( tug boat ).
Menurut Abuya apa yang sudah dikatakannya sebelum ini tentang beberapa peristiwa besar yang akan berlaku, sudah pun berlaku. Siapa pun tidak boleh menolaknya kerana dia sudah terbukti. Anwar memang sudah jatuh, Mahathir pun sudah jatuh wibawanya, perang Teluk berpanjangan dan jatuhnya ekonomi.
Jadi yang lain-lain tidak perlulah saya sebut. Cukuplah contoh-contoh itu. Kalau perkara yang sudah saya katakan itu sudah berlaku, yang sebelumnya tidak berlaku tetapi sekarang sudah berlaku, mudahlah untuk ibu-ibu, bapak-bapak menilai ataupun menerima apa yang saya katakan yang akan berlaku, akan datang. Sebab sebahagian besarnya sudah terbukti.
Bagi yang ingin mendalami lebih dalam tentang Islam kembali gemilang. Boleh merujuk kupasan tentang "Jadual Allah". Dalam Hadith menyebut, di akhir zaman dikatakan pengikut kepada Imam Mahdi ialah Ikhwan dan Asoib. Mereka yang digelar Ikhwan dan Asoib ini kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW sangat luar biasa. Hinggakan para sahabat sendiri cemburuk kepada mereka.
Sebab manusia bernama ikhwan dan asoib itu sebelum ini tidak pernah muncul dan tidak lagi selepas ini. Ia adalah khususiah untuk akhir zaman. Macam para Sahabat yang tidak ada sebelum dan tidak ada sesudahnya. Ia adalah khusus untuk mereka yang menjadi pengikut Rasulullah di zaman itu.
Siapa yang jadi murid Rasulullah ketika itu, namanya Sahabat. Selepas itu tiada Sahabat lagi. Begitulah Hadith mengatakan di akhir zaman ada Ikhwan ada Asoib. Sebelumnya tidak ada, begitu juga sesudahnya. Dia adalah pengikut PBT dan IM.
Jadi untuk lahirkan Ikhwan dan Asoib adalah tanggungjawab PBT. PBT laksana tug boat. Tug boat ini adalah satu kapal kecil yang mana horse powernya besar. Bila kapal besar hendak belayar, tug boat itu akan menariknya sampai keluar dari dermaga sebelum ia belayar sendiri. Begitu jugalah apabila kapal besar hendak masuk ke dermaga. Tiba di border, tug boat akan menariknya untuk dibawa ke dalam.
PBT ibarat tug boat. Dia pemimpin kecil yang tanggungjawabnya besar. Dia siapkan jemaah siapkan tapak kebangkitan, siapkan Ikhwan dan Asoib menggunakan minda-mindanya. Minda itulah untuk membangunkan jemaah dan melahirkan Ikhwan serta Asoib. Secara tersirat bila segala-gala sudah siap, IM pun lahir.
Kenapa kita katakan akal ibarat kipas. Akal yang selamat apabila hatinya tidak putus dengan Tuhan. Kalau terputus ilmu yang lahir atau apa yang difikirkan tidak dapat memberi manfaat untuk dirinya dan orang lain.Ilmu yang tidak memberi manfaat inilah yang akan merusakkan kita.
Rasulullah SAW pernah berdoa:
أللهم إني أعوذ بك من علم لا ينفع
Maksudnya: "Aku berlindung
dengan Allah dari ilmu yang
tidak bermanfaat."
Orang yang menggunakan akal semata-mata tanpa mengingatkan Allah terlebih
dahulu atau tanpa dikawal oleh hatinya yang beriman
dan bertaqwa, dinamakan
orang akal, orang dunia atau orang yang berfikiran sekular.
Segala yang difikirkannya hal-hal dunia semata-mata
yang bermatlamatkan dunia
dan berakhir di dunia. Allah
dan akhirat di kesampingkan
dan tidak diambil kira.
Ulasan
Catat Ulasan