Langkau ke kandungan utama

MASJID KAMPUNG HULU MELAKA.

MASJID TERTUA DI MALAYSIA.


 ( Di dalam perkarangan masjid terdapat makam Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang guru agama yang terkenal yang dianggap sebagai Wali ).
( Bedok Masjid Kampung Hulu ).




Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Masjid Kampung Hulu,Km. 1, Kampung Hulu, 75200 Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjidpaling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina.Masjid ini dibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan.


Masjid kampung Hulu dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina adalah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624, penjajah Portugis telah datang sejak tahun 1511, memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka. Antara yang dimusnahkan oleh Portugis adalah masjid yang pertama dibina di Melaka. 


Masjid negeri Melaka contoh masjid Hulu Melaka ada kaitan dengan Masjid di Malaga iaitu Masjid Qordoba.  Jejak pendakwah Arab dapat di kesan dengan jelas jejak peninggalan nama yang diberikan kepada pelabuhan Melaka. Berasal daripada bahasa Arab iaitu Malqa (ملقى) maksudnya tempat pertemuan. Pelabuhan pada ketika itu adalah menjadi pintu masuk ke Tanah Melayu ertinya pelabuhan menjadi tempat pertemuan manusia samaada berdakwah, berdagang dan lain-lain. Masjid Hulu Melaka diantara masjid terawal yang Abuya kunjungi dengan tujuan berdakwah. 


Bagi Abuya negeri Melaka adalah negeri yang awal Abuya berdakwah. Pelajar-pelajar yang awal belajar dengan Abuya juga daripada Melaka. Ustaz Ahmad Yasin berasal dari Alai Melaka termasuk pelajar awal bersama anak Abuya yang dihantar ke sekolah pondok Baling Kedah.Apabila kita ungkai kembali sejarah Islam ternyata banyak perkara ditutup oleh penjajah. Dari sudut bahasa sahaja jelas daripada bahasa Arab. Contoh Malaga Spanyol berasal dari Malqa, Melaka juga dari bahasa Arab iaitu Malqa lidah orang Melayu menyebut Melaka. Begitu juga di China contoh Macau dari bahasa orang China orang Arab sebut Malqa juga. 


Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, [1] ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas. Masjid Kampung Hulu ramai di kunjungi oleh umat Islam untuk mengambil air kolahnya yang boleh dijadian air penawar.


Kalau di Selangor masjid Sungai Chincin terkenal juga dengan kesan peninggalan karamah wali. Syaikh Muhammad Nor juga digelar Wali Sungai Cincin, dan dia mencipta moto khas untuk kampungnya. Moto itu tertulis "Cukuplah mati sebagai peringatan" yang diukir di atas syiling yang dibawa ke mana-mana. Moto itu diambil dari hadis Nabi Muhammad saw kepada Saiyidina Umar Al-Khattab, menunjukkan kewarakan beliau yang mengutamakan akhirat jauh daripada dunia. 


Namun begitu beliau sangat mengambil berat soal pendidikan masyarakat setempatnya. Sejarah juga telah mencatatkan ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, Kampung Sungai Cincin ini tidak tergugat dengan kedatangan mereka malah bekalan makanan tidak putus seperti di kawasan lain. Beliau meninggal dunia pada tahun 1932 dan meninggalkan banyak jasa dan ramai murid. Beliau juga salah seorang syeikh tariqat Naqsyabandi dan juga dikatakan khalifah Naqsyabandi ke 35.


Sejarah seperti ini sangat ditutup oleh penjajah. Yang dibesarkan ialah sejarah lima Hang bersaudara yang lahirnya pun sangat boleh dipertikaikan kewujudannya. Lima Hang bersaudara tidak membawa dan mengikat kepada agama Islam, hanya kepada bangsa manakala tokoh-tokoh seperti Tok Gajah, Tokku Paloh, Syaikh Muhammad Nor, Tuan Tulis, Syaikh Muhammad Said Al-Linggi, dan beberapa tokoh lain ini sangat perjuangkan Islam dan terkenal dalam dakwah mereka. 


Bagi  mengesan secara mudah, mana-mana yang ditonjolkan oleh penjajah elok kita berhati-hati. Mana-mana tokoh yang cuba disembunyikan, atau di anggap jahat oleh penjajah biasanya adalah tokoh pejuang Islam sebenar. Kalau ada ulama yang hak mereka cuba menutup sejarahnya.Namun penjajah menutupnya kerana takut akan mengembangkan pengaruh dakwahnya. Kalau diperkenalkan pun sekadar pejuang bangsa, itu pun sejarahnya dicatu untuk masyarakat membaca dan mengenali mereka. Kerana bimbang akan meneruskan gelombang dan misi dakwah yang diwarisi dari zaman sahabat lagi.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman