Langkau ke kandungan utama

WADAH KEBENARAN.

( Berbincang dengan penulis buku Syed Hussain Al Attas).

( Bersama pimpinan Badawi).

GELANGGANG KEBENARAN.



Gelanggang  kebenaran didalamnya manusia yang berperanan sebagai khalifah
Tuhan dan manusia yang
berfungsi sebagai hamba
Tuhan. Ertinya mereka telah
memilih, menggunakan
dan berperanan  dunia ini
dengan betul.


Melalui gelanggang atau wadah kebenaran orang Islam dipimpin roh mereka untuk ditingkatkan menjadi orang yang bertaqwa. Ditingkatkan makam dari orang Islam menjadi orang mukmin.
Menjadi orang Islam saja belum ada jaminan bahwa Allah akan memberi bantuan dariNya.



Manusia perlukan pimpinan.
Ertinya orang Islam yang hendak dilonjakkan makamnya juga perlukan pimpinan. Menerima pimpinan mursyid secara berterusan dapat membantu kita membaiki diri.



Melalui gelanggang kebenaran tersebut juga umat Islam boleh mendapatkan ilmu dan panduan tentang rasa-rasa kehambaan yang hendak ditanamkan kedalam jiwa. Sehingga rasa-rasa kehambaan seperti malu,rasa takut,dan sebagai menjadi perasaannya. Nanti akan terbentuk peribadi mukmin sebenar.



Dalam gelanggang kebenaran tersebut juga,kita dipimpin bagaimana  melaksanakan
 tugas khalifah.
Dibekalkan juga ilmu-ilmu
yang sepatutnya dikuasai bagi membantu tugas khalifah
yang diamanahkan
kepada kita. Sebagaimana
Tuhan tegaskan,"
sesungguhnya Aku
menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini."



Manusia seperti diatas sahaja yang mampu mentadbir pembangunan tamadun kebendaan ini dengan selamat. Kesan keyakinan yang mendalam tentang kehidupan Akhirat menjadikan mereka sangat berhati-hati dalam menangani tanggungjawab.


Contoh perkara yang dijalani manusia didunia ini, akan dihisab atau dihitung dan digelidah di Akhirat.Sehingga tiada sekecil butir pasir pun yang tersembunyi.



Hari Akhirat juga dinamakan
Hari Hisab atau hari perhitungan. Ketika hari perhitungan tersebut bukan sahaja mata kita menjadi saksi, tetapi seluruh anggota jasad akan menjadi saksi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman