Langkau ke kandungan utama

UKURAN KEBENARAN.


KEBENARAN TIDAK DIUKUR DENGAN NILAI DUNIA.



Bukanlah kebenaran itu jika dinilai pada ramai pengikutnya, besar istananya, banyak harta dan wangnya, juga seberapa dunia yang ada.



Jika kebenaran dinilai pada dunianya, tidak benarlah Nabi Musa ketika berdepan dengan Firaun yang punya bala tentera yang ramai dan gagah, istana yang besar dan harta yang melimpah ruah. Tidak dikira benar bila lawannya itu Qarun yang mempunyai harta tak terkira banyaknya, pinggan dan mangkuk pun diperbuat daripada emas permata. Hanya seorang Nabi itu seorang pengembala kambing sahaja. Begitukah dinilai kebenaran?



Sam'un Al-Ghazi seorang Nabi dan Rasul yang masuk syurga berseorangan kerana tiada siapa mahu mengikutnya?



Nabi Nuh a.s berdakwah ratusan tahun lamanya, hanya 40 keluarga yang setia.



Nabi Yahya dan bapanya Nabi Zakaria a.s dibunuh kaum mereka, adakah mereka tidak bersama kebenaran?



Nabi Isa a.s ditentang Bani Israel sendiri. Malah ahli kitab yang mendamping penguasa dan pembesar ketika itu yang berlaku khianat kepadanya.



Jangan kita menilai kebenaran dengan dunia, dengan angka! Bahkan dalam Al-Quran sendiri Allah swt mengingatkan bahawa sedikit, HANYA SEDIKIT sahaja yang bersyukur. Hanya sedikit sahaja yang mengambil iktibar, hanya sedikit sahaja yang berfikir, hanya sedikit sahaja yang berpegang dengan tali Allah. Dan bantuan Allah kepada golongan yang sedikit. Malah berapa kali peristiwa besar dalam Al-Quran betapa Allah tunjukkan kuasa-Nya, golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang banyak dan besar! Kerana pertolongan Allah, kerana Iman dan Taqwa.



Ramadhan semakin mendekat, marilah kita kembali kepada Allah swt. Kembali membesarkan Al-Quran, membenarkan Al-Hadis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman