Baghdad pernah dikenali ketika itu sebagai kota ilmu. Ketika itu Baghdad berada di kemuncak kegemilangan ilmu pengetahuan. Umat Islam terlalu asyik dengan ilmu dan menimbun harta
benda.
Keasyikan itu menyebabkan
mereka lalai dari membesar
dan mengagungkan Tuhan.
Mereka semakin jauh dari
Allah SWT. Persoalan rohani
terus terpinggir. Akhirnya hancur lumat kota Baghdad.
Timbunan kitab dijadikan
unggun api dan sebahagian nya dijadikan landasan untuk
kuda menyeberangi sungai.
Umat yang asyik tenggelam
dalam kekaguman kitab-kitab
serta ilmu pengetahuan
itu rupanya berjiwa kerdil,
penakut, bacul, dan dayus.
Mereka sedikit pun tidak mampu melawan satu bangsa yang tidak pernah mengenal tamadun iaitu
Monggol. Hikmah disebalik
keruntuhan Baghdad itu Allah
memperlihatkan betapa
golongan yang sedikit terbukti menang dengan bantuan Allah SWT.
Kerajaan langit berperanan bagi memenangkan golongan yang sedikit tetapi benar-benar
beriman dan bertakwa.Ia juga memperlihatkan betapa bagaimana sekalipun umat Islam tetap menang dan berjaya asalkan memiliki syarat-syarat bagi Allah SWT mendatangkan pertolongan Nya.
Maksud firman Allah:
"Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah."
( Al Baqarah 2:249 ).
Allah SWT memperlihatkan
kekuasaan-Nya mengatasi
tiap-tiap sesuatu dan apabila
Allah SWT sudi membela
'orang-orang-Nya maka di
tengah-tengah keruntuhan
kehancuran Baghdad itu bangkit satu kelompok yang sangat kecil bilangannya tetapi berkualiti.
Kelompok kecil ini dinaungi
oleh pertolongan Allah SWT.
Mereka bukan sahaja tidak terjejas sedikit pun oleh keganasan Monggol bahkan Allah SWT lindungi mereka.
Dan mereka bukan sahaja tidak disentuh oleh kemusnahan Baghdad dengan bantuan Allah SWT.Malah mereka dibantu oleh Allah SWT hingga berjaya
menawan kembali puak Monggol tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan