Langkau ke kandungan utama

SAYANGI SAHABAT ANDA.

MAZMUMAH MENGHANCURKAN KASIH SAYANG.
( Anak Abuya Fakhrur Razi bersama anak murid Abuya Halid bin Ali dan keluarganya ).

( Fakhrur Razi beramah mesra dengan Halid bin Ali dirumahnya ).

Peraih durian kampung di kawasan Kampung Gajah di sini bersyukur dan mampu menarik nafas lega apabila raja buah itu kembali mengeluarkan hasil yang banyak selepas bencana banjir berlaku pada penghujung tahun 2014. Lebih menggembirakan bagi pemilik-pemilik dusun, kebanyakan pokok yang ditanam mereka menghasilkan antara 500 sehingga 600 buah durian. Di kalangan keluarga Abuya dan anak muridnya saling berkunjung satu sama lain. Pada 23 November 2017 berlaku satu pertemuan keluarga dengan anak murid Abuya di kampung Gajah Perak. Haji Fakhrur Razi bagi pihak keluarga Abuya dengan Haji Halid bagi pihak anak murid Abuya di rumahnya di kampung Gajah yang di kenali dengan dusun durian.


Apabila kita melihat, mendengar atau  atau mengetahui dua orang atau kelompok berkrisis, bermusuh, bertengkar dan bertelagah, saling benci membenci, tuduh menuduh, kata mengata, kutuk mengutuk, serang menyerang bahkan berperang, sebenarnya kita sedang melihat mazmumah atau sifat keji yang sedang bersarang di hati kedua dua pihak itu sedang di zahirkan melalui lidah, tangan bahkan senjata.


Abuya melahirkan modul masyarkat yang dapat Tuhan dan berkasih sayang sesama. Abuya mengambil keluarga dan anak muridnya dijadikan model yang melaksanakan modul yang Abuya lagang. Untuk meneruskan usaha perjuangan Abuya tersebut, satu usaha telah dibuat melalui kunjungan ziarah dikalangan keluarga dan anak-anak murid Abuya.


Abuya, demi kelangsungan perjuangan Islam yang dilagangnya, dia mendidik generasi pelapisnya demi kelangsungan perjuangan Islam.Bagaimana Abuya mempastikan kelangsungan perjuangannya?
Untuk itu Abuya memindahkan cita-cita perjuangan yang sudah meluap-luap dalam dirinya kepada generasi pelapis. Namun dalam sepanjang perjuangannya, dia dapatkan Tuhan untuk pengisian kekosongan yang dirasai oleh manusia sejagat.


Bacalah sajak sajak Abuya sekitar tahun 2000, semuanya adalah kisah cintanya dengan Tuhan. Dan kerana kasih sayang itu begitu didahagakannya, maka jadilah dia manusia paling sensitif dengan penderitaan orang lain. Sepertimana dirinya yang amat menginginkan, dapatlah dirasainya betapa orang lain itu juga amat mengharapkan kasih sayang. Alhasil, Abuya tercipta sebagai tokoh yang memulakan memperjuangkan Tuhan dan kasih sayang. Dialah bapa kasih sayang. 


Abuya: Kerana Allah dan Rasul. Wajib bagi kami berjemaah. Jemaah itu rahmat. Berpecah itu azab kata Rasulullah. Abuya: Jemaah apa pun kalau baru memang wajib menghadapi semua andaian-andaian itu. Tapi kalau sudah besar, sudah diterima, semua tuduhan itu tidak ada maknanya lagi. Abuya: Pengalaman sudah banyak memberitahu kita bahawa kebenaran itu akan melonjakkan popularitinya di atas penentangan yang dibuat kepadanya. 


Abuya: Sebab kebenaran itu bersifat rohiyah manakala penentangan dibuat dengan akal. Roh dengan akal umpama air dengan gula. Bila bertembung, gula akan hilang di dalam air. Air jadi tambah sedap. Gula kalau ia cerdik, ia tidak akan mengganggu air. Abuya: Di dunia yang sudah tidak selamat ini, orang semuanya sedang amat rindukan keselamatan, kasih sayang, keadilan, kepedulian dan pertolongan. 


Itulah negara Islam yang saya maksudkan. Adakah orang takut keselamatan? Abuya: Orang perempuan, bukan sahaja takut poligami. Dengan polis pun takut, dengan sakit pun takut, dengan peperiksaan pun takut. Tapi bila diberi faham sebaik-baiknya, setepat-tepatnya, semua ketakutan pun boleh hilang. Masakan Allah dan Rasul lakukan sesuatu itu sia-sia atau menganiaya. Bahkan sebenarnya Allah bermaksud seribu satu macam keindahan. Ada seribu satu keburukan. 


Di sebalik seribu satu macam ciptaan-ciptaan yang menyakitkan sebenarnya ada tersembunyi seribu satu macam kebaikan pula. Orang yang tahu, sebenarnya akan bersikap tidak menolak apa pun dari Tuhan. Kerana semua itu sebenarnya bermaksud baik kalau kita memahaminya.Abuya: Saya kaya setelah saya miskinkan diri saya dan siapa pun yang sanggup jual beli dengan Tuhan dia akan perolehi keuntungan yang besar kemudiannya. 


Untuk mengatasi dan menyelesaikan apa jua masalah dan kejahatan manusia, maka Tuhan perintahkan supaya manusia takut kepada-Nya Kerana apabila manusia takut kepada Tuhan, manusia akan menjadi baik. Apabila menjadi manusia bukan Tuhan yang untung. Faedah dan Manfaat daripada kebaikkan manusia itu kembali kepada manusia itu sendiri. Kalau begitu apa ruginya tajutkan Tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman