Langkau ke kandungan utama

JABAL TARIQ ( جبل الطارق ).


GIBRALTA PUTRAJAYA TUHAN GILIRKAN.

( Masjid di Jabal Tariq )

( Gunung sempena nama Tariq bin Ziyad ).

( pemandangan bandar Gibralta ).


( masjid Putrajaya ).




Untuk mengenal kezaliman bukanlah terlalu menyukarkan. Asalkan umat Islam faham erti kezaliman. Zalim bukan sekadar bermaksud menghukum orang tanpa sebab, atau melanggar hak asasi, atau menggugurkan bom yang turut membunuh orang yang tidak berdosa. Zalim juga bukan hanya bererti tidak melayani sama rata atau menyekat bantuan kepada negara miskin. Zalim yang paling besar atau super zalim ialah menghalang manusia daripada mengenal Alllah SWT. Timur dan Barat bersilih ganti begitulah yang Tuhan lakukan.Eropah ( Andalusia pernah menjadi pusat pengembangan Islam ). Tidak pelik Tuhan beri giliran menjadi pusat pengembangan Islam di Timur pula ( Putrajaya Malaysia ).

Maksud firman Tuhan : "Kami gilir-gilirkan di kalangan manusia menerajui dunia ini."

Allah melalui Rasul-Nya telah berjanji  maksudnya:  “Akan sentiasa ada satu toifah di kalangan umatku yang dapat menzahirkan (menegakkan)  kebenaran (hukum Allah), tidak mampu membinasakan mereka oleh penentangnya sehinggalah datang ketentuan Allah .” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim).


Dalam hadis ini jelas Allah memberi jaminan bahawa thoifah sebagai pusat pengembangan kebenaran itu tak akan pernah hancur. Setiap kurun ada sahaja thoifah yang menyimpan bara api Islam itu. Thoifah inilah pengamal Islam sebenar (zohirina alal haq), sebab itu tak pernah lekang dari ujian. Sentiasa sahaja ada pihak yang akan menghancurkannya terutama yahudi dan nasrani yang memang telah termaktub dalam Quran sebagai puak yang tak pernah redha dengan Islam.  Samada dari luar atau dari dalam, musuh-musuh sentiasa berusaha menghancurkan thoifah ini. Tapi, sebagaimana yang Allah janjikan thoifah itu tak akan pernah dapat dihancurkan.  Faktor terpenting yang Allah beri pada thoifah itu ialah janjiNya.


Thoifah itu berkesinambungan dari kurun ke kurun, di’pass’kan dari satu mujaddid ke satu mujaddid samada secara lahiriah mahupun secara ruhaniahnya untuk memastikan kebenaran itu bersambung dari generasi ke generasi.  Allah ada cara nak selamatkan thoifah-Nya sekalipun yahudi dan nasrani tak pernah redha dengan kewujudan thoifah Islam sebenar  itu. Lebih-lebih lagilah di akhir zaman dimana thoifah itu banyak disebutkan dalam hadis. Thoifah itulah kelompok umat Islam dari Timur. Kelompok inilah yang  melakukan kebangkitan Islam di timur. Ia akan bersambung dengan empayar yang dipimpin oleh Imam Mahdi.  Kalau kita fahamlah maksud hadis itu. hakikatnya memang Allah yang membentuk thoifah kebenaran itu. 


Kemudian Allah jugalah yang mengujinya dan Allah jugalah yang menyelamatkannya dari kehancuran.  Bagaimana Allah membentuk, menguji dan menyelamatkan thoifah kebenaran ini?
1. Allah cetuskan thoifah dari timur ini untuk menyemarakkan kembali syiar Islam di akhir zaman. Rialitinya Malaysia yang berada di timur ini buminya kecil sahaja. Bukanlah negara umat Islam yang besar atau negara yang kaya seperti Saudi. Tetapi ianya mendapat perhatian dunia terutamanya dua kuasa besar iaitu Amerika dan Rusia. Tapi anehnya pengaruhnya tertonjol terutamanya di Asia Tenggara. Begitu juga pandangan yang datang dari Malaysia diberi perhatian oleh dunia. Contoh terkini berkaitan dengan Rohingya.


Bangsanya sederhana sahaja tidaklah cerdik macam bangsa barat.
Para ulama cendekiawan Islam tidaklah sehibat ulama ulama di Timur Tengah. Pakar Al Quran dan hadis. Namun kehidupan dan kemajuan Islam di Malaysia lebih advance atau syiar Islamnya lebih terserlah. Golongan selebriti pun terserlah pakaian sunnahnya dan dikalangan 
perempuan Juga terserlah pemakaian hijabnya. Ianya menjadi satu perhatian yang menarik dan positif. Bahkan dikalangan mereka bukan lagi asing amalan pologami. Bahkan Malaysia menjadi tumpuan negara-negara umat Islam berkunjung kerana tertarik dengan 
amalan Islamnya dan dalam masa yang sama terserlah kemajuannya. 


Putrajaya menjadi bandar model kepada negara-negara umat Islam lain. Begitulah bezanya Malaysia dengan negara-negara umat Islam yang lain. Malaysia sangat memperjuangkan Allah dan Rasul dalam segala aspek, bermula dari hal yang terpenting iaitu sembahyang. Sembahyang berjemaah  di awal waktu sangat istiqamah. Suasana ini dapat dilihat dimasjid-masjid di Malaysia . Lebih menarik lagi, kaedah perjuangan Islam Malaysia sangat up to date. Dalam masa amalan sufi itu dapat tempat seperti malam cinta rasul dengan berselawat beramai-ramai memenuhi ruangan lapangan di Putrajaya dan bandar-bandar besar yang lain. Penggunaan Teknologi juga terserlah.


Bahkan di Malaysia berlaku gabungan iaitu sufi berteknologi. Dengan penampilan tersebut sekaligus menafikan tuduhan musuh yang tidak senang dengan Islam di Malaysia yang seringkali cuba dikaitkan dengan pengganas.Setiap NGO Islam berlumba-lumba memberikan khidmat mereka kepada masyarakat ini adalah suasana positif tidak pula kelihatan jumud atau ala kampong. Projek-projek ekonomi, kebudayaan, kesihatan, perhubungan, penerbitan dan lain-lain system hidup Islam yang  modern juga diperjuangkan. Barangan makanan halal menjadi trade mark Malaysia. Di kaca TV, media sosial dan papan-papan iklan bercambah disana sini dengan produk sunnah.


Pendekatan negeri-negeri dalam Malaysia  kecuali negeri Perlis membawa perjuangan sufi yang berteknologi. Sebab itulah pengaruh amalan Islam di Malaysia menjadi begitu cepat diterima masyarakat dunia. Kalau nak diringkaskan perjuangan Islam di Malaysia menawarkan dunia dan akhirat sekaligus. Ulama-ulama memberi kesedaran  kehidupan sufi untuk bekalan akhirat dan membangunkan projek-projek Islam berteknologi untuk keperluandunia.Perkembangan ini tidak didapatkan pada ulama-ulama yang ada di timur tengah lain atau pada ulama-ulama tempatan pada tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan.Waktu itu yang ada adalah 2 jenis cendekiawan Islam: ulama pondok yang jumud dan ulama secular yang tiada model. Ulama pondok pakar baca kitab tapi satu kedai runcit pun tak mampu buat. Dan satu golongan pula ulama modern yang pandai 
bercakap tapi bisnes motivasi tanpa ada model kehidupan Islam yang dibangunkan.
 

Boleh dikatakan hanya Kebelakangan ini sahaja yang mampu mentadbiq ajaran Islam itu lengkap dengan modelnya. Bercakap dan berbuat! Dalam kuliah cakap tentang Islam, lepas kuliah terus mempraktekkannya. Hingga terbentuklah berpuluh bahkan beratus projek Islam di Malaysia samada anjuran kerajaan ataupun NGO. Sebab itu kebanyakan tokoh-tokoh korporat dunia Islam sangat segan dengan Malaysia. Banyak daripada kalangan Syeikh-syeikh tareqat dari seluruh dunia membuka kegiatan mereka di Malaysia. Makin rancak perkembangan Islam di Malaysia.Semua tareqat dan orang-orang yang faham tentang hadis berusaha mencari tapak timur.


Antara pendekatan baru yang sesuai untuk keperluan zaman itu di Malaysia Contohnya, kalau maksiat berleluasa di bidang hiburan, maka Islam perlu datang dalam bidang itu. Maka tertonjollah nasyid-nasyid Islam, pementasan Islam, begitulah dibidang-bidang yang lain seperti percetakan, multimedia, penyiaran dan lain lain. Malaysia subur dengan aktiviti Islam dan telah berjaya masyarakat melakukannya. Sejarah telah mencatatkannya. Tiada siapa boleh menafikan kemeriahan amalan dan syiar Islam. Dunia Islam sangat membenarkan dan sangat menghormati dan menyokong usaha Malaysia.Sedangkan Malaysia penduduk asalnya hanya Melayu bukan bangsa Arab, tetapi kerana timur itudijanjikan, ia dihormati oleh dunia Islam. 


Syeikh-syeikh tareqat dari negara lain juga sangat hormati negara ini.Bahkan mereka mengkagumi usaha-usaha Malaysia dalam mendaulatkan Islam. Allah lakukan perkara-perkara ajaib dan mencarik adat (khawariqul adah) untuk menjaga thoifahnya. Berkat bumi timur mengatasi Teknologi barat. Allah yang membekalkan kemampuan bumi timur  itu mampu mengatasi segala teknologi  yang ada di zaman itu. Dengan itu, thoifah dari timur itu tak pernah mampu dihancurkan oleh para penentangnya (la yadhurruhum man khalafahum) samada penentang dari luar atau dari dalam negara keberadaan thoifah itu sendiri. Gibralta juga tidak sunyi dikunjungi oleh jemaah tariqat.
 
 
GIBRALTA SILIH BERGANTI DI KALANGAN EROPAH.





( Bukit sempena nama Tariq bin Ziyad ).


( pemandangan bandar Gibralta ).


Benih Islam yang ditanam oleh pejuang-pejuang Islam seperti Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair telah berakar umbi kedalam bumi Eropah. Ianya bukan pokok plastik tetapi pokok hidup yang berakar walaupun ketika pokok tersebu tebang dan pokoknya sudah hapus dan tidak kelihatan lagi namun pokok hidup mempunyai akar yang mencengkam kedalam bumi dan masih hidup, berpotensi untuk tumbuh kembali. Jasad pokok walau tidak kelihatan tetapi rohnya iaitu akar pokok masih ada. Begitulah roh yang masih ada didalam jasad ia ada harapan untuk hidup. Sepertilah jasad yang berada dalam wad kecemasan yang nyawanya bersambung dengan bantuan mesin selagi gelombang isyarat pada mesin tersebut menunjukkan pergerakkan ertinya ada harapan hidup lagi. 


Gibralta letaknya yang jauh di ujung barat daratan Eropa, mungkin tidak banyak yang tahu kalau di masa lalu, Gibraltar pernah dikuasai oleh orang-orang Islam. Adalah pasukan Kekhafilahan Umayyah pimpinan Tariq bin Ziyad yang menaklukkan daerah Gibraltar pada tahun 711. Nama Tariq lalu diabadikan untuk menyebut gunung kecil yang terdapat di kawasan semenanjung tersebut di mana nama "Gibraltar" merupakan nama versi Spanyol dari "Jabal Tariq" (Gunung Tariq).Selama ratusan tahun, kawasan Semenanjung Iberia - termasuk 


Gibraltar - menjadi arena pertempuran antara kerajaan-kerajaan Muslim & Kristen setempat. Namun sebagai akibat dari daratan sebelah utaranya yang terlindungi oleh gunung yang tidak boleh didaki, Gibraltar relatif aman dari serangan darat. Lokasi Gibraltar yang dekat dengan pertemuan Samudra Atlantik & Laut Mediterania juga membuat Gibraltar menjadi lokasi yang ideal untuk mengontrol jalur pelayaran antara kedua lautan tadi atau antara benua.


Tahun 1462, Gibraltar yang selama berabad-abad berada di bawah pengendalian bangsa Moor (orang-orang Arab, Afrika Utara, & Eropa yang beragama Islam) akhirnya kembali dikuasai oleh bangsa Eropa setelah pasukan Kerajaan Castilla sukses merebut wilayah tersebut lewat sebuah serangan mendadak. Beberapa tahun kemudian atau tepatnya pada tahun 1479, Kerajaan Castille & Aragon bergabung membentuk apa yang kemudian dikenal sebagai Kerajaan Spanyol. Peristiwa penyatuan tersebut lalu mengawali sejarah perjalanan Gibraltar sebagai bagian dari negara Spanyol.


( Armada kapal perang Inggris dalam Perang Suksesi Spanyol ).


Apa yang terjadi di Spanyol beberapa abad kemudian nantinya menjadi punca dari sengketa panjang yang terus berlanjut hingga era modern. Tahun 1700, Raja Spanyol Charles II meninggal dunia. Namun sebelum meninggal, Charles II yang tidak memiliki keturunan sempat bertitah kalau Philip dari Anjou - cucu raja Perancis, Louis XIV - akan menjadi penerusnya. Hal tersebut tidak disukai oleh negara-negara rival Perancis seperti Inggris & Kekaisaran Romawi Suci karena penerusan tahta tersebut akan mengarah ke penyatuan Spanyol-Perancis sehingga kedua negara tadi akan menjadi terlampau kuat.

Perbedaan pandangan tadi akhirnya berujung pada pecahnya "Perang Suksesi Spanyol" (Guerra de Sucesion Espanola) pada tahun 1701. Perang baru berakhir pada tahun 1713 lewat perjanjian damai di Utrecht (sekarang terletak di Belanda). Dalam perjanjian tersebut, Inggris & sekutunya mengakui Philip sebagai penerus tahta Kerajaan Spanyol. Namun sebagai gantinya, Spanyol harus menyerahkan sebagian wilayahnya ke pihak lawan. Gibraltar termasuk dalam salah satu wilayah yang diserahkan Spanyol ke Inggris sehingga sejak tahun 1713, Gibraltar pun secara resmi menjadi milik Inggris.



DIPEREBUTKAN SESAMA NEGARA EROPA

Spanyol rupanya masih belum rela melihat Gibraltar berpindah tangan ke Inggris. Maka, pada abad ke-18 Spanyol beberapa kali melakukan invasi militer untuk mendapatkan kembali semenanjung mini tersebut. Namun semua invasi tersebut berakhir dengan kegagalan sebagai akibat dari begitu superiornya kekuatan angkatan laut Inggris. Kekuasaan Inggris atas Gibraltar pun berlanjut. Di bawah kendali Inggris, Gibraltar dioperasikan sebagai pangkalan militer & pelabuhan dagang antar benua.


Walaupun konflik bersenjata atas Gibraltar tidak pernah lagi terjadi sesudah abad ke-18, sengketa atas daerah tersebut masih belum berakhir. Tahun 1954, sebagai bentuk protes terhadap kunjungan ratu Inggris ke Gibraltar, Spanyol menutup jalur penerbangan ke Gibraltar. Tahun 1963, Spanyol akhirnya membawa masalah Gibraltar ke PBB. Menurut pihak Spanyol, Gibraltar adalah wilayah Spanyol yang masih dijajah oleh Inggris & penduduk yang sekarang mendiami Gibraltar aslinya hanyalah imigran Inggris yang sudah menetap lama di Gibraltar.


( Kapal nelayan Spanyol (kiri) saat dicegat kapal patroli Gibraltar ).


Memanasnya kembali masalah sengketa Gibraltar lalu direspon oleh pemerintah Gibraltar dengan menggelar referendum pada tahun 1967. Hasilnya, hampir seluruh rakyat Gibraltar menyatakan kalau mereka ingin agar wilayahnya tetap berada di bawah kekuasaan Inggris. Alih-alih mengakui hasil referendum, Spanyol justru merespon hasil referendum tersebut dengan cara menutup perbatasan & memutus semua jalur komunikasi yang menghubungkan Gibraltar dengan Spanyol. Baru pada tahun 1985, Spanyol menghentikan kebijakan tersebut supaya boleh diterima dalam organisasi Komunitas Eropa.


Waktu berlalu. Gibraltar tumbuh menjadi salah satu daerah termakmur di Benua Eropa berkat sektor pariwisata & bisnis keuangannya. Tahun 2002, Gibraltar kembali menggelar referendum mengenai apakah Spanyol bisa dilibatkan dalam aktivitas pemerintahan Gibraltar. Namun referendum tersebut kembali dimenangkan oleh mereka yang ingin agar Gibraltar hanya dikelola oleh Inggris. Pada akhirnya, jika masalah sengketa tidak bisa terlesaikan dalam waktu dekat, semoga pihak-pihak yang terlibat tetap mengedepankan sikap kepala dingin & saling menghormati.  


Menurut pandangan setengah pengkaji Barat Eropah akan kembali menjadi negara islam. Sebahagian negara Eropah pernah menjadi negara Islam dan bertukar menjadi negara Kristian dan selepas itu sebahagiannya ada yang menolak ajaran apa-apa agama dan berpegang dengan ideologi Sosialis. Dan tidak pelik kalau ada negara Eropah yang kembali kepangkuan Islam. Kebangkitan Islam kali kedua juga di rasai di bumi Eropah. Masyarakat dunia dikejutkan dengan kebangkitan Islam di seluruh pelusuk dunia. Angin Kebangkita Islam 
Berhembus lembut telah mencetuskan ombak Islam keseluruh dunia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman