NAMA-NAMA NEGARA DARI
PERKATAAN BAHASA ARAB.
PERKATAAN BAHASA ARAB.
Portugal dan Sepanyol berada dalam benua Eropah. Bagi mereka yang mengkaji bahasa Arab, perkataan Melaka,Malaga dan Portugal berasal daripada bahasa Arab. Malaga pernah menjadi salah satu bandar di Sepanyol ketika dibawah pemerintahan Islam. Maksud Melaka, Malaga ialah tempat pertemuan.
Perkataan Melaka orang Arab sebut Malqa. Asal usul perkataan tersebut ialah.
مَلْقًى :
مَلْقًى :
مَلْقًى :-
اسم مكان من لقِيَ : مكان اللِّقاء :- مَلْقَى الطرق : ملتقاها .
اسم مكان من لقِيَ : مكان اللِّقاء :- مَلْقَى الطرق : ملتقاها .
Asal nama Portugal, datangnya dari pokok limau yang banyak ditanam di sana. Dalam bahasa Arab, limau disebut "burtuqal". Maka, jadilah ia negeri limau. Negara Portugal.Asal nama Gibraltar, datang dari panggilan Jabal Tariq, yakni tempat singgah Tariq Bin Ziyad sewaktu nak menyerang Sepanyol. Diterbalik dan diubah oleh orang, menjadi Gibraltar.Asal nama Portugal, datangnya dari pokok limau yang banyak ditanam di sana. Dalam bahasa Arab, limau disebut "burtuqal". Maka, jadilah ia negeri limau. Negara Portugal.
Asal nama Gibraltar, datang dari panggilan Jabal Tariq, yakni tempat singgah Tariq Bin Ziad sewaktu nak menyerang Sepanyol. Diterbalik dan diubah oleh orang, menjadi Gibraltar.
Nama binatang Kangaroo yang ada di Australia. Ceritanya, orang putih yang sampai di sana, bertanya, "What is this?", maka tak faham oleh orang asli Australia itu, dijawabnya "Kangaroo" bermaksud "I don't understand you" atau saya tidak faham awak. Maka di atas sebab kebangangan orang putih itu, dipanggilnya sampai sudah, Kangaroo. Kiranya binatang itu sebenarnya tidak bernama.
Istilah Alphabet yang ada dalam bahasa Inggeris. Dikatakan berasal dari bahasa Arab, alif ba ta. Maka dipusing oleh orang menjadi Alphabet.Istilah Medicine yang bermaksud ubat. Datang dari bahasa Arab yang bermakna "tulisan Sina (Ibnu Sina)" atau "pen Sina". Adapun, ini memang susah nak cakap sebab ada yang mengatakan datang dari bahasa Latin dan sebagainya.
Istilah Admiral. Ini datang dari bahasa Arab. Yakni dari perkataan Amir-Al-Bahr (Kapten laut). Entah dibuang macam mana Bahr (laut) itu, jadilah Admiral.Almanac. Yakni buku yang ada maklumat pergerakan matahari, dan segala objek samawi. Datang dari perkataan Al-manakh. Ini Arab Parsi kalau tak salah aku. Tapi masih tak dapat dipastikan.
Negeri Melaka Malaysia dikaitkan dengan bandar Malaga di Sepanyol, dalam kontek nama yang berasal daripada bahasa Arab. Pelabuhan menjadi tempat pertemuan bagi laluan laut. Perhubungan antara negara-negara ketika itu satu-satunya ialah laluan laut.
Laluan laut ketika itu menjadi laluan utama. Di era zaman teknologi canggih sekarang masih menggunakan laluan tersebut. Penulis salah seorang peserta XPDC keliling dunia bersama Abuya
Ashaari Muhammad At Tamimi pada tahun 1986.
Daripada pengembaraan tersebut menghasilkan sebuah buku bertajuk
" Kembara membuktikan kebenaran Al Quran".
Laluan laut ketika itu menjadi laluan utama. Di era zaman teknologi canggih sekarang masih menggunakan laluan tersebut. Penulis salah seorang peserta XPDC keliling dunia bersama Abuya
Ashaari Muhammad At Tamimi pada tahun 1986.
Daripada pengembaraan tersebut menghasilkan sebuah buku bertajuk
" Kembara membuktikan kebenaran Al Quran".
Ulasan
Catat Ulasan