Langkau ke kandungan utama

DAMSYIK BANDAR TERTUA DI DUNIA.





BANDAR TERTUA DI DUNIA.


Penulis berkesempatan berkunjung bandar tertua di dunia iaitu kota Damsyik atau Damascus adalah Bandar yang tidak asing lagi bagi masyarakat yang tinggal di sekitarnya mahupun masyarakat dunia. Bandar ini unik kerana terkenal dengan jolokan Bandar tertua di dunia. Meskipun sudah berabad lamanya usia Bandar ini, namun nilai-nilai dan seni binaan zaman dahulu kala masih dijaga rapi dan jelas terukir di kebanyakan bangunannya.
Pada kebangkitan pertama ia dikenali dengan negeri Syam.
Kita masih teringat lagi ketika belajar di bangku sekolah rendah, Nabi Muhammad berniaga ke Syam, memperdagangkan barang perniagaan Siti Khadijah binti Khuwailid. Sebelum nabi Muhammad menjadi Rasul.
Bangunan lama yang masih digunakan di negara Syria.
Damsyik ialah ibu kota bagi Negara Syria. Yang dahulunya terkenal dengan nama ‘negeri Syam’. Dimana negeri Syam ini adalah pada hakikatnya meliputi 4 buah Negara. Iaitu Syria, Jordan, palestin dan lubnan. Tetapi telah melalui proses pemecahan dan pengasingan sempadan oleh penjajah Eropah suatu ketika dahulu.
Meskipun telah terpisah kepada 4 buah Negara, namun Syria masih kuat disebut-sebut dengan gelaran negeri Syam kerana terdapat didalamnya ibu kota Damsyik. Seni bina unik yang masih kekal. Bumi Syam mempunyai nilai dan harga yang amat tinggi. Pernah tersebut di dalam hadis Rasulullah SAW yang mendoakan keberkatan negeri Syam. Maksud sebuah hadis: Rasulullah s.a.w berdoa:  “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa negeri Syam adalah sebuah tempat atau kawasan yang di dalamnya mempunyai beribu keberkatan. Jadi tidak hairanlah pelancong atau pengunjung yang tiba di syria akan merasai aura keberkatannya. Selain itu di dalam Al-quran juga membuktikan bahawa negeri Syam ialah kawasan yang diberkati oleh Allah.
Maksud dari surah al-isra’ ayat 1: “Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. Maksud ‘sekelilingnya’ yang terdapat di dalam ayat ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai bumi syam. Selain dari hadis dan ayat al-quran ini, masih banyak hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan negeri syam dan Damsyik.
Antara keunikan Damsyik ialah masjid Umawi. Masjid ini ialah masjid terbesar dan tertua di Damsyik. tapak pembinaan masjid ini sudah beribu-ribu tahun menjadi tempat beribadat bagi banyak agama. Pada awalnya tapak ini merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Semitik Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasyqi pada zaman romawi. Ketika agama Kristian berkembang di Damsyik pada abad ke-4 Masihi, tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica” bersempena terdapatnya Makam John The Baptist iaitu nabi yahya a.s di kawasan tersebut.
Ketika Islam masuk ke Damsyik pada tahun 636 Masihi, umat Islam dan Kristian bersepakat untuk membahagi tempat ibadah tersebut menjadi dua bahagian, bahagian timur dijadikan Masjid dan bahagian barat menjadi Gereja. Mereka beribadah secara bersama-sama dalam suatu tempat yang hanya dipisahkan oleh dinding pemisah. Umat Islam mengumandangkan azan, sedangkan Kristian membunyikan loceng. Keadaan ini berterusan selama 70 tahun iaitu sehingga tahun 705 M.
Pintu utama masjid yang penuh dengan ukiran
Kemudian, Khalifah Al Walid bin Abdul Malik berfikir untuk membangunkan sebuah Masjid yang megah sesuai dengan keperluan kaum muslim dan pemerintahan Islam waktu itu. Berdasarkan hasil perbincangan antara kedua belah pihak islam dan kristian, maka sebagai gantinya Khalifah mengizinkan supaya dibangunkan gereja-geraja di daerah Bab Touma dan sekitarnya. Selepas itu sekitar 10 tahun berdirilah Masjid Umawi yang besar dan megah dengan ukuran panjangnya 150 m dan lebar 100 m.

Masjid ini telah berdiri megah selama lebih 1200 tahun meskipun pernah melalui pelbagai cabaran dan ancaman. Pada tahun 1893M, Ia pernah diserang oleh Mongol kemudian ditimpa gempa bumi dan kebakaran. namun semua itu tidak pernah dapat melumpuhkan struktur asal masjid ini yang sehingga kini menjadi tapak ibadah yang utama di Damsyik.

Damaskus, Suriah

Menurut sejarah, kota ini berdiri 8 ribu hingga 10 ribu tahun sebelum masehi. Ketika itu, Damaskus menjadi tujuan para pedagang lokal serta mancanegara. Damaskus juga menyimpan sejumlah cerita sejarah Hellenistic, Romawi, Bizantium dan Islam. Kini, Damaskus ditasbihkan sebagai kota t
ertua dunia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman