Langkau ke kandungan utama

HIKMAH TERSIRAT DI SEBALIK TERSURAT.




SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAH.


Setiap peristiwa dan kejadian yang berlaku, Tuhan minta kita mengambil iktibar dan pengajaran. Contoh dunia baru saja dikejutkan dengan pertukaran kuasa yang berlaku di Malaysia.Situasi semasa politik tanah air yang kini beralih arah pasti memberi perasaan berbeza kepada setiap sikap rakyat Malaysia. Dari sebuah kerajaan yang memerintah secara demokrasi berpilihanraya yang tidak pernah kalah, digulingkan oleh parti pembangkang pada PRU14 baru-baru ini.


Malaysia Tuhan telah siapkan potensi untuk menjadi tapak kebangkitan Islam di timur. Adanya seorang tokoh yang berpengalaman di dalam membangunkan dunia atau tamadun kebendaan ini, Tuhan tidak mengutuskan para nabi dan rasul, tetapi Tuhan datangkan ahli-ahli fikir, seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memajukan
negara Malaysia.


Namun di dunia ini bukan hanya ada material tetapi ada perkara lain yang menggerakkan material dan sudah tentulah ianya manusia. Iaitu manusia yang berperanan sebagai khalifah Tuhan dan manusia yang berfungsi sebagai hamba Tuhan. Manusia seperti ini sahaja yang mampu mentadbir pembangunan tamadun kebendaan ini dengan selamat.


Tamadun insaniah bila Tuhan hendak bangunkan, Tuhan utuskan rasul. Tuhan tidak utuskan ahli akal atau ahli fikir. Lebih-lebih lagi, bila manusia telah tersangat rosak, tamadun insaniah telah runtuh, akhlak telah menyembah bumi dan khalifah yang hendak menggerakkan tamadun itu sudah tidak berperanan lagi. Tuhan tidak mengutuskan ahli falsafah kerana ahli falsafah me­mang tidak mampu. Sebaliknya, Allah SWT utuskan para nabi dan rasul. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya:


Maksudnya: “Sesungguhnya engkau (wahai Muham­mad) mempunyai akhlak yang agung.” (Al Qalam: 4)
Dan Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan kerana me­nyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Malik)
Rasul-rasul sajalah yang boleh dan mampu membangunkan insaniah. Jika di zaman tidak ada rasul dan di waktu itu manusia telah terlalu rosak, Tuhan akan datangkan tokoh ulama yang berwebawa.



Menga­pa perlu ulama yang berwebawa? Ini kerana ulama yang mampu mendidik masyarakat tidak ramai. Walau beratus ribu ramainya tetapi tidak mampu mendidik manusia. Bila ulama yang ramai itu tidak mampu lagi mem­bangunkan insaniah, maka kita mengharapkan Tuhan utuskan tokoh ulama yang berwebawa dan dapat mendidik umat Islam.


Ulama yangdapat menangani penyakit masya­rakat, maka ketika itu, seolah-olah sudah wajib Tuhan da­tangkan rasul. Sama juga, bila ulama zaman ini sudah tidak mampu, ketika ini wajib Tuhan datangkan seorang tokoh ulama yang berwebawa.


Di sini barulah kita nampak, untuk membangunkan insaniah sangat susah, terpaksa Tuhan campur tangan. Tuhan melantik orang-Nya. Tidak seperti membangunkan tamadun material, sesiapa pun boleh membangunkan dunia kebendaan. Tetapi dalam hal hendak membina manusia, tiada seorang pun boleh campur tangan. Malaikat pun tidak mampu. Seolah-olah Tuhan berkata: “Aku sendiri akan menyelesaikannya, dengan cara Aku datangkan orang Aku, yang disokong (backing) oleh Aku.” Yang mana kalau di zaman adanya rasul, dia dinamakan rasul dan setelah tiadanya rasul, diperlukan ulama yang berwibawa yang dapat mendidik dan memimpin rohani masyarakat.


Tegasnya, membangunkan insaniah sangat susah. Sebagai bukti, katakanlah seseorang itu telah berumur 66 tahun. Kita tolak 6 tahun yang awal dalam hidupnya kerana dia tidak sedar lantaran belum mumaiyiz. Kalau orang itu memejamkan kedua-dua matanya, dia akan nampak dua perkara yang berbeza iaitu sa­tu keadaan yang mundur dan satu keadaan yang telah mem­bangun dan maju.


Di waktu sekolah rendah atau ketika berumur 7 tahun, orang itu sangat pemarah. Sejak 60 tahun dahulu hingga sekarang, marahnya masih tidak berubah. Sedangkan dalam tempoh 60 tahun itu, hutan belantara sudah menjadi kampung. Kampung sudah menjadi bandar. Dahulu tidak ada jalan, sekarang sudah ada jalan. Jalan raya sudah menjadi highway atau lebuh raya. Tetapi sifat pemarah orang itu masih ada hingga sekarang. Kalau 60















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman