Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN ERA MEKAH DAN MADINAH


( perjuangan era Mekah 13 tahun ).


( perjuangan era Madinah 10 tahun ).


Pembinaan sebuah perjuangan yang kuat mestilah bermula dari akar umbinya. Lebih-lebih lagi membangunkan satu perjuangan yang ada kaitan dengan kebangkitan Islam di akhir zaman. Renung-renunglah sejenak, berfikir ke dalam, memahami kehendak Islam, melihat kembali apa dasar perjuangan Islam, bagaimana perjuangan Islam bermula, apakah asas kekuatannya, dan bagaimana cara membinanya. Iaitu Abuya menyedarkan masyarakat dengan menanamkan iman pada hati masyarakat. Lebih-lebih lagi mereka yang hendak di ajak berjuang. Tanamkan iman dalam hati masyarakat. Iman dalam erti kata seseorang itu dapat mengenali Allah dengan sebenar-benarnya. Mengingini syurga di akhirat melebihi daripada syurga dunia. Sehingga hasilnya manusia itu sanggup berkata; "saya dengar dan saya patuh" pada semua ketentuan Allah.


Bentuk pengisiannya juga bermula dengan fardhu ain dan kemudian dilikuti dengan fardhu kifayah. Dalam usaha-usaha untuk selamat dari neraka di akhirat lebih daripada neraka dunia. Begitu juga peralatan dan alat kemudahan yang digunakan untuk bergerak dan berjuang juga bertahap. Penulis selaku anak  melihat Abuya bejuang dan bergerak bertahap-tahap. Beliau bemula bergerak dengan motor honda cup. Saya pernah memboncing motorsikal dibelakang Abuya pergi ikut berdakwah. Abuya melakukan bertahap kerana mengkut sunnah perjuangan Rasulullah SAW.


Ketika itu Abuya tinggal di Lorong kiri Kampung Dato Keramat. Kuala Lumpur. Kemudian kereta Morris Miner, kemudian beli kereta adik ipar iaitu toyota corolla dan diera terakhir Pajero dan Alphad. Kalau di era kebangkitan pertama para pejuang Islam dikalangan sahabat dan seterusnya salafussoleh kenderaan mereka ialah kuda, unta dan kaldai digunakan untuk pergi berjuang. Kemuncaknya perjuangan  Abuya dikenali diluar negara dan mendapat sambutan. Ketika Abuya memulaka XPDC keluar negara dan perjuangannya bertapak diperingkat antarabangsa bermula pada tahun 1986 
penulis di bawa bersama sebagai satu pendedahan berjuang diperingkat antarabangsa.


Lihatlah bagaimana Baginda Nabi SAW memulakan dakwah Islamiah. Baginda memulakan dari orang terdekat dahulu. Kerana Islam itu bermula dari diri dan keluarga. Disinilah yang menguji ramai pejuang kebenaran, samada yang perkatakan kebenaran atau perjuangkan kebenaran. Memperjuangkan Islam tidak boleh diselitkan dengan kepentingan-kepentingan diri walaupun sedikit. Belajarlah dari sejarah dahulu mahupun sekarang.


Aset terbesar di akhir zaman yang akan diserahkan kepada pemimpin bertaraf khalifah bukanlah harta benda lahiriah seperti bangunan pencakar langit, premis-premis jualan, gedung-gedung mewah, kereta mewah yang menjalar. Namun aset yang sangat berharga di akhir zaman yang diserahkan kepada Imam Mahdi adalah manusia yang terbina insaniahnya! Manusia yang terbina rohnya. Manusia yang hidup matinya untuk Allah dan Islam. 


Pejuang yang anggup susah dan senang demi Islam. Manusia yang ada prinsip dan berpegang teguh dengan syariat Islam. Manusia yang tidak boleh dibeli dengan dunia dan kemewahannya. Inilah aset terbesar di akhir zaman. Aset ini terbina dan dibina bermula dari diri dan keluarga. Disinilah yang menguji ramai pejuang-pejuang kebenaran. Memulakan dakwah dengan diri dan keluarga sangat-sangat menyiksa nafsu. 


Tak sama perjuangkan Islam di tengah-tengah masyarakat dengan perjuangkan Islam didalam diri dan keluarga. Di tengah masyarakat, boleh jadi perjuangannya disambut baik, malah dia diangkat menjadi hero masyarakat. Dia dikagumi, dijadikan contoh dan role model. Namanya disebut-sebut, ke mana pergi menjadi perhatian. Bahkan hidupnya dibiayai dan diberikan wang dalam perjuangannya.Tak sama membina Islam didalam keluarga. 


Lebih memerlukan pengorbanan. Pengorbanan masa, tenaga, wang, dan seribu macam lagi perkara-perkara yang sangat menyakitkan nafsu kita. Disinilah Allah dan Rasul serta orang mukmin akan menilai kita. Sejauh mana keikhlasan kita dalam perjuangkan Islam.Contohilah para rasul dan sahabat. Mereka memulakan pembinaan insan bermula dari diri dan keluarga. Setelah itu barulah bertemu masyarakat dan pada masa yang sama pembinaan keluarga diutamakan. 


Kerana didalam Islam, pendidikan tiada penamatnya. Sabda Nabi Muhammad SAW 
bermaksud, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Ertinya, membina keluarga ini 
tidak terhenti pada masa tertentu. Malah ianya berterusan hinggalah ke generasi seterusnya.
Inilah aset akhir zaman yang sangat berharga. Janganlah tertipu dengan dunia dan hawa nafsu
hingga aset ini diabaikan. Aset ini tidak boleh dibeli dengan wang dan dunia. 


Samada ke syurga atau ke neraka, ianya terletak kepada kita. Imam Mahdi tidak perlukan harta benda bersifat lahiriah. Itu orang kafir boleh mengusahakannya malah disudut itu mereka lebih maju dari orang Islam. Memang Allah izinkan kerana bukan itu yang menjadi pandangan Allah. Yang ditunggu-tunggu persiapannya ialah aset manusianya. Manusia yang mempunyai hati yang luar biasa. Kasih sayang yang lahir dari ibadah dan perjuangannya. 


Bukan kasih sayang palsu yang dibuat-buat dan dijadualkan. Aset inilah yang membuatkan para sahabat dan penghuni syurga mencemburuinya. Aset ini bermula dengan pembinaan sebuah keluarga berlandaskan syariat Islam.Marilah kita hayati dan renung sejenak kata-kata dan minda Abuya guru mursyid kita tentang keluarga yang menjadi aset di akhir zaman.Setiap manusia ini akan diuji oleh Allah SWT, yang mana ujian itupula adalah berbagai-bagai bentuk dan berbagai-bagai macam. 


Sedangkan dalam kita melakukan  amal ibadah kepadaAllahSWT pun, kita tetap diuji. Siapa yang dapat berhadapan dengan ujian-ujian itu, maka berbahagialah dia di akhirat dan siapa yang tidak dapat berhadapan dengan ujian itu, maka msengsaralah hidupnya di akhirat nanti. Dan orang yang berjaya berhadapan dengan ujian-ujian Allah itu ialah orang yang dapat melepaskan daripada penipuan. Tetapi orang yang tidak berjaya menghadapi ujian-ujian Allah, itulah orang yang tertipu dengan ujian Allah.
 

Maka itu, kita mesti melepaskan diri daripada penipuan dunia ini. Dan di antara cara cara bagaimana kita boleh mengelakkan diri dariapda penipuan ini ialah menurut Imam Ghazali r.h. Taala, seseorang 
itu mesti ada sifat sedar dan sifat cerdik. Kata Imam Ghazah, “Anak kunci kebahagiaan di akhirat 
ialah kebahagiaan yang hakiki dan kebahagiaan yang kekal abadi. Orang yang banyak memikirkan kebahagian yang kekal abadi. Orang yang banyak memikirkan kebahagiaan akhirat ialah orang yang dapat mengelakkan diri dari tipuan dunia. Cuma, orang yang berjaya mendapat kebahagiaan akhirat
 itu ialah orang yang mempunyai sifat sedar dan sifat cerdik. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman