Langkau ke kandungan utama

GENERASI ERA DAKWAH ISLAM.





GENERASI KEBANGKITAN DAKWAH.


Kemeriahan program dakwah sangat terasa di Malaysia. Pelbagai program di anjurkan, seperti acara membesarkan dan memuliakan Rasulullah terserlah di Malaysia. Samada anjuran kerajaan atau swasta mendapat sambutan masyarakat Islam di Malaysia. Antaranya program "cinta rasul" dan sebagainya.


Generasi kebangkitan dakwah, iaitu mereka yang lahir era kemeriahan dakwah.
Mereka tidak cukup sekadar
mengikuti dakwah yang meriah di Malaysia dan Indonesia khususnya, tetapi mereka perlu dididik dengan
"Tarbiah Rohiah". Kerana pendidikan rapat dengan rohaniah manusia.


Mendidik manusia bermaksud mendidik insaniahnya. Insaniah manusia pula terdiri daripada empat elemen iaitu akal, roh atau hati, nafsu dan fizikal atau jasmani. Ke­empat-empat elemen inilah yang perlu dididik dan dibangun kan. Hasil dari pendidikan insaniah, lahirlah tamadun insaniah atau­pun apa yang kita namakan pembangunan insan.


Apabila insan telah terbangun, lahirlah akhlak yang baik, manusia yang jujur, berkasih sayang, pemurah, takutkan Tuhan, bertaqwa, menguta­ma­kan orang lain, yang boleh berbuat baik kepada orang yang ber­buat jahat padanya dan berbagai-bagai lagi sifat mulia. 


Semen­tara dari pendidikan material atau kebendaan maka terhasillah tamadun lahiriah dan kemajuan fizikal.Siapa yang layak mendidik manusia
Di dalam membangunkan dunia atau tamadun kebendaan ini, Tuhan tidak mengutuskan para nabi dan rasul, tetapi Tuhan datangkan ahli-ahli fikir, filasuf-filasuf atau ahli-ahli falsafah. 


Namun di dunia ini bukan hanya ada material tetapi ada perkara lain yang menggerakkan material dan sudah tentulah ianya manusia. Iaitu manusia yang berperanan sebagai khalifah Tuhan dan manusia yang berfungsi sebagai hamba Tuhan. Manusia seperti ini sahaja yang mampu mentadbir pembangunan tamadun kebendaan ini dengan selamat.


Tamadun insaniah bila Tuhan hendak bangunkan, Tuhan utuskan rasul. Tuhan tidak utuskan ahli akal atau ahli fikir. Lebih-lebih lagi, bila manusia telah tersangat rosak, tamadun insaniah telah runtuh, akhlak telah menyembah bumi dan khalifah yang hendak menggerakkan tamadun itu sudah tidak berperanan lagi. Tuhan tidak mengutuskan ahli falsafah kerana ahli falsafah me­mang tidak mampu. Sebaliknya, Allah SWT utuskan para nabi dan rasul. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Sesungguhnya engkau (wahai Muham­mad) mempunyai akhlak yang agung.” (Al Qalam: 4)

Dan Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan kerana me­nyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Malik)


Rasul-rasul sajalah yang boleh dan mampu membangunkan insaniah. Jika di zaman tidak ada rasul dan di waktu itu manusia telah terlalu rosak, Tuhan akan datangkan mujaddid. Menga­pa perlu didatangkan mujaddid?


Ini kerana ulama di waktu itu walau beratus ribu ramainya tetapi tidak mampu mendidik manusia. Bila ulama yang ramai itu tidak mampu lagi mem­bangunkan insaniah, maka Tuhan utuskan mujaddid. Sepertilah di zaman adanya rasul, oleh kerana ulama dan ahli agamanya sudah tidak mampu mendidik, sudah tidak dapat menangani penyakit masya­rakat, maka ketika itu, seolah-olah sudah wajib Tuhan da­tangkan rasul. Sama juga, bila ulama zaman ini sudah tidak mampu, ketika ini wajib Tuhan datangkan seorang mujad­did.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman