MAGHRIBI PUSAT TAREQAT.
Islam sudah menjadi agama bagi penduduk Maghribi sejak abad ke 7M (abad pertama lahirnya Islam) lagi iaitu ketika Sahabat Uqbah bin Nafi’ menyebar Islam sampai ke hujung Barat Afrika merentasi Tunisia dan Aljazair.Sedangkan akidah Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah persepsi al-Asy’ariyyah sudah masuk di Maghribi sejak dinasti Almoravid (المرابطين) pada kurun ke 10M. Masjid dan Zawiyah di Maghribi meriah dengan majlis ilmu dan zikir. Terutamanya kita boleh merasainya di Marrakech.
Bandar Marrakech ada tarikan tersendiri. Program zikir mudah diikuti kerana merata tempat buat. Terutamanya mempunyai pelbagai tariqah sufi. Ahli sufi di sini bebas memilih tariqah yang sesuai dengan adat dan suasana kehidupan mereka serta dapat memenuhi tuntutan kehidupan mereka secara jasmani dan rohani. Oleh itu, kita dapat melihat ramai orang di sini yang berbai’ah atau mengikuti satu tariqah atau lebih, atau mengikuti tokoh-tokoh yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sesuatu tariqah, tetapi diikuti kerana budi pekertinya yang mulia dan kebaikannya terhadap manusia.
Morocco atau dikenal juga dengan Maghribi merupakan salah satu dari negara Islam di dunia moden ini yang masih mempertahankan sistem kerajaan beraja seperti di Malaysia. Sistem beraja negara ini berhasil menyelamatkan Islam sebagai agama rasmi negara dan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi pertama negara dengan meletakkan bahasa Perancis sebagai bahasa kedua – walaupun bahasa Perancis memiliki peranan yang sangat kuat di kalangan rakyat negara Barat Islam ini.
Dengan melihat sistem pemerintahan Morocco serta perlembagaan negara dan agamanya, maka Morocco pada dasarnya hampir sama dengan Malaysia. Hanya perbezaannya terletak pada mazhab fiqh di mana Malaysia memilih bermazhab Syafi’I sedangkan Morocco bermazhab Maliki.
Akidah al-Asy’ariyyah, atau al-Maturidiyyah adalah sama dengan Malaysia dan mejoriti negara-negara umat Islam. Tasawwuf berpegang pada metode Imam al-Ghazali dan Imam Junaid al-Baghdadi.
Secara perlembagaan dan sistem politik, Morocco telah mengerakkan jentera Asy’ariyyahnya di bahagian Kementrian Wakaf dan Urusan Keislaman (وزارة الأوقاف والشؤون الإسلامية). Ini dapat dilihat juga di dalam website rasmi kementrian tersebut. Di dalamnya, terdapat ketetapan apa dan mengapa akidah Asy’ariyyah, fiqh Maliki, dan Tasawwuf al-Junaid di Maghribi. Seperti yang telah masyhur.
Malaysia ketika tahlil dan bacaan Yasin meriah. Ada dikalangan masyarakat menaja buat kenduri. Biasa jamuan makanan disediakan untuk tetamu yang hadir.
Mengimbau kembali mengikuti suasana amalan
tariqat di Maghribi cukup meriah. Roh terasa subur ibarat pokok yang disiram air.
Ulasan
Catat Ulasan