( Masjid Nabawi di Madinah ).
FATHONAH MENGATASI AKAL.
Tuhan itu pemimpin bagi manusia. Tuhan jugalah yang mengajar
ilmu kepada manusia. Tuhan salurkan ilmu itu kepada manusia dengan berbagai-bagai cara.
Tuhan bagi mengikut tahap dan taraf manusia itu sendiri.
Ada ilmu yang Tuhan salurkan kepada para nabi dan rasul.
Ada ilmu Tuhan berikan kepada ahli-ahli hikmah atau Al Hakeem. Ada ilmu Tuhan berikan kepada para mujaddid dan mujtahid.
Ada ilmu yang Tuhan salurkan
kepada orang yang bertaqwa
Ada juga ilmu yang Tuhan salurkan kepada ahli-ahli fikir, falsafah atau para filasof.
Para nabi dan rasul dididik terus oleh Tuhan tanpa campur tangan manusia. Oleh itu para nabi
dan rasul mempunyai jiwa
yang begitut teguhdan kuat
hingga mampu menerima wahyu.
Kalau wahyu diturunkan kepada orang yang bukan nabi dan bukan rasul, dia tidak akan tahan.
Dia akan mati. Akan hancur luluh jiwanya kerana kesan wahyu kepada jiwa itu sungguh hebat. Rasulullah sendiri berpeluh-peluh dan seperti demam apabila menerima wahyu. Kalau wahyu diturunkan kepada bukit atau gunung, nescaya ia akan pecah berkecai.
Di antara sebab wahyu tidak
diturunkan pada waktu atau
zaman ini adalah kerana sudah tidak ada lagi manusia
seperti mana Tuhan mendidik
para nabi dan rasul
selepas Rasulullah SAW.
Di samping jiwa yang kuat hingga mampu menerima wahyu,
para nabi dan rasul
juga dibekalkan oleh Tuhan,
fathonah. Fathonah adalah
gabungan antara kekuatan fikiran (akal) dan kekuatan roh yang luar biasa yang hanya diberi kepada para nabi dan rasul.Orang biasa tidak diberi fathonah.
Ulasan
Catat Ulasan