Langkau ke kandungan utama

PERKAHWINAN CARA ISLAM

PERKAHWINAN DALAM ISLAM SANGAT SUCI

( cucu Abuya berkahwin, anak kepada Sy. Mohd Ikramullah Ashaari ).

( perkahwinan anak saudara Abuya ).


( tiga pasang pengantin di Sendayan Seremban Negeri sembilan ).


Secara fitrah, manusia senang bila disayangi. Fitrah kita tidak menolak bila ditolong, disayangi, dicintai. Kita senang pada orang yang berjasa pada kita atau orang yang pernah menolong kita. Bayangkan, pada saat kita menemui kesulitan dalam tugas akhir misalnya, tiba-tiba ada seorang asisten yang dengan tulus membantu kita. Atau pada saat kita benar-benar tidak ada wang untuk membayar bil air yang hendak kena potong atau bil api tiba-tiba ada seorang kawan yang membayarkan. Tentu jasanya akan kita kenang. Contoh kita sedang keletihan dan kehausan isteri hidangkan kepada suami tanpa diarah. Begitu juga isteri di belai dengan penuh kasih sayang oleh suami sudah tentu isteri terhibur. Bagi umat Islam yang faham Islam, yang beramal dengan agamanya, menghayati dan mencintai agamanya, yang ada cita-cita hendak membangunkan agamanya secara
syumul atau global, 


Islam yang global itu kemudian diperjuangkannya, bahawa perkahwinan atau mendirikan rumahtangga adalah mempunyai erti yang besar kerana daripada peribadi muslim dan keluarga muslim itu dari sanalah titik tolak atau starting point untuk memancarkan Islam ke masyarakat, ke negara dan seluruh alam sejagat, kerana dari sinilah kalau pilihan suami isteri itu tepat mengikut ajaran Islam, kemudian hiduplah kedua sejoli atau mempelai itu secara tuntutan Islam, selepas itu kalau Allah Taala takdirkan mereka mendapat cahaya mata atau anak-anak yang banyak dari dua insan yang berpadu kasih, yang mempunyai cita-cita Islam yang mendalam itu, maka sudah tentulah anak-anak itu dididik secara kehidupan yang dikehendaki oleh Islam. Maka insya-Allah akan lahirlah satu keluarga yang hidup secara Islam yang menjadi role model. Kalau suami isteri yang lain pula mendirikan rumah tangga mempunyai cita-cita yang sama, begitulah setiap individu muslim mempunyai cita-cita yang sama juga, gabungan keluarga yang menghayati Islam itu menjadi masyarakat yang lebih besar lagi menghayati Islam pula. 


Selepas itu sudah tentu mudah sahaja untuk menegakkan negara Islam dan seterusnya Islam sejagat. Tidaklah seperti apa yang berlaku di hari ini, seluruh dunia bagi pejuang-pejuang Islam, amat sulit sekali untuk memperjuangkan negara Islam, kerana individunya belum bersedia.Keluarga Islam belum bersedia, masyarakat lebih-lebih lagi. Oleh yang demikian, sudah tentu amat payah sekali untuk diajak menegakkan negara Islam. Mengapa terjadi demikian? Kerana kesilapan itu bermula dari individu dan dari dua suami isteri yang berkahwin. Kerana Islam itu tidak menjadi matlamat mereka mendirikan rumahtangga, atau tidak ada cita-cita Islam, sekadar berkahwin itu kerana hendak melepaskan tuntutan naluri atau kemahuan semula jadi, atau tuntutan biologi, tidak ada pun dihubungkait dengan cita-cita Islam itu. Oleh yang demikian apakah tujuan perkahwinan itu? Apakah sekadar melepaskan nafsu?



Tujuan perkahwinan mengikut Islam yang sebenarnya adalah seperti berikut: Pertama : Allah Taala telah mentakdirkan bahawa lelaki ada nafsu kepada perempuan. Perempuan juga ada nafsu dengan lelaki. Hakikat ini tidak boleh ditolak, kita tidak boleh lari daripada tuntutan semulajadi itu. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan maka tujuan kita berkahwin jangan sampai kita melakukan zina yang terkutuk itu. Kenalah kita berkahwin agar ia tersalur secara yang halal yang ia memang dibenarkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih. 



Kedua : 
Bahawa daripada perhubungan kelamin suami isteri itu di situlah sebagai sebab pertemuan benih kedua jenis manusia yang akan melahirkan zuriat, anak-anak, cucu-cucu yang ingin sangat kita akan jaga, asuh, didik, diberi iman dan ilmu, agar menjadi hamba-hamba Allah yang berakhlak dan bertaqwa yang akan menyambung perjuangan Islam kita itu agar perjuangan Islam kita bersambung selepas kita mati. Memang setiap umat Islam yang belum rosak jiwanya sangat menginginkan agar Islam itu terus bersambung dari satu generasi ke satu generasi. Ketiga : 
Kalau begitu tujuan kita berkahwin, kita inginkan anak yang akan kita didik menjadi seorang Islam yang sejati dan anak itu adalah merupakan aset kepada kita. Dan anak itu sendiri pula boleh menjadi harta dan tenaga kepada 


Islam. 

Keempat : 
Dengan perkahwinan itu, jika tujuan kita mendapat anak berjaya, dan berjaya pula dididik dengan Islam dan menjadi seorang muslim yang berguna, kemudian dia akan melahirkan cucu, berjaya pula dididik secara Islam yang sebaik-baiknya, berapa banyak pahala yang kita dapat sambung-menyambung. Itu adalah merupakan aset simpanan kita di Akhirat kelak 

Kelima : 
Islam yang maha indah itu alangkah indahnya kalau ia dapat menjadi kebudayaan hidup yang pernah mengisi ruangan dunia ini di masa yang silam, selama 3 kurun dari sejak Rasulullah SAW. Sekarang tinggal nostalgia sahaja, yang tinggal pada hari ini hanya aqidah dan ibadah, itu pun tidak semua umat Islam berbuat. 


Oleh itu kita ingin sangat kalau dapat diwujudkan di dalam suasana keluarga pun jadilah, kerana hendak buat lebih dari itu hari ini memang amat sulit sekali. Lantaran itulah perkahwinan itu amat perlu sekali kerana hendak melahirkan masyarakat Islam kecil, moga-moga dari situ akan tercetus masyarakat Islam yang lebih besar. 

Keenam : 
Seorang muslim bukan sahaja diperintah untuk mencari keredhaan Allah Taala, tapi diperintah juga untuk menghiburkan hati kekasih Allah Taala iaitu Rasulullah SAW, yang mana Rasulullah SAW sangat berbangga dengan ramainya pengikut atau umatnya di Akhirat kelak. Maka sebab itulah Rasulullah SAW menyuruh umatnya berkahwin. Setiap umat Islam hendaknya apa yang menjadi kesukaan Rasul-Nya itulah juga kesukaan mereka. 

Ketujuh : 
Kalaulah Rasulullah SAW berbangga dan bergembira dengan ramainya umat, maka kita sepatutnya juga berbangga dengan ramainya umat Islam di dunia ini. Maka untuk memperbanyakkannya, lantaran itulah kita berkahwin. Jadi kita berkahwin itu ada bermotifkan untuk meramaikan umat Islam, ada cita-cita Islam sejagat. Kita berkahwin itu ada cita-cita besar, bukan sekadar setakat hendak melepaskan nafsu seks seperti cita-cita kebanyakan manusia. 



Kelapan : 
Berkahwin itu jangan sampai putus zuriat, kerana kita berbangga dapat menyambung zuriat yang menerima Islam sebagai agamanya dan dengan keturunan itulah orang kenal siapa asal-usul kita atau mereka. 

Kesembilan : 
Tujuan-tujuan lain sebagai maksud tambahan daripada perkahwinan bahawa setiap lelaki dan perempuan yang menjadi pasangan suami isteri hendaklah meniatkan satu sama lain hendak memberi hiburan seorang hamba Allah Taala yang inginkan hiburan, kerana niat menghiburkan orang mukmin itu mendapat pahala. 
Begitulah sebahagian daripada tujuan-tujuan dan maksud-maksud daripada perkahwinan di dalam Islam, ia mempunyai cita-cita yang murni. Melahirkan cita-cita Islam, ingin mewujudkan satu rangkaian dan elemen-elemen amalan dan suasana Islam dan kalau dapat ia digabungkan dengan rangkaian-rangkaian dan elemen-elemen golongan yang mempunyai cita-cita dan tujuan yang sama seperti yang Islam kehendaki, atau yang Islam mahu, ia lama-kelamaan akan menjadi satu masyarakat Islam yang lebih besar lagi yang syiarnya akan dapat dilihat di mana-mana sahaja di muka bumi Tuhan ini, yang akan menjadikan dunia ini amat meriah, ceria, gembira dan bahagia. Barulah boleh kita meyakinkan orang lain kerana keindahan Islam itu begitu terserlah.


Aqidah mereka juga boleh rosak kerana menganut fahaman atau isme yang tidak dikaitkan dengan Tuhan. Bahawa zikir yang paling besar dan agung ialah melalui solat atau sembahyang lima waktu. Selain ia bersifat menyembah, di dalamnya ada berbagai bentuk zikir termasuk lafaz Al Jalaalah dan dua kalimah syahadah.  Oleh itu jangan ada di waktu sembahyang itu sama ada hati, o, yang diwajibkan serta gerak-geri kita tidak menggambarkan menyembah dan mengingati Allah SWT lagi Maha Agung. Mental yang selamat menurut Islam  dan juga menjaganya adalah dengan zikir. Untuk menjaga kesihatan mental dan roh ialah dengan solat atau sembahyang. Zikir ada hubungkait dengan mental dan roh. Orang yang benar-benar berzikir akan dapat memberi kesan kepada otak dan roh manusia. Kalau itu yang berlaku ertinya kita telah berjaya merawat otak dan jiwa. Ajaran Islam, tidak menolak sama sekali otak,akal atau mental. Tuhan pun banyak menyebut dalam Qur’an : “Mengapa kamu tak gunakan akal”, “Mengapa kamu tak berfikir”. Itu menunjukkan Islam menyuruh manusia guna mental atau  akal juga. Tapi kalau tak berhati2, akal itu diguna secara sendirian tanpa bertunjangkan Iman.


Tidak bertunjangkan iman, mungkin boleh membawa pada syirik, iaitu syirik moden. Kalau sembah berhala, sembah patung, itu syirik kuno. Ulama2 pun faham memang itulah ilmunya. Tapi syirik moden, ulama2, ustaz2 tak faham . Padahal syirik moden ini umat Islam sudah terperangkap. Supaya umat Islam ada kekuatan menghadapi cabaran yang mengancam iman, perlukan banyak bergantung dengan Tuhan. Hati sentiasa di tanamkan dengan zikir. Zikir berasal daripada perkataan bahasa Arab. Etimologi. Secara bahasa zikir memiliki arti "menyebut", "mengingat" atau "berdoa", kata zikir juga berarti memori, pengajian. Dalam bahasa agama Islam zikir sering didefinisikan dengan menyebut atau mengingat Allah dengan lisan melalui kalimat-kalimat thayyibah." 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman