Langkau ke kandungan utama

PAHLAWAN ISLAM

PERJUANGAN YANG TEGUH MERINTIS MASA.
( bersama Tuan Rahim dan anak-anaknya ).
( suasana jamuan makan bersama tuan Rahim dan cucunya ).


Xpdc utara  23hb Nov 2017 / 4 Rabiul Awwal 1439h. Solat magrib dan makan malam di rumah Tuan Rahim di Ayer Tawar. Pangkat terakhir beliau sebelum pencin selaku ketua keselamatan angkatan tentera laut Malaysia di Lumut, Perak. Beliau orang yang mendapat  hidayah.Kehidupannya berhijrah daripada jahiliah kepada Islam is the way of live. Hasil kunjungan ziarah kerumahnya terbukti beliau orang yang benar-benar mempraktikkan cara hidup Islam.


Ketika saya menjadi tetamunya di rumah beliau, menyaksikan bagaimana dia mengatur keluarganya mengikut syariat Islam. Islam is the way of live menjadi gaya hidupnya dan keluarganya. Kedua-dua isterinya tinggal sebumbung dengannya. Oleh kerana asal usul atau  latar belakangnya bekas tentera, beliau adalah orang yang sangat disiplin. Apabila mendapat hidayah maka beliau mendisiplinkan diri dan keluarganya dengan syariat Tuhan.


Beliau adalah orang yang mendapat pimpinan guru mursyid. Gurunya ialah Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Dari watak seorang yang terbentuk sebagai tentera, apabila mendapat didikan dan pimpinan guru mursyid beliau di bentuk menjadi orang yang berkasih sayang.Kedatangan kami bukan sahaja di ajak solat berjemaah bersama keluarganya tetapi juga di ajak makan bersama-sama dengan keluarganya. Oleh kerana kami menjadi tetamunya maka disambut begitu istemewa oleh beliau dan keluarganya.


Apa yang berlaku kepada anak murid Abuya ini mengingatkan saya kepada panglima Islam di era kebangkitan pertama. Iaitu panglima Islam Khalid Al Walid. Khalid Al-Walid. Nama yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Beliau adalah merupakan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W dan juga general perang terhebat dalam sejarah Islam yang diberi gelaran "Saifullah Al-Maslul" yang membawa maksud pedang Allah yang terhunus. 


Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengetuai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Umar Al-Khattab.Kehebatan beliau dalam peperangan dan ketenteraan terbukti apabila beliau merupakan antara 3 general Islam yang tidak pernah kalah dalam mana-mana peperangan, sama ada ketika beliau masih di zaman Jahiliyah mahupun setelah memeluk Islam.


Syariat Tuhan adalah pegangan mereka dan prinsip mereka. Sebagai contohnya, syariat Tuhan perjuangkan kasih sayang namun yang dilakukanoleh sebahagian umat Islam adalah perpecahan dan penzaliman, ini sangat lari dari syariat Tuhan. Kalau dalam Quran sebut imam sembahyang adalah lelaki, maka lelakilah juga imamnya bukan perempuan. Sembahyang adalah perkara utama dan tiang agama, kalau tiang agama pun dijadikan perempuan sebagai imamnya rosaklah agamanya! Firman Tuhan :

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki atas orang-orang perempuan," An- Nisa' : 34

Inilah peranan pemimpin yakni menyelamatkan manusia daripada huru-hara kepada aman damai dan berkasih sayang. Pemimpin menyelamatkan Aqidah, pemimpin menyelamatkan syariat lahir dan menyelamatkan syariat batin.atau menyelamatkan akhlak umat. Manusia hendak diselamatkan daripada akhlak yang jahat kepada akhlak yang baik. Daripada akhlak yang hina kepada akhlak yang mulia. 


Daripada akhlak yang bertaraf haiwan kepada akhlak bertaraf malaikat. Inilah tugas pejuang-pejuang kebenaran sepanjang zaman. Menguruskan akhlak manusia, daripada bakhil kepada pemurah. Daripada sombong kepada tawadhuk. Daripada ingin glamor kepada menghinakan diri kepada Allah. Daripada rasa benci dan suka prejudis dengan manusia, datang rasa kasih sayang. Ini peranan penyelamat yang keempat yakni menyelamatkan akhlak umat. 


Pemimpin dalam Islam adalah penyelamat inilah kerjanya. Islam adalah agama keselamatan. Jika yang berlaku adalah sebaliknya; berlaku perpecahan, pergolakan, perebutan wang dan harta, hina-menghina, fitnah dan mengaibkan sesama manusia, ini bukanlah pemimpin penyelamat! Lebih-lebih lagi kalau sudah melanggar syariat Tuhan dan menghalalkan yang haram demi tercapai matlamatnya; ini jelas-jelas pemimpin yang jahat dan membawa kerosakan yang menghumban manusia ke neraka!


Pejuang-pejuang kebenaran itu adalah penyelamat! Manusia terasa selamat bersama mereka, rasa selamat lahir dan batin mereka. Iman mereka dipelihara, harta mereka terjaga. Jika yang berlaku semakin merosakkan Iman dan memporak perandakan kehidupan manusia, lebih-lebih lagi hingga harta benda manusia pun tidak selamat dalam pimpinannya ini jelaslah bukan pejuang kebenaran apatah lagi pemimpin penyelamat!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman