Umat Islam dari dulu hinggalah ke hari ini, tidak pernah rehat daripada menghadapi cabaran berbentuk aqidah. Muncul satu demi satu aqidah yang menyeleweng dari aqidah yang sebenar, sama ada yang timbul akibat kejahilan umat Islam sendiri atau yang diasak oleh musuh-musuh Islam secara halus. Dalam situasi seperti ini Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi muncul dengan membawa aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang jelas dan mampu diimplementasikan dalam segenap bidang kehidupan.
Pengajian yang dilakukan oleh Abuya kepada keluarga dan anak muridnya secara praktikal. Kelas bermula dari rumahnya sendiri kemudian baru membuka kelas dibangunan khas apabila murid-muridnya telah bertambah ramai. Bermula dengan 10 orang murid dan kemuncaknya bilangan murid-muridnya mencapai 10 ribu orang. Selepas membuka kitab untuk keluarga dan anak-anak muridnya, Abuya buat latihan amali atau latihan praktikal kepada mereka. Melakukan kegiatan secara turun kegelanggang kehidupan. Latihan disediakan dalam bidang kekeluargaan,ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya.
Dengan kata lain, beliau membawa fikrah Islamiah yang jelas bersandarkan aqidah yang tepat. Kehadiran beliau kena pada masanya untuk menyelamatkan aqidah umat Islam seluruhnya agar terbina benteng aqidah yang kukuh dalam diri masing-masing, dan supaya setiap orang dapat membetulkan aqidah yang salah yang menjadi pegangan mereka selama ini. Tanpa kekuatan aqidah, umat Islam sudah pasti akan terjebak dengan aqidah-aqidah yang sesat sama ada secara disedari atau tidak. Dan boleh terjebak kepada aqidah qadariah, jabariah, bahai, qadiani, wahabi, syiah dan sebagainya.
Penekanan awal pengajian fardhu ain yang Abuya lakukan ialah dengan gunakan kitab Risalah Tauhid, feqah ( مطلع البدرين ) tasawuf kitab ( هداية السالكين ) yang banyak digunakan di sekolah agama johor. Setelah mempelajari, memahami dan meyakini ilmu fardhu ain tersebut supaya ilmu bukan untuk dibanggakan, diperdebatkan dan dijadikan alat untuk mencari keuntungan duniawi, tetapi ilmu mestilah diamal dan diperjuangkan demi keselamatan dunia dan akhirat. Ilmu sangat penting untuk boleh menjalankan dua peranan manusia di dunia iaitu sebagai hamba Allah dan khalifahNya.
Penekanan yang sering di ingatkan, "ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menyuluh kelemahan dan kekurangan diri serta membawa kita kepada Allah." Kelas pengajiannya sesuai dengan perkembengan masyarakat moden. Kaedah dan pendekatan Abuya dengan bahasa yang mudah difahami, jelas, tamsilan dan contoh yang mudah di fahami oleh generasi sekarang. Ilmu yang disampaikan dikaitkan dengan kehidupan seharian. Banyak menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam masyarakat. Ilmu yang disampaikan menyuluh bidang pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain sistem kehidupan untuk diatur selaras dengan syariat.
Ilmu yang tepat melahirkan insan yang beramal mengikut minat, bakat dan kemampuan masing-masing. Dari hati jatuh ke hati. Justeru itu tidak hairanlah jika pengajiannya diminati dan sangat berkesan. Ia membawa perubahan kepada diri dan hidup keluarga dan murid-muridnya. Beliau berpegang dengan perinsip dari hati jatuh ke hati. Ertinya ilmu mesti di sampaikan dengan ikhlas. Keyakinan dan amalan, barulah ia berkesan dan mendorong perubahan. Pengajian Abuya tidak memisahkan ilmu dan tarbiah. Pengajian dan pendidikan dijalankan serentak. Akal diisi dengan ilmu, jiwa ditempa oleh didikan.
Hasilnya melalui pengajian tersebut melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal dan memperjuangkan ilmunya. Dengan itu tercetuslah perubahan pada diri, keluarga dan masyarakat hasil pengajian yang dilaksanakan. Bagi Abuya ilmu wajib disertakan dengan amal. Beliau mengingatkan "ilmu tanpa amal sia-sia. Amal tanpa ilmu gila." Dengan itu tercetuslah perubahan pada diri, keluarga dan masyarakat tindakan selaras dengan ilmunya. Melahirkan amalan, program dan pelbagai bentuk aktiviti yang selaras dengan ilmu yang dipelajari. Ajaran Islam boleh dipraktikan di mana sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan