Langkau ke kandungan utama

KEKAYAAN HAKIKI.





KEKAYAAN HATI.
Orang yang kaya hati itu dikatakan juga kaya roh atau
kaya jiwa. Kaya hati adalah kaya hakiki. Manusia sibuk mencari kekayaan wang ringgit dan harta benda tetapi kurang berminat untuk
mengkayakan hati. Manusia kurang berminat untuk mengkayakan iman.
Orang yang kaya jiwa tidak mudah putus asa. Manusia yang pentingkan kaya lahir mudah kecewa. Manusia yang memiliki kekayaan roh tidak terputus-putus hubungan dengan Allah. Apabila hati atau roh di beri laluan mempengaruhi manusia ia mencorak kehidupan manusia ke arah positif.
Jasmani yang tersusun daripada sejumlah anggota tubuh, urat-urat dan sel, ia mengikut sahaja arahan hati.
Kerana hati raja bagi kerajaan diri. Kerajaan roh membuat arahan dan mendorong  serta menggerakkan anggota tubuh untuk melakukan apa saja tindakan zahiriah.

Pada dasarnya, kekayaan adalah suatu nikmat buat kita daripada Allah SWT yang berupa sebuah ujian. Allah ingin menguji hamba-Nya yang memiliki harta kekayaan yang melimpah ruah dengan menilai sejauh manakah harta itu dibelanjakan ke jalan-Nya.
Jika individu yang kaya tersilap langkah dalam membelanjakan hartanya, tidak mustahil bagi Allah untuk mengambil hak-Nya kembali. Kata kunci yang harus diingat ialah segalanya yang kita perolehi sepanjang kehidupan kita adalah pemberian Allah berupa pinjaman daripada-Nya. Allah berupaya mengambilnya kembali daripada kita apabila Dia tahu kita tidak memerlukannya.
Kekayaan yang sebenarnya bukan diukur dengan banyaknya harta yang kita miliki, tetapi kekayaan yang sebenar dan hakiki adalah kaya jiwa. Hadis Nabi SAW yang menjelaskan hakikat sebenar kekayaan ialah;
“Bukanlah kekayaan dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kekayaan yang hakiki adalah kaya jiwa (hati).”
[HR Al-Bukhari, no.6446 & Muslim no.1050]
Apakah yang dimaksudkan dengan kaya jiwa? Kaya jiwa bermaksud jiwa yang mempunyai segala sifat mahmudah, keimanan yang kukuh, jiwa yang kental, dan jiwa yang sentiasa berasa cukup dengan pemberian Allah SWT, tanpa pernah mengeluh dan mempersoal kan pemberian-Nya.
Ianya berlawan dengan miskin jiwa yang berupa sikap tidak pernah bersyukur dengan harta yang dimiliki, sama ada sedikit ataupun banyak, dan jiwa yang enggan membuat amal kebajikan.
Orang yang kaya roh atau kaya jiwa, sangat menjaga tauhid. Mereka yang berjiwa tauhid berkeyakinan dan menganggap rezeki itu datang dari Allah. Namun mereka tetap gigih berusaha secara fizikal dan roh. Allahlah yang menyalurkan rezeki kepada makhlukNya. Kalau rezeki itu macam air, Allah itu yang empunya sumber air/tangki air.
Kerjaya itu hanya saluran, macam paip. Jiwa tauhid itu kepala paipnya. Kalau awal-awal dah tutup kepala paip, kita jaga paip sahaja, maka air tidak akan masuk. Jadi kita kena jaga jiwa tauhid dan kerjaya saluran rezeki tersebut. Jual jagung ke, mengajar ke, buat renovation ke, niaga gajet ke, niaga baju ke, servis catering ke, kerja company besar ke, tetapi kalau Allah tak mahu bagi, tak dapat juga. Tapi  kalau Allah nak bagi Dia akan salurkan rezeki tersebut sekalipun kita OKU yang hanya boleh duduk berzikir.
Insan yang kaya jiwanya, tidak akan berasa tersepit tatkala tidak berharta ataupun tidak berasa angkuh, sombong, mahupun bakhil tatkala dianugerahi harta yang melimpah. Bagi mereka, kedua-duanya sama sahaja dan mereka berpegang dengan keyakinan terhadap takdir Allah SWT, seterusnya mengimaninya sebagaimana tuntutan Rukun Iman yang telah disyariatkan kepada setiap hamba-Nya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman