Langkau ke kandungan utama

PERBEZAAN MEMBAWA RAHMAT.



( Suasana di Baghdad Iraq )
( Syeikh Abdullah As Siddiq Al Ghumari ). Ulama Morocco.

( Adik kepada Syeikh Abdullah
 As Siddiq ).

( Barisan ulama-ulama Timur Tengah,. mendokong perjuangan Abuya ).



BERBEZA ADALAH RAHMAT.
Kewujudan pelbagai mazhab dalam Islam merupakan satu rahmat dan kekuatan yang ada pada ajaran agama.
Mejoriti Umat Islam di Malaysia berpegang kepada
Ahlus Sunnah Waljamaah bermazhab Ashaariah dari sudut tauhid. Manakala dari sudut feqah bermazhab kan Shafi’iyyah.Namun ada juga yang bermazhab yang lain seperti Mazhab maliki, dan Hanbali.


Ketika berkunjung ke Morocco, tahun 1986 umat Islam disana mejoriti dari sudut feqah bermazhab Maliki dan tauhid bermazhab Al maturidiah. Semasa di Morocco kami disambut oleh ulama yang dikenali diperingkat Morocco dan juga ada yang di kenali di peringkat antarabangsa. Antaranya Sy. Abdullah Ghannun, Dr.Prof. Abdul Salam Harraz dan Sy. Abdullah As Siddiq dan
adik beradiknya juga
ulama berkunjung sama menyambut kami.


Di Mesir sama seperti di Malaysia umumnya bermazhab Shafi’iyyah . Juga disambut oleh ulama-ulama Universiti Azhar. Kami di bawa menziarahi Syeikhul Azhar ketika itu ialah Jadulhaq. Kami juga dibawa oleh kawan Abuya Dr. Abdul Rahman, salah seorang pensyarah Universiti Al Azhar, untuk menemui Amir Kuliah ( Dekan Fakulti ) Dakwah universiti tersebut.


Mazhab dari segi bahasa bermakna jalan atau cara berfikir. Dari segi istilah pengajian Islam, ia merujuk kepada jalan atau cara berfikir yang telah diterima sebagai satu kaedah dalam menilai pelbagai perkara terutamanya yang berkaitan dengan bidang ilmu fiqh dan ilmu kalam.


Kaedah dan sumber yang berbeza bagi menilai isu-isu fiqh ini telah menimbulkan mazhab fiqh yang berbeza-beza seperti empat mazhab yang utama iaitu Hanafiyyah, Malikiyyah, Shafi’iyyah dan Hanbaliyyah.


Manakala kaedah yang berbeza bagi menilai isu-isu tertentu dalam ilmu kalam atau ilmu yang berkaitan ketuhanan pula telah menimbulkan pelbagai mazhab ilmu kalam seperti ‘Ash’ariyyah,dan Maturidiyyah
Perbezaan pandangan dari sudut masaalah cabang adalah rahmat. Ia dibenarkan
dalam Islam.


Mazhab-mazhab yang muktabar alam bidang fiqh, dari segi sejarahnya terdapat lebih daripada sembilan mazhab yang pernah wujud iaitu Hanafi, Maliki, Shafi’i, Hanbali, Laythi, Tabari, Zahiri, Awza’i dan Thawri. Namun begitu, sehingga ini hanya empat mazhab sahaja yang terus kekal dan dipegang oleh kebanyakan umat Islam seluruh dunia.


Dengan itu adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai mazhab merupakan natijah daripada kepelbagaian cara berfikir dalam menentukan hukum dan kedudukan sesuatu perkara menurut perspektif syarak. Ia merupakan manifestasi kebebasan berfikir yang dianjurkan oleh Islam. Islam sebagai agama untuk manusia sejagat sepanjang zaman sangat memahami kerencaman hidup manusia yang berbeza-beza antara sesuatu bangsa, sesuatu tempat dan zaman. Dengan itu, mereka tidak dipaksa untuk mengikut hanya satu bentuk cara berfikir sahaja kerana ia akan menyebabkan manusia berada dalam satu suasana hidup yang penuh kesulitan.


Oleh itu, Islam memberikan kebebasan kepada manusia memiliki kepelbagaian cara dan kaedah berfikir asalkan ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas ajaran Islam. Ini bermakna, kepelbagaian mazhab dalam Islam, jika difahami dan dihayati secara betul, merupakan satu kekuatan dan rahmat, bukan satu kelemahan dan bencana.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman