PEMBANGUNAN INSAN.
Mendidik manusia bermaksud mendidik insaniahnya. Insaniah manusia pula terdiri daripada empat elemen iaitu akal, roh atau hati, nafsu dan fizikal atau jasmani.
Keempat-empat elemen inilah yang perlu dididik dan dibangunkan. Hasil dari pendidikan insaniah, lahirlah tamadun insaniah ataupun apa yang kita namakan pembangunan insan.
Apabila insan telah terbangun, lahirlah akhlak yang baik, manusia yang jujur, berkasih sayang, pemurah, takutkan Tuhan, bertaqwa, mengutamakan orang lain, yang boleh berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat padanya dan berbagai-bagai lagi sifat mulia.
Sementara dari pendidikan material atau kebendaan maka terhasillah tamadun lahiriah dan kemajuan fizikal.
Ulasan
Catat Ulasan