Langkau ke kandungan utama

KEHIDUPAN MANUSIA TIDAK LEPAS DARI PERATURAN.



DISIPLIN HIDUP
IKUT JADUAL ALLAH.

( Solat ketika musafir ).

( Hospital Pakar Serdang ).
( Musafir juga di atur ).

Ada orang yang berpendapat, kita akan terkungkung atau hilang kebebasan bila ikut dengan peraturan Tuhan. 
Padahal dalam kehidupan nya manusia tidak lepas dari peraturan. Bila tidak ikut dengan peraturan Tuhan artinya ikut dengan peraturan manusia. 


Bahkan di dalam rumah atau keluarga kita pun tidak lepas dari peraturan. Kalau kita pindah ke rumah orang lain pun akan ada peraturan. Tentu kita akan Lebih suka dengan peraturan yang dibuat oleh ayah kita di rumah daripada peraturan yang dibuat dalam rumah orang lain.


Misalnya kita berada di rumah kita sendiri, tentulah program dalam rumah itu kita yang buat. Kalau kita pergi ke rumah orang lain, tentu programnya berlainan dengan di rumah kita. Apakah sama perasaan kita berada di rumah sendiri dengan berada di rumah orang lain. Tentu tidak. 


Jadual hidup kita pun akan berbeda, di rumah sendiri dengan di rumah orang lain. Kalau kita paksakan jadual hidup kita di rumah orang lain, tentu kita akan susah dan tidak tenang.
Kalau dunia ini kita rasakan kepunyaan kita, waktu yang 24 jam itu juga kepunyaan kita, kita yang mengatur, itulah yang membuat kita hidup di dunia ini tidak tenang, susah, gopoh dsb. Itu yang membuat kita tidak stabil. 


Dunia kepunyaan Tuhan, waktu yang juga kepunyaan Tuhan kita programkan semahunya, tentu hidup kita akan jadi susah, sebab kita telah membuat jadual untuk sesuatu yang bukan kepunyaan kita.


Padahal diri kita dan apapun yang berkaitan dengan diri kita, bukan kita yang tentukan. Bahkan kita tidak tahu apa yang akan terjadi sedetik lagi, apalagi untuk yang 1 hari, 1 minggu, 1 tahun, tentu kita lebih tidak tahu. Kalau pun kita coba untuk mengatur kadang yang terjadi tidak sesuai dengan apa yang kita rencanakan.


Ada orang yang beralasan sibuk dengan kerja, hingga merasa takut terikat dengan peraturan Tuhan. Padahal dia menjadi sibuk karena menolak peraturan Tuhan


Dia sibuk memburu cita-citanya, wang, harta, pangkat dan lain-lain. hingga hilang ketenangan. Padahal dalam dia memburu cita-citanya itu pun diikat oleh peraturan di pejabat, di rumah, di jalan raya dan lain-lain. Kalau cita-cita kita adalah Tuhan, maka susah dengan Tuhan pun terasa bahagia. Bahkan mati kerana Tuhan pun akan bahagia. Kalaupun ada kesusahan dalam memburu Tuhan terasa bahagia.


Sebab itu penting untuk mengenal Tuhan agar tahu siapa Tuhan, siapa diri kita. Kalau tak kenal Tuhan, tak kenal diri kita. Walaupun kita tidak menyebut diri kita Tuhan tapi tanpa sedar kita berlagak seperti Tuhan.
Kalau kita memahami bahawa dunia ini Tuhan yang punya, dan ikut dengan program Tuhan tentu manusia akan hidup teratur, aman, damai.
Sesuaikan hidup dengan jadual Tuhan.Tuhan memiliki jadual. Sesuaikan hidup kita dengan jadual Tuhan. 


Bangun sebelum subuh, kemudian solat sunat 2 rakaat. Setelah itu solat subuh dan jangan tidur setelah subuh sebab akan menumpulkan fikiran. Kalaupun mahu tidur, setelah terbit atau tinggi matahari.Tapi bagi orang yang masih muda, masih cergas, waktu itulah dia pergi kerja, sebab tenaga dan fikiran masih segar. 


Menjelang jam 11 siang  Qailullah. Setengah jam sebelum zuhur bangun dan bersiap solat zuhur. Setelah solat zuhur kerja dan solat asar. Setelah Asar tidak  dibenarkan tidur, makruh, dapat melemahkan fikiran. Kalaupun ingin beristirahat, sambil membaca, berkebun dll. 30 minit sebelum maghrib bersiaplah untuk solat maghrib. Kalaulah manusia membuat program untuk hidup mereka disesuaikan dengan jadual Tuhan, hidup akan teratur, tenang dan bahagia.


Tapi untuk ikut dengan jadual Tuhan, syaratnya mesti kenal Tuhan. Seperti kita kerja di pejabat, bila kita sayang dengan ketua kita apapun arahan dan tugasnya akan kita ikuti. Walaupun buat kerja itu susah.


Orang yang kenal dengan Tuhan, terlewat solat subuh 30 minit saja akan terasa susah hati. 30 minit sebelum solat sudah rindu ingin menunaikan shalat.Hamba Allah yang sebenarnya, bangun tidur walaupun dia belum buat dosa, terus ingat dosa. 


Sayidina Umar, walaupun dikatakan oleh Rasulullah SAW kalau ada nabi lagi setelah aku, maka Umar menjadi nabi, dan kalau S. Umar melalui satu jalan, maka syaitan tidak lalui di jalan itu, tapi hati S Umar makin takut dengan Tuhan. Ketika mengambil air wudhu mukanya sudah pucat.
Itulah orang Tuhan ( Rijalullah ), yang walaupun dekat dengan Tuhan tapi dia rasa jauh dengan Tuhan.


Ya Allah Anugerahkanlah kepadaku rasa takut, anugerahkanlah rasa cinta pada Mu dan cinta Mu pada ku. anugerahkan rasa redha aku terhadap Mu dan redha Mu terhadap ku. aku mengharap Rahmat Mu tuhan. Ya Allah atas kesalahan ku ampunilah aku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman