EMPAYAR JAHILIAH ROM BARAT.
Empayar Rom Barat merujuk kepada separuh bahagian barat Empayar Rom, bermula sejak pembahagiannya oleh Diocletian
pada tahun 285; separuh bahagian lagi adalah Empayar Rom Timur, yang pada hari ini dikenali sebagai Empayar Byzantine.
Inilah sistem yang sedang kita laksanakan dan jayakan bersama sekarang ini. Hasilnya, melalui pengalaman kita bersama juga, kita telah membuat kesimpulan bahawa meletakkan manusia sebagai hina atau mulia melalui miskin atau kayanya mereka adalah tidak patut, tidak adil dan tidak logik.
Sebabnya:
Ia mewujudkan jurang yang memisahkan orang miskin dan tidak berpangkat dengan orang kaya dan berpangkat. Jurang ini juga membiakkan rasa tidak hormat-menghormati dan saling tidak percaya-mempercayai antara kedua-dua golongan. Maka hidup suburlah sifat hasad dengki dan dendam kesumat di dalam jiwa kedua pihak. Akibatnya, sepertimana yang kita saksikan hari ini, masyarakat dipenuhi berbagai-bagai kes jenayah.
Apabila wang ringgit dan pangkat darjat yang diperlumbakan, maka budi luhur dan akhlak mulia akan diabaikan. Hasilnya kehidupan manusia menjadi liar dan kejam, seliar haiwan-haiwan yang tidak berakal.
Tamadun yang diasaskan hanya melalui Wang ringgit dan pangkat darjat hanya melahirkan manusia yang pasif, penakut dan panjang angan-angan. Bukan sahaja jiwa dan fikiran mereka tidak merdeka, malah mereka cukup lemah untuk mempertahankan kedaulatan prinsip dan budaya bangsa dan agama.
Apa kata Islam dalam menghadapi soal ini dan mampukah Islam menyelesaikan masalah yang disebutkan di atas? Firman Allah:
Terjemahan:Sesungguhnya semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.(Al Hujurat: 13)
Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahan: Sesungguhnya Rasulullah berkata kepada Abu Zar: Lihatlah, sesungguhnya engkau tidak dinilai kemulian kerana kulit merah dan tidak juga kerana hitam sebaliknya mulianya kamu dengan sebab taqwa. . (Riwayat: .Ahmad)
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Terjemahan: Orang mukmin itu bersaudara tidak ada kelebihan seseorang dari seseorang yang lain melainkan taqwa.(Riwayat: At Tabrani)
Sabdanya lagi:
Terjemahan: Kamu semua dari keturunan Nabi Adam, dan Adam itu ciptaannya dari tanah, tiada lah lebihnya orang Arab dari orang 'ajam (selain Arab) kecuali dengan sifat taqwa. Menurut Islam, mulia hinanya manusia itu dikelaskan menurut taraf iman masing-masing. Siapa yang tinggi imannya dialah yang termulia dalam pandangan Islam. Siapa yang rendah imannya maka rendahlah dia dalam pandangan Islam. Dan siapa yang tiada langsung imannya maka dia itulah sehina-hina manusia menurut Islam.
Pengelasan yang didasarkan atas darjat keimanan begini adalah cara pengelasan yang paling tepat dan adil. Banyak sebab mengapa saya berkata demikian.
Di antaranya ialah:
Iman adalah musuh ketat nafsu dan syaitan. Kerana itu iman tidak mungkin bekerjasama dengan nafsu dan syaitan. Segala sifat-sifat mazmumah seperti dengki, dendam, pemarah dan lain-lain akan terhapus bila iman bertakhta di hati.
Jadi apabila kemuliaan manusia disukat dengan ketinggian iman, bukan dengan pangkat dan harta, sekaligus penyakit dengki, dendam dan lain-lain itu tidak akan merebak lagi dalam masyarakat. Bila yang diperebutkan ialah iman, manusia tidak akan bercakaran lagi. Bila yang diperlumbakan ialah iman, manusia tidak akan berampokan lagi. Kes cakar dan rampok yang banyak berlaku sekarang adalah berpunca dari dengki dan dendam kesumat yang dinyalakan oleh syaitan, untuk membantu nafsu gila pangkat dan harta yang direbut dan diperlumbakan masyarakat kini.
Jadi apabila kemuliaan manusia disukat dengan ketinggian iman, bukan dengan pangkat dan harta, sekaligus penyakit dengki, dendam dan lain-lain itu tidak akan merebak lagi dalam masyarakat. Bila yang diperebutkan ialah iman, manusia tidak akan bercakaran lagi. Bila yang diperlumbakan ialah iman, manusia tidak akan berampokan lagi. Kes cakar dan rampok yang banyak berlaku sekarang adalah berpunca dari dengki dan dendam kesumat yang dinyalakan oleh syaitan, untuk membantu nafsu gila pangkat dan harta yang direbut dan diperlumbakan masyarakat kini.
Orang yang kuat imannya ialah orang yang baik akhlaknya. Apabila orang-orang begini diberi penghormatan sebagai orang yang termulia dalam masyarakat, secara tidak langsung ahli-ahli masyarakat seluruhnya akan terdidik untuk menerima dan mengamalkan kehidupan beragama dan berakhlak mulia.
Penyatuan umat dalarn erti yang sebenar ialah bersatunya mereka yang mempunyai fahaman, keyakinan dan cita-cita yang sama Bila Islam mengelaskan manusia menurut nilai iman, maknanya Islam mahu mengumpul dan menyatukan orang-orang yang beriman dalam satu kumpulan. Apabila ini terlaksana akan banyaklah kepentingan-kepentingan masyarakat Islam dapat ditegakkan.
Ulasan
Catat Ulasan