Langkau ke kandungan utama

KAUM LUTH

BANGSA YANG DI MURKAI TUHAN

( Laut Mati sempadan Israel Jordan ).


Bangsa-bangsa yang sudah tidak mendapat rahmat Allah. Terrmasuk umat Islam yang telah tercabut hidayah Allah, hatinya terus kotor. Setelah hati kotor tidak boleh kita hanya lap dengan tuala seperti selepas mandi untuk keringkan badan. Manusia yang telah membiarkan nafsu dan syaitan menguasai dirinya. Segala peringatan dan pengajaran sudah tidak masuk lagi ke dalam hatinya. Akhirnya hati manusia tersebut kekosongan dan ketandusan. Bangsa yang akan musnah apabila roh Islam tercabut daripada dirinya. Dia sendiri akan campakkan dirinya dalam kerosakakan dan kemusnahan.


Firman Allah:
وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ  ﴿١٩٥﴾
 
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." ( Al Baqarah 2:195 ).


Manusia seperti ini yang telah tercabut hidayah tidak ada kompas dalam hidup.Punyai pengikut dan dikalangan manusia yang sudah tercabut hidayah hanya mengundang syaitan ke hati mereka. Apa sahaja aliran ajaran asing datang mudah di terima. Muncul pula aliran Heavy Metal yang mula menerapkan unsur-unsur syaitan dalam muzik dan lagu-lagu mereka. Muzik-muzik mereka perolihi dari pemujaan syaitan. Ajaran yang sudah begitu jelas sesat dari syaitan mudah saja diterima. Itulah akibat apabila hidayah sudah tercabut dari dirinya.


Negara-negara yang menjadi pusat muzik memuji syaitan tersebut menuju hancur. Sebagaimana Abuya ada kongsikan dengan kita , juga melalui bukunya barat di ambang maut. Kita lihat hari ini bangsa-bangsa yang dikagumi kerana banyak kemajuan di bidang ekonomi, membangun, ramai orang terkenal, tapi sebahagian besar penduduknya mati bunuh diri, ada yang 50%, 60%, bahkan 75%. Mereka sudah kehilangan kebahagiaan. Kebanyakan mereka orang yang terkenal tapi hidupnya kecewa. 


Di zaman manusia berbangga dengan pencapaian teknologi dan berapa banyak dengan teknologi yang dikuasainya memusnahkannya kembali.  Kita yang berpeluang ke negara Barat yang kononnya tinggi teknologinya tetapi akhirnya masyarakat mereka banyak dilanda dengan sakit jiwa dan musnahkan diri sendiri tanpa orang lain yang memusnahkan. Mereka bunuh diri mereka sendiri bukan orang lain yang membunuhnya.


Kerana itulah kita mesti mengenal dan menyembah Allah, untuk selamat di dunia dan akhirat. Itu adalah natijah manusia tidak mahu menyembah Allah, tidak mahu mengabdikan diri pada Allah, tidak mahu tunduk dan patuh pada Allah, dia bukan saja menentang Allah, bahkan menentang akal dan hatinya, hakikatnya orang itu menentang dirinya sendiri. Kalau orang itu menentang dirinya sendiri, dia tidak akan dapat kebahagiaan, walaupun pangkatnya tinggi, rumahnya besar, jabatannya tinggi dan hartanya banyak. 


Mengapa terjadi demikian? Kerana mereka sama sekali tak mengenal Allah, tidak mahu menyembah Allah. Mereka menentang dirinya sendiri sehingga tak dapat kebahagiaan. Allah hapuskan manusia-manusia sesuai dengan pencapaian yang ada pada mereka. Kerana cara itu mereka tercabar. Contoh Tuhan musnahkan Firaun yang begitu sekali sombong dan tunjukkan kuasanya  maka Tuhan cabarnya hanya dengan nyamuk.  Akirnya dia tenggelam dalam laut merah. Raja Namrud begitu juga dengan pencapain kuasa yang ada padanya akhirnya dia juga musnah.


Raja Namrud (hidup sekitar tahun 2275 SM-1943 SM) juga disebut eja Namrudz bin Kan'aan (Arab نمرود بن كنعان, Inggris Nimrod,  (2275 SM - 1943 SM) adalah salah satu seorang Raja yang memerintah Mesopotamia kuno (kini dikenal negara Irak). Ia memiliki gelar "a mighty hunter" yang berarti "pemburu yang hebat" atau "pemburu yang perkasa", karena kehebatannya dalam berburu. Nama lengkapnya adalah Namrudz bin Kan'aan bin Kush bin Ham bin Nuh (Nuh as).


Perkara yang kita sebutkan diatas adalah dari kuliah yang telah disampaikan olen Abuya Ashaari Muhammad, dalam Siri Kuliah Kesedaran Islam oleh beliau. Silibus pendidikan dan pembelajaran yang beliau bentangkan merujuk Pendidikan Islam menurut Rasulullah sajalah yang akan mampu mengubat, menyembuhkan kembali seluruh penyakit yang melanda masyarakat hari ini. Rasulullah telah datang ke tengah-tengah masyarakat Arab jahiliyah ketika itu, dalam tempoh 23 tahun telah berjaya mendidik mereka hingga berjaya melahirkan para Sahabat yang mampu mengIslamkan 3/4 dunia. 












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman