( ILMU SIFAT 20 (Mazhab Asy'ariah - Muturidiah)
Tanah Melayu telah di jajah selama 446 tahun. Penjajah tersebut ialah British, Portugis, Belanda dan Jepun. Berdasarkan lamanya di jajah lojeknya sudah ramai yang bertukar agama dan meninggalkan agama Islam. Tetapi kenyataannya sekarang Malaysia menjadi tapak kebangkitan di Timur ini.
Abuya ustaz Ashaari bin Muhammad At Tamimi ada menulis buku "Aqidah Mukmin ada tiga siri". Beliau telah bertemu dan berbincang dengan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di merata dunia termasuk di Mesir, Turki, Pakistan, Jordan, Tunisia, Maghribi (Morocco) Indonesia dan sebagainya.
Begitulah kalau Tuhan kehendaki dan telah mentakdirkan memilih Malaysia menjadi tapak kebangkitan tiada suatu kuasa pun yang boleh menghalang dan menggagalkan. Walaupun musuh-musuh Tuhan telah berusaha menggagalkannya tetapi tidak menjadi.Malaysia telah masuk dalam "Jadual Allah", ertinya Allah jaga dan pelihara kerana berkat terpilih menjadi tapak kebangkitan Islam di Timur.
Kalau kita lihat realiti yg ada, di masjid, surau dan pusat pendidikan agama telah menanamkan ke dalam jiwa masyarakat. Terutamanya pengajian ilmu tauhid "Sifat 20" inilah yg telah jadi benting dan menyelamatkan umat Islam di Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, negeri Fatani (Selatan Thailand) dari usaha pemurtadan penjajah2 asing. Negara2 ini telah dijajah oleh penjajah2 kafir yg ingin meluaskan kekuasaan dan agama mereka, tetapi Umat Islam di Nusantara tetap berpegang dgn aqidah mereka. Barang diingat pengajian Tauhid yg tiga serangkai belum lagi berkembang di Nusantara ketika itu. Jadi Tauhid apakah yg menjaga umat dari bahaya Murtad? Sudah tentulah jawapannya ialah Tauhid Sifat Dua Puluh.
Pendekatan yang di ambil oleh ulama-ulama ahli sunnah Waljamaah mengenai pendidikan tauhid ialah "pengajian Sifat 20".
Selibus tersebut telah lama dilaksanakan di tempat-tempat pengajian seperti di Pondok-pondok pasentrin di Indonesia, Thailand, Malaysia dan juga di ajarkan di sekolah-sekolah di Brunei Darussalam dan Singapura.
Selibus tersebut telah lama dilaksanakan di tempat-tempat pengajian seperti di Pondok-pondok pasentrin di Indonesia, Thailand, Malaysia dan juga di ajarkan di sekolah-sekolah di Brunei Darussalam dan Singapura.
Rapuh dan lemahnya aqidah
generasi zaman skrg adalah kerana mereka tidak belajar aqidah yg sebenarnya termasuk di dlmnya sifat 20. Kalau kita lihat realiti yg ada, bahkan ilmu Sifat 20 inilah yg telah menyelamatkan Umat Islam di Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, negeri Fatani (Selatan Thailand) dari usaha pemurtadan penjajah2 asing.
generasi zaman skrg adalah kerana mereka tidak belajar aqidah yg sebenarnya termasuk di dlmnya sifat 20. Kalau kita lihat realiti yg ada, bahkan ilmu Sifat 20 inilah yg telah menyelamatkan Umat Islam di Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, negeri Fatani (Selatan Thailand) dari usaha pemurtadan penjajah2 asing.
Sifat Dua Puluh merupakan sistem pengenalan terhadap Allah SWT yg sgt mudah sekali, kerana menghafalnya lebih mudah dari menghafal Al-Qur`an. Para Sahabat Rasul telah mengafal Al-Qur`an, jadi di dlm al-Qur`an sendiri telah disebut sifat2 Allah, dgn makna lain mereka telah menghafal sifat2 Allah melalui Al-Qur`an. Jadi jika Umat Islam disuruh utk mengahafal Sifat 20 dgn dalil Naql (al-Qur`an dan Hadis) dan akal, itu lebih mudah dari menghafal seluruh Al-Qur`an.
Sifat2 Allah terlalu banyak sekali, baik disebutkan di dlm Al-Qur`an mahupun di dlm Hadis Rasul. Jadi jika Umat Islam disuruh menghafal seluruh sifat2 yg ada, ini merupakan sesuatu yg memberatkan bagi Umat Islam. Sedangkan pengajian Sifat Dua Puluh memudahkan Umat Islam dgn menyebutkan sifat2 yg paling berpengaruh dari seluruh sifat2 yg lainnya.
Jika Sifat 20 ini tidak ada, maka sifat2 yg lain pun tidak akan ada pula, sebab itulah sifat2 Allah yg lain itu tergantung kepada Sifat 20, dgn makna jika sifat wujud Allah tidak ada maka sifat pengampun, pemurah, penyayang dan lain2nya juga tidak ada. Jika sifat Qidam Allah tidak ada maka sifat menciptakan, memberi, kuat dan lain2nya juga tidak akan ada.
Inilah kaedah pendekatan ilmu tauhid yang telah terbukti kejayaannya. Ia mesti diperjuangkan. Melahirkan masyarakat yang berjiwa tauhid. Kita jelaskan sebelum ini bagaimana orang yang berjiwa tauhid. Mereka yang berjiwa tauhid dengan sendirinya terbinalah
Tamadun tinggi yang dapat meninggikan maruah dan akhlak. Dan memberi keamanan, kemakmuran, serta mendapat keampunan Allah dunia dan akhirat.
Tamadun tinggi yang dapat meninggikan maruah dan akhlak. Dan memberi keamanan, kemakmuran, serta mendapat keampunan Allah dunia dan akhirat.
Ulasan
Catat Ulasan