantas Nabi Ibrahim pun menjawab, "Boleh, tetapi dengan syarat engkau memeluk Islam,"jawab Nabi Ibrahim.
Mendengar jawapan Nabi Ibrahim, Majusi itu tidak jadi hendak bermalam di situ. Dia pun berlalu dengan penuh kehampaan.
Allah SWT telah menegur sikap Nabi Ibrahim yang tidak membenarkan Majusi itu menumpang di rumahnya. Mendengar teguran dari Tuhan itu, Nabi Ibrahim terus bergegas keluar mencari Majusi itu sehinggalah dia bertemu semula dengannya.
Majusi itu tersangat hairan dengan sikap Nabi Ibrahim. Dia ingin tahu apa yang telah merubah fikirannya.
Nabi Ibrahim pun berkata, "Tuhanku telah menegurku dengan berkata bahawa Dia telah berkhidmat dengan memberi engkau rezeki selama 40 tahun umur engkau, sekalipun engkau tidak menyembahnya. Mengapa pula aku tidak boleh berkhidmat kepadamu hanya untuk satu malam."
Majusi itu terus tersentuh hatinya mendengar kata-kata Nabi Ibrahim. "Sungguh baik Tuhan engkau itu. Aku juga ingin memiliki Tuhan seperti Tuhan engkau itu," kata Majusi itu.
Majusi itu terus memeluk Islam setelah melihat kebaikan dan kasih sayang Tuhan terhadap dirinya.
Ulasan
Catat Ulasan