( Ladang kurma Abuya yang di kendalikan oleh anaknya Fakhrurrazi At Tamimi).
JANJI TUHAN...
Madinah ternyata sebuah negeri yang sangat tenang dan aman. Kita yang berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah kuat merasakan ketenangan itu adalah ‘hadiah’ dari Allah kerana adanya jasad Rasulullah yang bersemadi abadi di dalam Masjid Nabawi.
MasyaAllah, tidakkah kita ini beruntung? Allah ‘menahan’ pertemuan kita dengan Baginda di dunia, namun kita masih dapat merasai keberkatan dari insan teragung ini pabila berada di negeri yang mana jasadnya disemadikan. SubhanaAllah.
Betapalah para sahabat yang
berjuang bersama-sama Rasulullah di era kebangkitan pertama. Mereka mendapat inspirasi
berjuang bersama-sama Rasulullah di era kebangkitan pertama. Mereka mendapat inspirasi
dan kekuatan ketika bersama Rasulullah. Allah muliakan mereka yang sentiasa bersama Rasulullah SAW sehingga makam sahabat berdampingan dengan Baginda.
Ketika kita diMadinah bukan sahaja dapat menziarahi makam Rasulullah, makam Saidina Abu Bakar juga ada bersebelan makam Nabi. Begitu juga makam Saidina Umar Al Khattab juga berdekatan makam Baginda. Begitulah berkat Rasulullah mengalir dalam diri mereka.Orang yang mengerjakan haji ke Baitullah rasa tidak sempurna kalau tidak mengunjungi Madinah Munawwarah.
Bagi umatnya di Akhir zaman tetap ada peluang bersama Rasulullah. Iaitu kita suburkan rasa cinta kepada Baginda SAW. Dengan membanyakkan berselawat kepada Rasulullah hati akan terhubung dengan Baginda SAW. Lebih-lebih lagi Rasulullah ada menyebut kepada Para sahabat Baginda sangat merindui umatnya diakhir zaman. Ungkapan tersebut menjadikan mereka cemburu. Rasulullah menenangkan kembali dengan berkata kamu adalah sahabatku dan mereka adalah ikhwan ku di akhir zaman.
Di era kebangkitan Islam pertama adanya para sahabat bersama Rasulullah. Namun di era kebangkitan kedua ini adanya Ikhwan dan Asoib bersama baginda secara rohani. Bukan bersama denggan fizikal Baginda SAW.
Para sahabat bersama-
sama Rasulullah berhijrah
ke Madinah untuk membangunkan Daulah Islamiah. Meninggalkan kampung halaman mereka demi membela Allah dan rasul. Setelah mereka memperjuangkan Tuhan
dan Islam bangsa Arab
menjadi kuat dan berdaulat.
Terbela maruahnya,terbela akhlaknya, terbela ekonominya, terbela nama baiknya.Beratus-ratus tahun menjadi bangsa yang mulia, jadi guru kepada dunia.Dunia Tuhan serahkan kepada mereka.
sama Rasulullah berhijrah
ke Madinah untuk membangunkan Daulah Islamiah. Meninggalkan kampung halaman mereka demi membela Allah dan rasul. Setelah mereka memperjuangkan Tuhan
dan Islam bangsa Arab
menjadi kuat dan berdaulat.
Terbela maruahnya,terbela akhlaknya, terbela ekonominya, terbela nama baiknya.Beratus-ratus tahun menjadi bangsa yang mulia, jadi guru kepada dunia.Dunia Tuhan serahkan kepada mereka.
Ulasan
Catat Ulasan