Langkau ke kandungan utama

UMAT ISLAM TERHINA...


 ( Pendidikan anak-anak Saujana Rawang ).
( Silaturrahim dengan keluarga di Australia ).



Maksud firman Allah: 

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali adanya hubungan dengan Allah dan adanya hubungan dengan manusia.
( Ali Imran, 3:112 ).


Berpegang dengan "Tali Allah" maksudnya berkaitan dengan yang ditetapkan Allah dalam hal fardhu ain dan ibadah  khusus. Sedangkan "tali hubungan dengan manusia" yakni yang berkaitan dengan fardhu kifayah.


Hablumminannas adalah hubungan sesama manusia. Di dalamnya terangkum tuntutan fardhu kifayah dalam membina hubungan dan menjaga hal ehwal sesama manusia, tak kira sama ada manusia itu beragama Islam, mahu pun bukan Islam. 


Andainya tuntutan hablumminannas ini tertunai, hakikatnya terjagalah kebajikan umat Islam.Terlindung dan terselamatlah kepentingan dan maruah umat Islam. Kerana umat Islam sudah tidak bergantung lagi kepada kaum munafik dan kafir harbi yang sentiasa memusuhi Islam. 


Cuba bayangkan andainya tuntutan hablumminannas terlaksana. 
Masyarakat kita ada sistem pendidikan Islam dari peringkat tadika sehingga universiti.
Masyarakat kita ada rangkaian jaringan ekonomi dari peringkat gerai kecil-kecilan atau kiosk, membawa kepada mini market, kepada supermarket, kepada hypermarket, kepada import & export. 


Masyarakat Islam kita punyai industri kecil, sederhana, dan besar dalam menghasilkan produk-produk keperluan harian umat Islam yang di jamin halalan toyyiban. Masyarakat Islam punyai hospital Islam menyediakan kemudahan rawatan dan perubatan bersyariat.


Masyarakat Islam punyai stesen penyiaran sendiri dalam menyalurkan informasi Islam dan dakwah. Masyarakat Islam punyai sistem kebudayaan Islam yang memperomosi hiburan cara Islam, berpakaian cara Islam, berakhlak dan berinteraksi secara Islam. Dan lain-lain lagi. 


Alangkah indahnya. Waktu itu bukan sahaja umat Islam mendapat manfaat atas kedamaian dan ketenangan yang terzahir.
Malah masyarakat bukan Islam juga dapat manfaat dan menumpang keamanan , perkhidmatan yang ada.


Tetapi andainya umat Islam gagal membangunkan hablumminannas, maka terhinalah mereka kerana terpaksa bergantung hidup dengan hasil dan produk keluaran musuh-musuh Islam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman