Langkau ke kandungan utama

ASAS EKONOMI ISLAM BUKAN WANG.

BAGAIMANA ABUYA MELAGANG EKONOMI ISLAM.

( wang hanyalah alat ).

( asas ekonomi Islam adalah tenaga manusia ).

Asas ekonomi dalam Islam bukan wang atau duit atau aset, bahan mentah atau kekayaan semula jadi. Asas ekonomi dalam Islam adalah tenaga manusia. Ini kerana sebab yang hendak menggerakkan ekonomi itu adalah manusia. Abuya telah dapat mendisiplinkan dirinya dan keluarganya sembahyang berjemaah. Setiap kali lepas sembahyang dia akan berpusing kebelakang dan bertanya khabar kepada keluarga dan anak muridnya yang sembahyang bersamanya. Antara soalan Abuya ialah apa yang hendak dilakukan hari ini supaya manusia terhibur dengan khidmat kita. Masing-masing berkongsi apa yang boleh dilakukan untuk menghiburkan manusia. Selain itu Abuya didik kita jadikan perniagaan wadah untuk kita baiki diri. 


Bagaimana caranya kita baikki diri melalui wadah perniagaan?
Dalam Islam berpagi-pagi itu berkat. " في البكور بركة " . Setelah kita siapkan keperluan masyarakat melalui perniagaan dengan niat untuk menghiburkan manusia dan setelah itu kita berserah diri kepada Tuhan hasilnya. Kemudian setelah berniaga kita tidak lupa untuk bersyukur kerana Tuhan izinkan ianya berlaku. Bila sampai masanya kita keluarkan zakat perniagaan yang telah di wajibkan ke atas mereka yang layak mengeluarkan zakat. Setiap hari kita buat muhasabah, hari ini Tuhan berikan lebih rezki maka kita pun banyakkan bersedekah. Pada masa lain kita ditakdirkan kurang dapat sambutan, kita pun muhasabah dosa apa yang telah aku lakukan yang belum ditaubatkan lagi. Setelah dikoreksi didapati hati sempat bersangka-sangka dengan rakan niaga yang sama dengan kita. 


Bersangka-sangka itu adalah dosa. Setelah sedar kita pun mengambil langkah menebus dosa itu dengan bersedekah. Sebaik-baik penubusan dosa itu adalah dengan bersedekah. Begitulah sepatutnya hari-hari yang dilalui dengan banyakkan muhasabah diri. Kali ini kesalahan aku adalah menangguh-nangguhKan sembahyang maka kita pun buat penebusan dosa. Abuya melahirkan ahli-ahli korporat dikalangan keluarga dan anak muridnya melalui disiplin sembahyang berjemaah. Tindakan ini merujuk perbuatan dan tindakan Rasulullah. Untuk melahirkan insan yang berdisiplin, jujur, amanah dan sifat-sifat mahmudah yang lain. Jelaslah bahawa perniagaan dalam Islam sangat ada hubungkait dengan insan tidak terlepas daripada soal rohiah.


Kebangkitan Islam sekali lagi untuk melahirkan pejuang-pejuang
 yang terbina rohnya sudah tentulah kena merujuk kebangkitan yang pertama. Barulah dapat menyalin hasil yang sama. Tuhan suka menghiburkan hambanya. Begitu juga Tuhan suka kalau kita dapat menghiburkan orang lain dengan khidmat yang diberikan. Kalau disatu tempat susah hendak mendapatkan produk halal, maka kita usahakannya ertinya kita telah menghiburkan masyarakat ditempat tersebut. Satu masyarakat terasa pembelaan dari kita itulah jihad yang telah diusahakan. Ada hadis yang maksudnya: Orang yang berekonomi mengikut syariat itu satu jihad seperti berjihad fisabilillah.


Dalam berekonomi dan berniaga Islam menyuruh dan menuntut umatnya untuk menjaga halal dan haram. Ini adalah syariat. Manakala dalam perniagaan dan jual beli pula peniaga dapat membantu dengan menyedekahkan barangan yang tidak habis dijual kepada golongan fakir miskin dan ini merupakan khidmat yang besar. Ini semua adalah kehendak syariat Islam. Memang manusia diutuskan ke dunia ini untuk berkhidmat. Iaitu khidmat kepada Tuhan dan khidmat kepada manusia. Dengan Tuhan peniaga berkhidmat melalui ibadah manakala dengan manusia peniaga berkhidmat sebahagian besarnya melalui ekonomi.


Berekonomi juga sebahagian daripada ibadah. Ini dapat dilihat daripada sepotong ayat yang berbunyi : Maksudnya: Akan ditimpa kehinaan di mana sahaja kamu berada kecuali kamu tegakkan dua hubungan iaitu habluminallah (hubungan dengan Allah) dan habluminnas (hubungan dengan manusia). (Al Imran : 112)


Kedua-dua bentuk ibadah ini sama ada yang khususiah mahupun yang umumiah perlu ditegakkan serentak. Di dalam Islam disebabkan ekonomi itu adalah ibadah, maka peniaga perlu berusaha untuk menegakkannya. Soal untung atau rugi tidak perlu dijadikan faktor utama kerana ia adalah urusan Tuhan. Yang penting setiap pengusaha, menjalankan ekonomi dan mengikut peraturan yang telah Tuhan tetapkan dan dilakukan kerana ia ibadah kepada Tuhan.


Firman Allah SWT: 
Maksudnya: Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja, maka rugilah dia kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan ingatlah, Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat. (An Nisa : 134)


Dalam Islam, berekonomi dan berniaga bukan semata-mata untuk mencari duit atau untung. Kalau duit dan untung matlamatnya pasti akan berlaku krisis, monopoli, penipuan, inflasi, ketidakadilan, tindas menindas dan perebutan. Ekonomi dan perniagaan Islam adalah berteraskan kasih sayang. Seperti juga ibadah-ibadah lain, matlamat berekonomi adalah untuk mendapatkan Tuhan dan untuk mendapatkan keredaan Tuhan. Ini kerana jika duit atau keuntungan material menjadi matlamat dalam berekonomi maka ia tidak layak dikatakan sebagai ibadah. Ini kerana ibadah itu adalah apa-apa kebaikan yang dibuat dengan niatkan kerana Tuhan. 
Sebenarnya dengan konsep ekonomi dan perniagaan sebagai ibadah ini maka secara tidak langsung akan menyuburkan iman dan taqwa dan seterusnya menambahkan ukhwah dan kasih sayang kepada hubungan kita sesama manusia dan memperbaiki juga hubungan kita dengan Tuhan. Islam menganjurkan perniagaan dan ekonomi bukan untuk mendapat duit atau untung tetapi untuk mendapat taqwa. Untung itu perkara mendatang. Di dalam Islam, rugi di dalam perniagaan pun tidak mengapa asalkan mendapat taqwa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman