Langkau ke kandungan utama

ABUYA PEJUANG KASIH SAYANG.

BARAT TERKEJUT DENGAN DAKWAH KASIH SAYANG.
( Masjid Segambut Dalam ).
( kondo di Segambut Dalam ).


Segambut terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Di sini terletaknya kondominium bertaraf tinggi Mont Kiara dan Sri Kiara, kawasan bertaraf tengah Taman Sri Segambut dan Bandar Manjalara. Dulunya terdapat kampung Melayu di Segambut Dalam, ada rumah ayah Abuya.Di kampung Segambut Hilir terdapat rumah pak mertua Abuya iaitu Haji Salim. Penulis tinggal bersama Ayah Abuya ketika berumur sekolah rendah. Ayah Abuya orang yang kuat disiplin Islamnya. Selepas sembahyang berjemaah subuh, Datok Muhammad ( Ayah Abuya ) akan mempastikan anak cucu yang tinggal bersamanya diberi dan dilatih buat kerja. 


Ada yang bertugas membersihkan kawasan halaman rumah, ada yang mengemas didalam rumah, dan anak atau cucu perempuan akan menolong didapur bagi yang dewasa membuka kedai runcitnya dan ke pasar. Begitulah  rutin disiplin hidup bersama ayah Abuya. Dari gaya hidup ayah Abuya menunjukkan orang yang ada wawasan dan cita-cita Islam. Dia sering menceritakan kepada cucunya tentang peribadi Abuya. Bahkan kepada anaknya dia berpesan nanti kamu tolong perjuangan abang kamu ( Abuya). Selepas semua pembahagian kerja dan tugas yang diberikan selesai selepas itu akan sarapan bersama-sama. Kalau ada dikalangan anak yang be gaduh mereka didenda makan sarapan lewat daripada orang lain.


Memang Barat terkejut dengan pendekatan dakwah Abuya dan mereka akur dengan  Islam rupanya, kalau benar-benar diamalkan ajarannya, adalah agama yang membawa kasih sayang dan sangat menghargai wanita. Hal ini turut membuatkan tercengang-cengang nya umat Islam di Timur Tengah yang berada di Eropah. Mereka berterima kasih kepada Malaysia kerana membawa satu trend baru dalam berjuang. Selama ini mereka tidak terfikir pun untuk pelbagaikan kaedah dakwah. Hanya bersyarah di majlis-majlis dan perempuan tidak dilibatkan untuk ikut berjuang. Sedangkan dari Abuya, dakwah itu dinasyidkan oleh wanita wanita sopan yang kelihatannya cukup menarik dan mempesonakan. Ramainya masyarakat yang berminat dan membeli album-album nasyid Islam, agama kasih sayang. 


Di Thailand, di sekitar tahun 2000-2006, suasana di selatan sangatlah memalukan dan menakutkan. Bangkok sudah buntu kerana Amerika menganggap di negara Thailand terdapat Islam berbentuk keganasan itu. Hal itu cukup bahaya. Maka demi menjawab bahawa Thailand bersih, kerajaan Phuket mengundang Mawaddah untuk satu program negara bertajuk ‘Islam Kasih Sayang’. Wakil duta Amerika di Bangkok diundang hadir.Selesai program, Mawaddah dan Rufaqa’ Thailand mendapat ucapan tahniah dari kedutaan Amerika di Bangkok. Dan semenjak itu orang-orang penting Abuya di Thailand selalu dilibatkan dalam program-program menyelesaikan masalah 
di selatan Thai. 


Di Australia, Abuya berjaya meyakinkan John Howard, Perdana Menteri Australia bahawa Islam yang dibawanya tidak sama sekali ganas. Bahkan Islam itu sebenarnya adalah agama kasih sayang, kata Abuya. Alhasil dunia terkejut dengan perubahan John Howard pada tahun 2003 yang menyebut tentang adanya Islam kasih sayang, yakni sesudah menonton persembahan ‘Islam Kasih Sayang’ oleh Mawaddah di Australia. 


Demikianlah contoh-contoh di antara ribuan contoh lain yang memperlihatkan betapa hebat dan ajaibnya Abuya dan perjuangan Islam yang diperjuangkannya. Manusia biasa tidak mungkin mampu berbuat demikian. Bahkan di kalangan pemimpin sama ada pemimpin negara mahupun pemimpin yang memperjuangkan Islam yang ada pada hari ini, cubalah kita tunjukkan siapa di antara mereka yang boleh berbuat seperti mana Abuya. Hal ini tentulah berkaitan dengan latar belakang pendidikan Abuya, yang telah membentuk beliau menjadi satu peribadi yang begitu agung dan ajaibnya. 


Segala kesusahan dan keperitan hidup yang dialami sejak kecil; bermula dengan kematian ibunya ketika berumur 4 tahun menjadikan Abuya berhati abid, berhati singa dan berotak geliga. Hidupnya waktu kecil bagai anak yatim piatu bilamana ayahnya pula walaupun masih hidup tapi jarang sangat berjumpa dan tidak tinggal bersama-sama. Sesudah berkahwin, ketika berumur 20 tahun Abuya menumpang hidup di rumah dua orang bapa angkat yang kedua-duanya tinggal di Sungai Nibong, Tanjung Karang, Selangor, selama antara dua ke lima tahun. 


Waktu di Segambut, di setiap malam Jumaat, Abuya akan tidur di rumah emak saudara yang bernama Halimah di Kampung Kebun Sirih, iaitu rumah kakak kepada bapanya. Hidup Abuya sepanjang 
zaman kanak-kanak dan remajanya hanyalah menumpang dengan orang-orang yang tidak dikenali sebelumnya. Dari tangan ke tangan Abuya meniti perjalanan awal hidupnya di dunia ini. Sebuah kehidupan yang berjalan dalam keadaan ruangan hatinya sering merindui kasih sayang dari ibu dan bapa sendiri, yang dilihat dan dirasainya berlaku kepada orang-orang lain. Kata Abuya, Allah takdirkan semua orang yang ditumpangnya hidup itu sayang kepadanya. Abuya dapat rasakan betul-betul kasih sayang itu. Demikianlah adilnya Allah melayani hidupnya. 


Namun, Allah jugalah yang mentakdirkan, hatinya tidak mahu menagih kasih kerana malu. Dia merasakan orang-orang itu semuanya bukan ibu dan bapanya sendiri. Mereka orang lain. Jadi dia malu sangat untuk menerima kasih sayang mereka semua. Dalam erti kata lain, dia tidak pun bermanja, meminta-minta itu dan ini seperti yang dibuat oleh anak-anak lain kepada ibu bapa dan orang-orang yang menyayangi mereka. Macam ada gap yang besar yang menghalang Abuya dari memanjakan dirinya dengan orang yang sayang padanya itu. Itulah rasa malu. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman