DUNIA TEMPAT BERCUCUK TANAM
Kehidupan di dunia ibarat
sebuah ladang Akhirat. Hasilnya akan dipetik di Akhirat. Kehidupan di dunia tidak lebih hanya sebagai jambatan yang akan menyampaikannya ke negeri akhirat. Kehidupan di dunia bukan tempat untuknya mencari keseronokan semata-mata, bersuka ria atau tempat yang boleh melalaikannya.

Oleh itu, manusia yang tahu hakikat tersebut, sentiasa membuat persiapan yang secukupnya dengan menjadikan dunia yang fana ini ibarat ladang tempat dia bercucuk tanam dan akhirat kelak tempat dia akan memetik hasil buahnya. Dia yakin dan percaya dengan janji Allah SWT kepada orang beriman dengan balasan syurga dan ganjaran sangat besar.
Ada orang bekerja keras untuk menjadi kaya dan mencari harta yang banyak. Islam tidak melarang kita mencari kesenangan di dunia, walaupun dalam masa sama diperingatkan masa setiap kita pasti akan menemui mati.
Sebab itulah dikatakan bahawa dunia adalah ladang akhirat. Maksudnya, sepanjang berada di dunia, bekerja dan berbuat baiklah menyediakan bekalan yang bakal dibawa ke akhirat. Ini kerana apabila tiba di akhirat nanti, setiap Muslim itu dipertanggungjawabkan atas apa yang telah dilakukannya semasa berada di dunia.
Kerap diperingatkan bahawa dunia ibarat air laut. Semakin diminum airnya yang masin, terasa hausnya. Samalah keadaannya dengan kesenangan dunia yang jika semakin dikejar, tidak akan pernah merasa puas, apatah lagi jika pendidikan agama yang dimiliki seseorang itu terlalu dangkal (sedikit) menjadikan orang yang sedemikian ini tergolong sebagai orang yang rugi.
( Bukhari, Hadis ke-40 Matan Arbain An-Nawawiyah)
Ibnu Umar RA, dia berkata, Rasulullah SAW memegang kedua bahu saya lalu bersabda: "Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau orang yang melewati suatu daerah." Ibnu Umar berkata: "Jika kamu berada di waktu petang jangan tunggu esok pagi, dan jika kamu berada di waktu pagi hari jangan tunggu sehingga ke petang hari. Gunakanlah kesihatanmu untuk (persediaan) sakitmu, dan kehidupanmu untuk kematianmu."

Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).(Ali-Imran 3:14)
Oleh itu berpada-padalah dan sentiasa ingat bahawa kedatangan kita di muka bumi bukanlah untuk tujuan yang sia-sia. Jadi, hargailah kesempatan yang sekejap ini untuk mencari kebaikan yang menyumbang semula pada kesejahteraan hidup di akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud,
"Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan-Nya. Dan hanya kepada Allah jualah kamu (tempat kembali setelah) dibangkitkan (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).(Surah al-Mulk 67:15)
Ulasan
Catat Ulasan