TUHAN JADIKAN HIDUP UNTUK DIUJI
Firman Allah:
قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ ....
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, ".(An naml 27:69).
XPDC kali ini ke Selatan Malaysia. XPDC menuju ke negeri Johor Darul Takzim. Pada hari Ahad 26 November 2017. Johor Bahru merupakan ibu negeri dan menjadi pusat perniagaan dan kawasan perindustrian terbesar bagi Negeri Johor. Manakala Kota Iskandar di Iskandar Puteri pula menjadi pusat pentadbiran bagi Kerajaan Negeri Johor. Kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948. Abuya Pernah membuka perkampungan dan pendidikan di Masai Johor.
Hidup ini ibarat bermusafir atau sedang berxpdc. Persiapan dan bekalan perjalanan diperlukan. Kamal Wong berbangsa China adalah anak murid Abuya. Beliau telah pun berumahtangga dan tinggal di Kulai Johor. Mempunyai 5 orang anak. Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.
Tuhan hendak beri hidayah kepada seseorang itu dengan pelbagai cara. Apapun sasarannya adalah hati. Tuhan gerakkan hati seseorang itu untuk mendapatkan Tuhan. Di akhir zaman ini, dimana kita tidak berpeluang bertemu dengan Rasulullah dan tidak pernah hidup bersama baginda, tetapi kita diberi peluang untuk menghidupkan sunnah Rasulullah, termasuk diantaranya mengamalkan pakaian sunnah. Bahkan ganjaran bagi satu sunnah yang sudah dilupakan orang ialah 100 pahala mati syahid. Malah Rasulullah pernah menggambarkan,dikala kemerosotan iman berlaku diakhir zaman, wujud sekelompok manusia bergelar ikhwan. Mereka inilah kumpulan-kumpulan yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW.
Para Ikhwan itu walaupun mereka tidak pernah melihat Rasulullah,namun sangat mencintai Rasulullah. Ikhwan adalah gelaran yang diberikan oleh Nabi SAW kepada umatnya. Apapun etnik dan bangsa umat Rasulullah yang menepati ciri-ciri ikhwan yang disebutkan maka dialah ikhwan Rasulullah.Abuya mendidik kita supaya menjadi ikhwan. Kerana ikhwan tidak lahir dengan sendirinya ia perlu diushakan. Ikhwan itu sudah tentulah orang yang bertaqwa di akhir zaman.
Sesiapa saja yang bertaqwa sudah tentu sangat mencintai Rasulullah SAW. Mereka adalah orang yang menerima hidayah atau petunjuk dari Allah. Bila kita bertaqwa, maka akan berlakulah janji Allah. Pembelaan dan sumber rezeki dari Allah bagi orang bertaqwa, ini adalah satu hakikat. Setiap mukmin tidak ragu dengan hakikat ini.
"Sesungguhnya Allah adalah pembela orang yang bertaqwa"
( Al jaasiah :19 ).
"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya rezeki dari sumber yang tidak diduga." ( At Talaq, 65:2-3 ).
Ikhwan itu adalah pejuang yang bawa kebenaran. Ikhwan itu adalah penyelamat! Manusia terasa selamat dengan sentuhan mereka. Manusia rasa selamat lahir dan batin dengan perjuangan mereka. Iman mereka dipelihara, harta mereka terjaga. Jika yang berlaku semakin merosakkan Iman dan memporak perandakan kehidupan manusia, lebih-lebih lagi hingga harta benda manusia pun tidak selamat dalam perjuangannya ini jelaslah bukan pejuang kebenaran apatah lagi pemimpin penyelamat!
Ulasan
Catat Ulasan