Langkau ke kandungan utama

.TEKNOLOGI KEMUDAHAN BERDAKWAH


 ( TEKNOLOGI DI TANGAN
 TUHAN DI HATI ).


( HAJI MENUJU ALLAH )



Generasi yang membesar di era kebangkitan dakwah, mereka tidak asing dengan kemajuan teknologi canggih.Bahkan mereka tahu menggunakan nya untuk dijadikan alat bantuan berdakwah. Justeru mereka cuba memanfaatkan sains dan teknologi semaksima mungkin untuk mendaulat kan agama Allah. Mereka pejuang sufi yang berteknologi.



Pendekatan dakwah yang mereka lakukan dengan penuh hikmah. Contohnya dengan kemahiran mereka menggunakan teknologi dapat dijadikan jambatan mendekati masyarakat, terutamanya yang menjadi sasaran dalam dakwah.



Kemudahan teknologi digunakan dan dimanfaatkan untuk kemudahan beribadah.
Teknologi dijadikan alat untuk membantu mencapai matlamat. Moga lahir satu generasi baru yang dikenali sebagai bangsa baru. Di tangan mereka mengendali kan teknologi dan di hati mereka langsung dengan Tuhan. Inilah yang dikatakan dunia hanya di tangan dan hati bersama Tuhan.


Teknologi digunakan sebagai alat atau kemudahan untuk beribadah. Pesatnya (IPTEK)  perkembangan ilmu Pengetahuan dan Teknologi semakin terasa dari hari ke hari. Contoh untuk mengetahui arah kiblat hanya sentuh dihujung jari.



Menghantar mesej, informasi yang dahulu perlu waktu hingga berbulan-bulan, kini dengan adanya telepon, facsimile, internet, dapat memenuhi kehendak kita hanya dalam beberapa detik saja. Selain dalam bidang komunikasi, perkembangan bidang lain 2. Tidak dapat kita nafikan.



Kita mengakui bahwa sains memang telah ambil peranan penting dalam tamadun atau peradaban material. Penemuan-penemuan sains telah memberikan bermacam-macam kemudahaan, mulai dari air yang cukup dengan memutar/menekan kepala paip telah menggantikan perigi, yang satu jetika dulu perlu dicari jauh dari rumah. Perjalanan yang dulu perlu ditempuh berbulan-bulan, sekarang dapat ditempuh hanya beberapa jam saja dengan kapal terbang, hinggalah penemuan-penemuan lain yang sangat membezakan cara hidup manusia zaman sekarang dibanding zaman dulu.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman