Langkau ke kandungan utama

TEKNOLOGI IBARAT PISAU.



قال النبي صلى الله عليه وسلم: «أحب الناس إلى الله أنفعهم للناس
Nabi SAW bersabda,
Ertinya: "Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat”
Tuhan sudah berikan pada kita ilmu dan penguasaan teknologi, supaya dapat kita memanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan
cara selamat dan juga menyelamatkan manusia dan seluruh makhluk. Bila kita betul menggunakannya termasuk pandai bersyukur.


Sebagai manusia tentu kita menginginkan kebahagiaan. Begitu juga kita meletakkan
harapan agar penguasaan teknologi dapat kita gunakan untuk kemaslahatan manusia tanpa memberikan kesan negatif kepada manusia.


Ilmu dan teknologi ibarat pisau, kalau pisau jatuh ke tangan perompak, ia akan digunakan untuk merompak atau membunuh. Masyarakat terancam di buatnya. Kalau pisau jatuh ke tangan suri rumah akan di gunakan untuk memotong ikan sayur dan sebagainya. Satu keluarga dapat manfaatnya.


Terima kasih pada Tuhan yang menurunkan agama Islam sebagai petunjuk, dimana manusia dilarang untuk berkahwin dengan keluarga dekat kerana  di antaranya dapat menimbulkan berbagai penyakit. Dapat dibayangkan bila makhluk dijadikan dari sel dari bagian tubuhnya sendiri, tak hairan akan timbul berbagai penyakit lebih parah lagi. Itu contoh kemahiran teknologi yang digunakan secara negatif.


Itu baru dari sudut fizikal, yang dapat menimbulkan penzaliman, karena boleh  cacat, berpenyakit dan lain-lain, belum lagi penzaliman batiniah seperti masalah nasab. Namun begitulah manusia, ingatan dari Tuhan tidak dijadikannya sebagai pengajaran, hingga bukan saja sudah hilang pri kemanusiaanya, bahkan pri ‘kedombaannya’ pun sudah tak ada.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman