Langkau ke kandungan utama

TAMADUN YANG ADA ROH.


( majlis perkahwinan cucu Abuya ).


( cucu Abuya mengendalikan restoran anak murid Abuya juga pak mertua kepada cucu Abuya yang lain ).


( cucu Abuya sedang buat kerja di menara KL ).


Kebangkitan Islam yang ada roh menuju zaman ummah kedua.
Takut dan gelisah pada Tuhan ini mendorong para Sahabat dan salafussholeh (pengikut para Sahabat) untuk berbuat berbagai kebaikan dalam masyarakat untuk menebus dosa-dosa dan kelalaian mereka. Akhirnya lahirlah berbagai kebaikan dalam masyarakat. Terjadilah pembangunan peradaban. Terciptalah kasih sayang antara anggota masyarakat. Inilah yang telah terjadi pada zaman para Sahabat dan salafussholeh dahulu. Mereka sangat memberi perhatian pada hati atau roh.


Bagaimana  Abuya menyuburkan roh atau hati keluarga dan anak muridnya. Suatu hari saya menyuarakan hasrat kepada Abuya untuk membesarkan dan mengembangkan projek yang saya kendalikan. Saya hendak mengambil tenaga pakar untuk menjayakan projek. Lalu Abuya mengingatkan saya dengan berkata, kamu nak ambil tenaga tersebut boleh tetapi dia juga ada keperluannya, apakah kamu bersedia menyediakan keperluan tenaga pakar yang kamu hendak ambil itu. Kalau kamu boleh menyediakan keperluannya tak ada masalah kamu boleh ambil untuk buat kerja kamu tersebut. Manusia bukan robot dia ada roh, akal dan fizikal yang kesemua unsur tersebut ada keperluannya tersendiri.


Cucu-cucu Abuya kini semuanya telah besar dan dewasa. Masing-masing telah menyahut cabaran datuk mereka, iaitu hampir semuanya berdikari dan ada projek dan perusahaan yang dicetuskan sendiri. Semuanya hasil motivasi dan dorongan Abuya sekau datuk mereka. Cucu-cucu perempuan masing-masing bertugas di premis yang telah di buka oleh keluarga Abuya. Dan ada yang membuka perkhidmatan SPA bergerak. Bagi cucu-cucu lelaki kebanyakkan buat kerja pembangunan secara sederhana. Contoh baik pulih rumah dan buat ubah suai rumah baru dan lama. Yang tidak ada kemahiran, mereka buat khidmat membawa kenderaan seperti van sekolah dan sebagainya. Abuya bertegas dengan keluarganya dalam soal sembahyang tidak boleh diringan2 kan. Kalau kerja yang dibuat sampai mengganggung smbahyang pilih projek lain.


Dalam sejarah di zaman Rasulullah ada seorang Arab Badwi, dia sudah masuk Islam, maka dia buat pengakuan kepada Rasulullah bahawa dia sudah jadi orang mukmin lantas ditegur oleh Rasulullah masa itu juga. Kata Rasulullah, "Jangan engkau katakan engkau telah beriman. Engkau katakan sajalah engkau sudah Islam." Mengapa? Ini kerana iman ada hubungan dengan hati, roh, nafsu dan akal. Iman termasuk soal rohaniah. Bukan sahaja orang tidak nampak, bahkan kebanyakan orang yang rohnya tidak hidup, tidak tahu pun perjalanan dalamnya. 


Dia tidak boleh faham perjalanan rohaninya, tidak boleh membaca nafsu dan akalnya. Iman ditentukan oleh faktor dalaman, Islam ditentukan oleh faktor luaran. Kesempurnaannya ialah gabungan kedua-duanya sekali tetapi yang penting ialah faktor dalaman. Iman itu isi manakala Islam itu kulit. Kalau tidak dipimpin oleh Tuhan atau ilmu kita tidak halus atau roh kita tidak bercahaya, kita akan banyak terlibat dengan dosa dan kederhakaan dalaman atau rohaniah tanpa kita sedar.Manakala faktor luar, persoalannya adakah kita boleh melawan nafsu atau tidak, itu sahaja. Kita tahu dan sedar kalau kita terbuat dosa, itu satu kesalahan. 


Hati atau roh merupakan penciptaan yang ajaib di dalam diri manusia.
Di antara keajaiban hati ialah: A). Hati atau roh boleh mentadbir kerajaan diri. Dengan bantuan nafsu dan akal, manusia boleh melahirkan tamadun. B). Hati ibarat wadah tempat rebutan antara malaikat dan syaitan, hidayah dan kekufuran. Hati kalau tidak dididik, ia akan dipimpin oleh syaitan maka syaitan yang akan memberi ilham serta ilmu. Tetapi bila hati dididik, Tuhan yang akan memimpin dengan memberi ilmu dan hidayah melalui malaikat sehingga perasaan yang baik-baik sahaja diletakkan di dalam hati. 


C). Hati atau roh ibarat cermin. Hati yang tidak dididik dan diasuh akan menjadi gelap dan hitam. Sekiranya dididik, hati akan bercahaya dan bersinar seperti cermin yang sentiasa digilap. Cermin juga mudah menangkap apa sahaja objek yang ada di hadapannya. Ertinya, hati yang benar-benar bersih boleh menangkap apa-apa yang ada di Lauhul Mahfuz, ia akan diberi rasa-rasa yang tepat, hinggakan ada kalanya mendapat kasyaf, bisikan-bisikan yang benar, mendapat mimpi yang baik dan juga firasat, sebagaimana sabda baginda SAW: . Maksudnya: "Takutilah kamu akan firasat orang mukmin, kerana mereka melihat dengan cahaya Allah." (Riwayat At Tarmizi) 


D). Hati yang bersih juga boleh mendapat ilmu terus dan Tuhan, kalau dia rasul atau nabi maka ilmu tersebut dinamakan wahyu. Bagi para wali atau orang-orang bertaqwa pula dinamakan ilham atau ilmu laduni. Ilmu ini bukan hasil belajar Cara biasa tetapi ia terus dijatuhkan ke dalam hati. Ilmu yang diperolehi dengan hasil usaha biasa seperti membaca dan mengkaji, ia akan jatuh pada akal. Inilah di antara keajaiban hati yang Tuhan jadikan dengan ciptaan yang sangat unik. Hanya orang-orang yang Allah pimpin ;dan pilih sahaja yang dapat membaca perjalanan hati yang cukup halus dan seni.


Ajaibnya hati orang mukmin yang sejati, hatinya seperti gelombang ombak di laut, berombak-ombak tetapi tidak nampak. Lantaran merasai setiap detik dan saat terlalu banyaknya dosa-dosa yang telah dibuat dalam sehari. Bahkan dosa batin lebih banyak daripada dosa lahir tetapi tidak disedari. Biasanya dosa yang tidak terampun adalah dosa batin. Oleh kerana tidak ada rasa berdosa maka kita tidak bertaubat. Dosa lahir mudah disedari dan ditaubatkan. Di Akhirat, ramai orang tidak lepas dan masuk ke Neraka kerana dosa batin mereka.


Sebab itu Tuhan menyuruh kita menilik hati, dia adalah raja kepada anggota manusia. Apabila hati sebagai raja baik dia akan arahkan anggota lahir kepada kebaikkan. Kalau raja dalam diri jahat maka dia akan mengarahkan anggotanya melakukan kejahatan.Kalau kita tidak ada pemimpin dan mursyid, banyak perkara-perkara halus dan seni yang kita tidak nampak. Sebab itu rasa kehambaan dan rasa bertuhan perlu dikekalkan. Termasuklah taubat dan rasa menyesal. Rasa berdosa mesti dikekalkan kerana walaupun tidak nampak dosa yang dibuat tetapi pasti ada dosa tersembunyi yang tidak dapat hendak dicungkil. Kerana ianya jauh tersembunyi kedalam hati kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman